*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua.

kita hormat imam muhammad abdul wahab.
yg tak setuju dengan beliau tuh tentulah dia seorang ulamak yg sekurang-kurangnya
sama taraf dengan ulamak, kalau tidak tak kanlah dia boleh sikap gitu.

1. yg positif dgn imam muhammad abdul wahab tak ada masalah bila solat/ibadah di
makkah dan madinah sebab semua orang di sana hormatkan beliau. Gitu juga bila
solat di Malaysia nih. Jadi mudah dalam beribadat.

2. yg negatif terhadap imam muhammad, pada pandangan saya dia kena buat
justifikasi dalam amalannya. Pandangannya jadi sempit terhadap Islam yg luas dan
syumul.


3. pasai bid'ah sana bi'ah sini, kita tangani dgn hikmah dan bijak. Baca yasin
malam jumaat bukannya bid'ah malah baca Quran tu amalan yg dituntut. baca surah
an-Nas sebelum solat tu bukannya bid'ah walaupun ada orang kata gitu. Tapi kita
kenalah akui bahawa nabi kita tak buat gitu.

(jangan sekali-kali kita : oleh sebab kita buat gitu [atau tokoh polan buat gitu
]  maka kita kata nabi buat gitu - ini bahaya)

Baca wirid zikir dgn kuat lepas solat telah dijelaskan oleh sdr Rahman dulu iaitu
tak mengapa kata Imam Syafie - untuk tujuan mendidik dan mengajar ahli jemaah -
apa lagi kita yg bangsa Melayu nih.  Nabi memang tak buat gitu.

waLLahu a'lam.

ikhlas.




Mohd Rizal wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Tak jelas, adakah Ibnu Batutah ni seorang Ulama sufi, setahu saya
> beliau adalah seorang pengembara yang mendakwa pernah duduk di dalam
> satu majlis ilmu Ibnu Taimiyah dan menceritakan perihal satu soal-jawab
> menngenai Akidah dan jawapan itu telah mencetuskan kontroversi.
>
> Akan tetapi ada pengkaji yang mempertikaikan cerita beliau sebab
> beliau tidak kenal pun ibnu Taimiyah serta tarikh beliau ke sana
> pun tidak tepat.
>
> Saya juga mendapati ada Ulama yang yang merujuk kepada kitab-kitab beliau
> di antaranya Dr. Yusuf Al Qaradhawi, takkanlah hendak dakwa beliau Wahabi
> pula.
>
> Sebagai tambahan saya ingin menceritakan tentang satu soal-jawab yang
> berlaku di dalam satu majlis ilmu yang saya hadiri, seorang murid
> bertanya kepada guru kami tentang masalah talqin, guru kami menjawab
> kalau hendak buat pu tak apa, tidak mahu pun tak apa. Beliau menyebut
> Syeikh Ibnu Taimiyah mengatakan talqin adalah bida'ah, tetapi murid
> beliau Ibnu Qayyim pula didalam kitab beliau membolehkan talqin.
>
> Mungkinkah Ibnu Taimiyyah mencetuskan kontroversi disebabkan oleh
> merosotnya amalan bida'ah di dalam masyarakat beliau ketika itu dan
> mungkin juga hal yang sama berlaku kepada Syeikh Abdul Wahab.
>
> Setahu sayalah orang Arab lagi teruk bida'ahnya daripada orang Melayu.
>
> Saya berharap pertembungan di antara kaum Muda dan Kaum Tua dan sekarang
> pula pertembungan di antara golongan Sufi dan Salafi dapat diselesaikan
> melalui muzakarah dan berdasarkan ilmu yang tepat serta untuk menjaga
> kemaslahatan Umat. Insyaallah.
>
> Akhir kata, orang Wahabi pun satu, sikit-sikit bidaah, sikit-sikit bidaah,
> mungkin sesetengah amalan yang kita katakan bidaah itu ada nas dan hujahnya.
>
> Wallahuallam.
>
> On Fri, 15 Sep 2000, Zainol Zainuddin wrote:
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamu'alaikum,
> > nak tahu daripada yang tahu,   Apa dia ajaran-ajaran Muhammad Ibnu Wahab
> > yang melencung dari akidah Islam ni? Adake dia mengaku menjadi Rasul selepas
> > Rasullulah, macam Mirza Ghulam Ahmad? Ataupun dia mengkafirkan
> > sahabat-sahabat Rasullulah, selain Ali ke? Terima kaseh pada yang akan
> > memberi jawapan...
> > Wassalam..
> >
> > >From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: Osman <[EMAIL PROTECTED]>
> > >CC: k b <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
> > >Subject: Re: H-Net* Muhammad Ibnu Wahab
> > >Date: Fri, 15 Sep 2000 21:47:33 +0800
> > >
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > > > ...(dipotong)
> > > >
> > > > > Di Madinah, beliau berguru pada dua orang ulama besar dan
> > > > > termasyhur di waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa
> > > > > dalam membentuk pemikirannya, iaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim
> > > > > bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-Sindi. Selama
> > > > > berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai umat
> > > > > Islam tempatan mahupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah
> > > > > melakukan perbuatan-perbuatan tidak senonoh dan tidak sepatutnya
> > > > > dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau melihat
> > > > > ramai umat yang berziarah ke maqam Nabi mahupun ke maqam-maqam
> > > > > lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta sesuatu hajat pada
> > > > > kuburan mahupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali tidak
> > > > > dibenarkan oleh agama Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut
> > > > > Syeikh Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam
> > > > > yang sebenarnya.
> > > >
> > > > Jadi Imam Muhammad Abd Wahab menganggap meminta syafaat dari
> > > > Rasulullah s.a.w. di makam baginda s.a.w. dan memohon hajat dari
> > > > wali-wali Allah di makam-makam mereka adalah haram ("tidak
> > > > senonoh"). Soalannya: adakah ini ajaran kedua syeikh di atas, yakni
> > > > Sheikh Abdullah an-Najdi dan Syeikh Muhammad al-Sindi, atau adakah
> > > > ini anggapan peribadi Imam Muhammad Abd Wahab sahaja?
> > >
> > >Ia adalah AJARAN para SAHABAT, TABIIN serta TABIT TABIIN.
> > >Dan ianya mengandungi NAS yang kuat dari Al Quran dan Sunnah.
> > >
> > > >
> > > >
> > > > > Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh Muhammad untuk lebih
> > > > > mendalami pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni,
> > > > > aqidah salafiyah. Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada
> > > > > dirinya sendiri, bahawa pada suatu ketika nanti, beliau akan
> > > > > mengadakan perbaikan (islah) dan pembaharuan (tajdid) dalam
> > > > > masalah yang berkaitan dengan ketauhidan, iaitu mengembalikan
> > > > > aqidah umat kepada sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari
> > > > > khurafat, tahyul dan bid ah. Untuk itu, beliau mesti mendalami
> > > > > benar-benar tentang aqidah ini melalui kitab-kitab hasil karya
> > > > > ulama-ulama besar di abad-abad yang silam. Di antara karya-karya
> > > > > ulama terdahulu yang paling terkesan dalam jiwanya adalah
> > > > > karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau adalah mujaddid
> > > > > besar abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal. Demikianlah
> > > > > meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyah dalam jiwanya, sehingga
> > > > > Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan) Ibnu
> > > > > Taimiyah. Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua yang
> > > > > diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah semasa hidupnya yang penuh
> > > > ranjau
> > > > > dan tekanan dari pihak berkuasa, semuanya telah ditebus dengan
> > > > > kejayaan Ibnu `Abdul Wahab yang hidup pada abad ke 12 Hijriyah
> > > > > itu.
> > > >
> > > > Ramai ulamak Islam tidak menerima Ibnu Taimiyah kerana dikatakan
> > > > ajaran-ajaran Ibnu Taimiyah mengandungi banyak bida'ah, yakni
> > > > unsur -unsur yang tak punyai asas Quran dan sunnah.
> > >
> > >Ramai ulama???.  Takda pun.  Yang saya tahu, ramai ulama yang TERSILAP
> > >ANGGAP kepada Ibnu Taimiyyah kerana terpercaya dengan FITNAH SUFI ke atas
> > >beliau terutamanya dari seorang pembuat Bidaah kalangan Sufi yang bernama
> > >Ibnu Batutah.
> > >
> > >
> > > > Kisah Ibnu
> > > > Taimiyah boleh dibaca di
> > > > http://www.sunnah.org/history/Innovators/IBN%20TAYMIYYA.htm.
> > >
> > >Web site ini adalah ciptaan Hisham Kabbani, KAWAN BAIK AMERIKA.
> > >
> > > > Jika Imam Muhammad Abd Wahab begitu terpengaruh dengan Ibnu
> > > > Taimiyah, bukankah ini bererti yang pegangannya telah lari dari
> > > > pegangan golongan ulamak-ulamak yang ramai?
> > >
> > >Ulama2 ramai mana yang saudara rujuk ni???.  Ynang sebenarnya, ulama2
> > >yang menentang Ibnu Taimiyyah hanyalah ULAMA2 SUfi yang KUAT DENGAN
> > >BIDAAH.
> > >
> > >
> > > > > Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan Madinah, kemudian
> > > > > beliau berpindah ke Basrah. Di sini beliau bermukim lebih lama,
> > > > > sehingga banyak ilmu-ilmu yang diperolehinya, terutaman di bidang
> > > > > hadith dan musthalahnya, fiqh dan usul fiqhnya, gramatika (ilmu
> > > > > qawa id) dan tidak ketinggalan pula lughatnya semua. Lengkaplah
> > > > > sudah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang kemudian
> > > > > dikembangkan sendiri melalui self-study(belajar sendiri)
> > > > > sebagaimana lazimnya para ulama besar Islam mengembangkan
> > > > > ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah sebagai modal dasar
> > > > > yang selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali sendiri oleh
> > > > > yang bersangkutan.
> > > >
> > > > Ini pertama kali saya dengar orang anjurkan cara "self-study" untuk
> > > > mempelajari ilmu agama. Mungkin bagi orang-orang biasa, setakat nak
> > > > tahu sikit-sikit tu tak apalah. Tapi untuk dikira ulamak atau untuk
> > > > menegur ulamak-ulamak lain, cukup ke dengan cara self-study?
> > >
> > >Mengapa tak boleh??? Cuba bagi nas??.
> > >
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > >Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> > _________________________________________________________________________
> > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
> >
> > Share information about yourself, create your own public profile at
> > http://profiles.msn.com.
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Mohd Rizal <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke