*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu alaikum.

Nampaknya sdra Abuhanif masih belum dapat menilaikan sama ada sufi itu punya
asas Quran dan hadis dan sunnah, kerana - menurut sdra Abuhanif sendiri -
istilah "sufi" itu tidak ada dalam al Quran. Tapi apa ada pada istilah? Yang
penting ialah isi kandungannya, bukan namanya.

Matlamat "sufi" atau "tasauf" ialah untuk membawa seseorang itu ke taraf
"Ehsan". Menurut hadis di mana Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w
sebagai seorang manusia dan baginda Rasulullah s.a.w. menjawab soalan-soalan
yang ditanya oleh Jibrail: seseorang itu dikira Muslim apabila ia kerjakan
lima rukun Islam; seseorang itu dikira Mukmin apabila ia menurut enam rukun
Iman; dan, akhir sekali, seseorang itu dikira Ehsan apabila seseorang itu
menyembah Allah seolah-olah ia melihat Allah.

Hadis tersebut adalah bukti kebenaran apa yang kita kenali hari ini sebagai
"sufi", yakni cara bagi mendekatkan seseorang itu kepada Allah supaya
akhirnya ia akan dapat lihat Allah dalam segala hal dan perbuatannya.

Cara mencapai matlamat Sufi ini pula ialah dengan berguru dengan seorang
guru bertauliah. Menurut satu lagi hadis, siapa yang tidak berguru, maka
gurunya ialah syaitan. Berguru ini juga satu sunnah, kerana Rasulullah
s.a.w. sendiri berguru dengan malaikat Jibrail a.s. Maka mustahil seseorang
itu akan dapat capai taraf tertinggi, yakni taraf Ehsan, tanpa berguru.

Guru bertauliah yang kita maksudkan ialah seorang guru yang sah ilmunya
dari Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w., baginda ialah bandaraya
ilmu, dan Saidina Ali k.a. ialah pintunya. Baginda juga bersabda, Saidina
Abu Bakar as Siddiq r.a. ialah kuncinya. Maka semestinya setiap jalan Sufi
adalah melalui ilmu-ilmu yang diturunkan kepada Abu Bakar as Siddiq dan
Saidina Ali, dan seterusnya kepada guru-guru selepas kedua mereka
sehinggalah ke hari ini.

Satu istilah lain bagi "jalan" atau "cara" ialah "tariqat". Hari ini
terdapat beberapa tariqat-tariqat terkenal seperti tariqat Naqshbandi,
tariqat Qadiri, tariqat Qisti, dan sebagainya.

Kesimpulannya, Sufi adalah berasaskan Quran, Hadis dan Sunnah. Bukan saja
begitu, Sufi itu penting supaya kita dapat lengkapkan agama kita seperti
yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Sekian.

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/osman



----- Original Message -----
From: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>
To: Osman <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, August 30, 2000 12:52 AM
Subject: Re: H-Net* Sufi itu sesat?


> salam semua.
>
> 1. ambo dulu dok kata dah, asas foundation sufi ni eloklah dinilai
> semula. maksudny aapakah asas ny a bersumber dari Quran dan hadith dan
> sunnah.
> bukankah zaman la ni zaman menoleh kpd Quran dan sunnah.
> kalau tuan-tuan dapati perkatan "sufi" ni ada dalam Quran, ikutlah dan
> pertahankan akan ia.
>
> tapi kalau sebaliknya, mari kita berlapang dada berhadapan dengan kecaman
> manusia yg ramai nih.
> inilah dugaan bila kita nak  kembali kpd Quran dan hadith dan sunnah.(
> Ini baru bab sekadar menulis dan vakap, bukan bab amalan lagi)-- berat
> kawan oi.
>
> 2. soal kabbani ni bagi ambo perkara nombor 1000, kebetulan dia dianggap
> pengamal supi. Ramai lagi golongan supi yg macam dia nih, ternasuk dalam
> amno tuh.
>
> 3. memang ramai di surau tu yg masih anggap sufi= tasauf=kerohanian. maka
> mereka akan pertahankan "sufi" nih. Bagi ambo, ambo anggap ini soal yg
> keliru . kalau "kerohanian" ini kata asalnya "ruh" maka dalam Quran
> memang ada bab itu tapi ALLah dah kata: "itu urusan ALLah" jadi nak komen
> panjang-panjang tak boleh takut terlanjur.
>
> 4. kita ada istilah akhlaq, ehsan, tawadhu', khusyu' dan yg lain bagi
> menjelaskan sifat-sifat muslim yg baik yg dianggap sebagai perkara
> "dalaman" atau isi dan yg bukan "hanya kulit".
>
> Ambo sebenarnya tak banyak nak komen terhadap kekawan yg kuat sangat
> mempertahankan istilah yg tak ada dalam Quran ni. terpulanglah .
>
> HNet ni dah banyak bahaskan bab supi dan wahabbi.  mungkin elok kita
> switch balik kpd bab sekular ke atau apa-apa yg lain.
>
>
> wassalam
>
>
>
>









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke