*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum....

Saya terpegun dengan sesetengah saudara netters yang menyesatkan kaum
sufi serta beranggapan sufi tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah
hingga zaman tabiin. Tidaklah saya ni ahli sufi, tapi ada juga berkawan
dan ambil ilimu dari mereka.

Saya tidak menyalahkan saudara yang menyalahkan kaum ahli sufi, cuma nak
menyenaraikan mereka yang dulupun marah macam saudara:-

Iman Al Ghazali - Lihat Syakhyatul Sufiah oleh Thoha Abdul Baaqi Sarwan.

"Aku pada permulaan urusan ku adalah merupakan orang yang menyangkalkan
tentang (istilah2) ehwal bagi orang2 yang soleh dan juga maqam bagi
golongan orang arifin, sehinggalah aku bersahabat dengan syeikh ku, yang
bernama Yusuf An Nasaj, gurku nitu sentiasa menggesa aku untuk terus
bermujahadah sehinggalah aku di kurniakan oleh Allah akan berbagai
kurnia kerohanian (Al Waridah).

Imam Ahmad Ibnu Hanbal (Wafat 12 Rabiul Awwal 241 Hijrah)

Pada mulanya beliau juga tidak menyukai Ahli Sufi dan selalu menasihati
anak lelakinya yang bernama Abdullah supaya yang menjauhkan diri dari
Ahli Tasauf, yang paling tidak disenangi ialah Syeikh As Syaban Ar Ra'i
(Guru Imam As syafei dalam bidang tasauf). Imam Ahmad bin Hanbal
menyangka bahawa syeikh berkenaan itu seorang jahil yang bercakap dengan
menggunakan istilah2 tasauf yang payah difahami yang direka-reka sahaja.
Pada suatu hari imam Ahmad bertanya suatu soalan yang sukar dijawab.
Beliau sangka Syeikh tidak mampu menjawab soalan berkaitan qodho'
sembahyang orang yang telah melupai salah suatu sembahyang fardhu yang
ditinggalkan. Bagaimanakah cara menyelesaikannya.
Syeikh itu menjawab orang berkenaan perlu menyelesaikan masalah ghaplah
terlebih dahulu, maka wajib orang itu mendidik dirinya supaya ghaplah
itu hilang, sehinggalah imam Ahmad jatuh pengsan. Apabila sedar beliau
terus memeluk, Syeikh tadi dan terus berguru dengannya.- Ar Risalah Al
Qusyairiah oelh Syeikh Abu Qassim Al Qusyairi (Wafat 465 hijrah)

Terlalu ramai orang yang menidakkan sufi akhirnya menemui jalan
kebenaran dengan ahli sufi. Lihatlah cerita Uwais Al Qurani dan lain2.
Terlalu banyak untuk dimuatkan. Malah tidak seorangpun Ulama yang
membawa Agama Islam ketanah Jawi semenjak 600 tahun dahulu bukan dari
ulama Sufi. Walaupun Ahli sufi dicerca dan dihina, mereka SENTIASA
MENADAH TANGAN AGAR DI AMPUNKAN SEKALIAN UMMAT MUHAMMAD S.A.W BAIK KAWAN
MAHUPUN LAWAN. Ahli sufi tidak memusuhi sesiapa yang penting hati kita
hanya untuk Allah, dan sentiasa mengharapkan manusia kembali kepada
Allah.

Wallah Hu Taala A'lam


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to