*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA,

SIAPA YANG DAH RASA JEMU PAKAI KETA TU DAN NAK JUAL...CEPAT, SAYA NAK BELI.
DUIT TENGAH BANYAK NI.
TAPI MESTILAH TIPTOP.
KELUARAN TAHUN 97 KE ATAS.
DAN JANGAN MAHAL SANGAT, SEBAB WAJA DAH LAHIR,
SEBELUM KERETA WIRA 1.6 TU LEBEH MERUDUM, JUAL CEPAT.

SEKIAN.
OP!!! USED CAR TAK PAYAH HUBUNGI SAYA LE!!!
____________________Reply Separator____________________
Subject:    H-Net* Qanun Jinayah Sya`riah.......Pengenalan...Perkara 10/
Author: [EMAIL PROTECTED]
Date:       11/9/2000 6:15 AM

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
à.sambunganà..

10) Hukuman Ta`zir.
i) Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang
hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-pemjinayah
tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman
ta`zir dalam æQanun Jinayah Syar`iyahÆ adalah hukuman
yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau
bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith.

[ Pengarang kitab ini kata bahwa hukuman ta`zir ini
adalah satu bentuk hukuman yang tidak ditentukan
bentuk serta kadar dia macamana oleh ALLAH/RasulNya.Ia
terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para
ulama berpendapat bahwa ta`zir tidak boleh menyamai
sekurang-kurang hudud.Contohnya; kalau kita nak sebat
orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas
kesalahan ta`zir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan
tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh
sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang
dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman
keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan
sebatan mengikut hukuman ta`zir,maka ia tidak boleh
sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke
bawah. ]

ii) Hukuman ta`zir adalah hukuman dera keatas
penjinayah-penjinayah yang telah sabit kesalahannya
dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh
penjinayah itu tidak termasuk di bawah kes yang
membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

[ Contoh 1 : Misalnya pesalah ini ditangkap hanya
kerana mencuri gula-gula sebijik.Maka tak cukup syarat
lah kalau nak jatuhkan hukuman hudud keatasnya,yakni
potong tangan.Bila syarat tak cukup,maka hendaklah ia
digantikan dengan hukuman ta`zir.Inilah definasi
hukuman ta`zir, yang mana bentuk dan kadarnya
terserahlah kepada kebijaksanaan pemerintah, tapi ia
tak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contoh 2 : Misalnya pencegah maksiat serbu satu bilik
untuk tangkap pesalah-pesalah zina.Tiba-tiba bila
pintu dibuka,mereka dapati seorang lelaki sedang
berædayungÆ diatas seorang perempuan.Jadi secara logik
akalnya,perbuatan menædayungÆ itu maknanya sedang
bersetubuh lah.Tapi masalahnya,pencegah-pencegah
maksiat tadi tak sempat nak tengok zakar tu masuk ka
tak masuk ka dalam faraj, kerana bila diserbu lagu tu,
couple tadi mesti melompat punya.Takkan
pegawai-pegawai pencegah maksiat tu nak
kata,ôOp,op,nanti sat; kami nak tengok, masuk ka tak
masuk ka?öàTakkan nak kata lagu tu kot.Tapi yang
sempat mereka tengok hanyalah si lelaki berada di atas
si perempuan; itu saja.Apakah kita boleh jatuhkan
tuduhan zina ke atas couple tersebut?àTak
boleh,tuan-tuan.Sebabnya walaupun kalau ada 10 orang
saksi sekali pun ketika itu,tapi kesemua mereka hanya
nampak seorang lelaki berbogel dok ada atas seorang
perempuan yang berbogel.Itu saja.Jadi apabila tidak
boleh dikenakan hukuman hudud keatas pasangan itu,maka
alternatifnya ialah dikenakan hukuman ta`zir.Iaitu
tidak boleh dikenakan tuduhan zina,tapi kita kenakan
tuduhan khalwat atau berkelakuan sumbang.Kita nak
penjarakan mereka 10 tahun ka, nak penjarakan 1 tahun
ka, nak denda ka, nak sebat 10 kali ka; terpulanglah
kepada kebijaksanaan pemerintah. ]

iii) Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta`zir itu
adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan
dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas
penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta`zir itu
adalah bertujuan untuk menghalang
penjinayah-penjinayah daripada mengulangi kembali
kejahatan yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk
menyiksa mereka.

11) Penghakiman keatas penjinayah.
      Seseorang hakim yang menghakimi kes-kes yang
didakwa di bawah kes jinayah syar`iyah apabila sabit
kesalahan penjinayah itu di dalam mahkamah,hendaklah
dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukum syara`
yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya
yang disebutkan di dalam al-Quran/hadith,yakni jangan
diputuskan dan dihukum mereka itu tanpa merujuk
hukuman ALLAH terlebih dahulu.

[ Jadi, dalam masalah penghakiman, yakni semasa nak
buat judgement, atau nak buat sesuatu decision, atau
nak buat satu keputusan; priority mestilah diberikan
kepada Kitabullah/hadith Rasulullah s.a.w. Kita tak
mau ada di kalangan kita yang gunakan logik akal
dulu,kemudian baru nak tengok Quran/hadith Nabawi.
Sebab itu, kita rasa sedih atas apa yang pihak
pemerintah nyatakan tentang kes al-Maunah
tempohari.Tak pasai-pasai, sekolah pondok dan sekolah
Pasti disalahkan.Depa kata bahwa oleh sebab Amin
Razali ni dulu dididik melalui sekolah agama
rakyat,yakni bukan daripada sekolah kerajaan, maka
institusi sebegini hendaklah diharamkan.Apa ni,ædepaÆ
akai tak dak ka?àOoooo! kalu lagu tu,kalaulah  seorang
tu pi gasak duit orang melalui teknologi pengæklonÆan
kad ATM ka atau kad kredit ka, tiba-tiba dia ditangkap
dan check-check dia adalah graduan USMà.emmmmph
mampuiiih! USM pulak nanti kena haram.Lagu tu ka;
Anaconda oooit!?àHang sebagai seorang pemimpin negara,
boleh ka cerita satu benda lagu ni?àBagi la bukti dulu
yang kata sekolah agama rakyat tu mengajar ajaran
sesat.Bila ada bukti,barula hang boleh cakap!
Kalau setakat nak kata, tapi tanpa bukti yang
perbuatan Md Amin Razali tu akibat pentarbiyyahan
daripada sekolah agama rakyat, maka itu merupakan satu
jinayah yang dahsyat kepada rakyat yang ikhlas mencari
keredhaan daripada ALLAH SWT.
Lalu ustaz Jailani buat satu perbandingan buruk
baiknya antara sekolah agama rakyat dengan sekolah
agama kerajaan.Contohnya; dalam masalah æmedium of
instructionÆ yakni bahasa pengantar yang
digunakan.Kelebihan yang ada pada sekolah agama rakyat
atau sekolah agama negeri ni ialah dia menggunakan
æmedium of instructionÆnya,sepenuh dalam bahasa
Arab.Maknanya,belajar sirah dalam bahasa Arab, belajar
tafsir dalam bahasa Arab, belajar fekah pun dalam
bahasa Arab dan kesemuanya dalam bahasa Arab.Tapi bagi
sekolah agama milik kerajaan persekutuan,dia hanya
menggunakan bahasa Arab dalam matapelajaran Bahasa
Arab sahaja.Yang lainnya seperti sirah,tafsir,usul
fiqh,kesemuanya belajar dalam bahasa Melayu.Sebab
itulah, dalam masyarakat kita hari ini, kecenderungan
mereka adalah kepada sekolah agama milik kerajaan
negeri atau sekolah agama persendirian yang
menggunakan bahasa Arab 100%.Inilah kelebihan sekolah
agama milik persendirian ataupun milik kerajaan
negeri.
Sebab itu, kita sarankan kepada æpemimpinÆ berkenaan;
kalau dia nak buat sesuatu kenyataan, biarlah bagi
contoh yang menunjukkan bahwa rakyat boleh percaya
kepada kenyataannya itu.Jangan la dok bagi satu
statement yang boleh menyebabkan masyarakat
mentertawakan ækamuÆ.Pasai kita tak mau benda-benda
macam ni berlaku dalam kepimpinan negara kita. ]

Perkara ini telah diingatkan oleh ALLAH TA`ALA dalam
firman-firman berikut (yakni yang menjadi dalil bahwa
bila kita nak buat satu hukuman,maka hendaklah rujuk
dulu kepada al-Quran/hadith) :
i) Dimana firman ALLAH dalam ayat 48 Suratul Ma`idah
yang bermaksud,
    ôDan telah Kami turun kepada kamu (wahai Muhammad)
Kitab al-Quran dengan membawa kebenaran,dan yang
membenarkan apa-apa yang ada sebelum daripadanya.ö


[ Maknanya, al-Quran membenarkan segala kitab/suhuf
yang pernah diturunkan oleh ALLAH SWT.Iaitu yang
membenarkan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Begitu juga yang membenarkan Taurat yang diturunkan
kepada Nabi Musa a.s., dan juga kitab Zabur dan
pelbagai suhuf-suhuf yang lain yang pernah diturunkan
oleh ALLAH SWT kepada para ambia`  dan para mursalin
a.s. ]

ôal-Quran juga menjadi pengawas kepada nya.ö

[ Maknanya, untuk mengesahkan kitab-kitab yang
terdahulu itu betul ka tak betul ka, maka didatangkan
al-Quran kepada kita.Misal kata, jika kita lihat atau
mendapati kitab injil yang ada pada hari ini iaitu New
Testament, atau kitab Taurat (old testament) yang ada
pada hari ini; yang kandungannya bertentangan  dengan
al-Quran; maka pertentangan itu akan diperjelaskan
atau dinafikan di dalam al-Quranul Karim.Contohnya
ialah konsep triniti dalam kristian yang mempercayai
tuhan Allah,tuhan anak dan rohul kudus; maka konsep
ini telah dinafikan secara mutlak di dalam al-Quran
melalui Surah al-Ikhlas.Firman ALLAH yang bermaksud,
ôKatakanlah ALLAH TA`ALA itu Esa.ALLAH sebagai tempat
meminta pertolongan.Dia tidak beranak dan Dia tidak
diperanakkan.Dan tidak ada satu pun yang
menyerupaiNya.öàJadi inilah contoh ayat-ayat daripada
al-Quran yang menjadi pengawas kepada ayat-ayat
daripada kitab-kitab yang terdahulu, supaya kita boleh
bezakan antara kandungan Quran hari ini dengan apa
yang ada dalam injil/taurat yang ada depan kita pada
hari ini.Inilah yang menjadi hujah bahwa injil/taurat
pada hari ini telah pun diselewengkan oleh
tangan-tangan manusia dari golongan pemuka-pemuka
agama yahudi/kristian pada hari ini dan zaman lampau.
]

ôMaka jalankanlah hukum diantara mereka (ahli kitab)
itu dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH
(kepadamu),dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu mereka
(dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepada
mu dari kebenaran.ö

[ Jadi inilah pesanan ALLAH SWT kepada kita, supaya
kita ikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nya.Para
sahabatku sekelian; sebab itulah pentingnya untuk kita
pilih seorang pemimpin yang ada punyai ciri-ciri
beriman kepada ALLAH SWT.Kerana kebanyakan manusia ni
bergantung kepada agama pemerintah mereka.Dan sebab
itu juga kita digalakkan untuk mengkagumi orang-orang
yang mukmin.Yakni mengambil para ulama untuk menjadi
idola kita.Bukannya menjadi seperti apa yang ada dalam
masyarakat kita sekarang, iaitu menjadikan para artis
sebagai idola mereka.Contohnya; wajarkah anak-anak
muda kita menjadikan Ning Baizura yang bertindik pusat
tu sebagai idola atau ikutan mereka? Wajarkah
anak-anak muda kita mengambil orang yang berani cerita
tentang kehidupan seks di luar-nikahnya itu sebagai
contoh kepada mereka? Berita-berita sebegini, yakni
yang keluar daripada seorang yang jelas kesesatannya
serta perwatakan yang boleh menyesatkan anak-anak
muda,tapi tidak pula diharamkan dan boleh pula
disiarkan melalui media-media massa secara meluas.Tapi
kalau ada orang yang ikhlas bawa mai cerita tentang
Islam kepada masyarakat, dia pula akan di cop sebagai
pembawa ajaran sesat, lalu dia ditahan dalam æbilik
gelapÆ umpamanya.Inilah yang dikatakan sekularisma
yang ada dalam masyarakat kita sekarang.
Sebab itu, kita tak hairan kalau ada benda-benda yang
berunsur jihad dalam ugama, maka ia akan dipandang
serong.Tapi kalau benda-benda yang menampakkan buah
dada/punggung perempuan, ia diraikan.Ini adalah
disebabkan oleh pihak berkuasa yang seronok dengan
perempuan yang bertelanjang, tetapi tak suka kepada
para pendakwah yang membasmi kemungkaran.Inilah
realiti  yang ada dalam masyarakat kita hari
ini,tuan-tuan.
Saudara/saudari/muslimin/muslimat sekalian; sepatutnya
kita jangan biarkan suasana sebegini terus
bermaharajalela dalam masyarakat kita.Jadi kita
kenalah faham jika dibiarkan terus benda-benda lagu
ni, akhirnya agama akan terhakis daripada masyarakat
kerana para pendakwah dipandang dengan penuh curiga;
manakala para artis yang bawa kedurjanaan moral ke
dalam masyarakat, tidak pula dianggap sesat. ]

ii) Firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Ma`idah ayat 49
yang bermaksud,
ôDan hendaklah kamu menjalankan hukum diantara mereka
itu,dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH
TA`ALA.Dan jangan kamu ikuti hawa nafsu mereka itu,dan
berjaga-jaga supaya mereka tidak memesongkan kamu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada
kamu.ö

[ Yang mana ALLAH turunkan ayat ini kerana bersabitan
dengan satu kisah berkenaan dengan 3 orang pemimpin
yahudi yang pergi berjumpa dengan Nabi s.a.w.  Ini
ialah kerana ketika itu tercetus pergaduhan diantara 2
kumpulan yahudi.Maka salah satu daripada kumpulan itu
menghantar 3 pemimpin mereka untuk berjumpa dengan
Nabi s.a.w.,dan meminta Nabi untuk menerima tawaran
mereka supaya menjadi hakim dalam permasalahan
diantara 2 puak yahudi itu.Mereka bertiga itu ialah
Kaab bin Asad, Abdullah bin Shuriya dan Shas bin
Qois.Lalu mereka bagi syarat kepada Nabi dengan
mengatakan, ôWahai Rasulullah,kami akan menyeru semua
puak-puak yahudi untuk beriman kepada kamu tapi dengan
syarat.Kamu kena buat keputusan yang menyebelahi puak
kami bilamana kamu kami angkat sebagai hakim bagi
menyelesaikan masalah ini.öàInilah yang dinamakan
konspirasi.Cuba kita tengok, kalaulah guna logik akal,
sepatutnya Nabi terimalah tawaran itu kerana nampak
lagumana jalan mudah untuk menarik puak-puak yahudi
supaya beriman kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi setelah
diperingatkan oleh ALLAH SWT dalam ayat tadi supaya
berjaga-jaga dengan tipu daya puak yahudi ini,yang
mana mereka akan cuba memesongkan Nabi daripada ajaran
ALLAH SWT, maka Nabi menolak tawaran tersebut untuk
bersekongkol dengan puak yahudi itu walaupun mereka
offer untuk beriman kepada Nabi.Peristiwa ini memberi
iktibar kepada kita bahwa keadilan hendaklah
ditegakkan,walaupun sesama penjinayah, walaupun sesama
orang kapir, walaupun dikalangan orang zolim.Keadilan
wajib ditegakkan sebagaimana yang diajarkan oleh ALLAH
SWT kepada kita. ]

àà.bersambungàà.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke