*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahhhhhh.......bukan main x'syen lagi kamu ni amirh... dengan taip huruf 
besar dia....bagi tahu duit banyak le......berapa banyak wang tebusan kau 
dapat??? kau kontek mawar la......dia broka kereta.


>From: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED],        [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED],        [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        [EMAIL PROTECTED], 
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* cari wira auto 1.6
>Date: Mon, 11 Sep 2000 08:19:00 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA,
>
>SIAPA YANG DAH RASA JEMU PAKAI KETA TU DAN NAK JUAL...CEPAT, SAYA NAK BELI.
>DUIT TENGAH BANYAK NI.
>TAPI MESTILAH TIPTOP.
>KELUARAN TAHUN 97 KE ATAS.
>DAN JANGAN MAHAL SANGAT, SEBAB WAJA DAH LAHIR,
>SEBELUM KERETA WIRA 1.6 TU LEBEH MERUDUM, JUAL CEPAT.
>
>SEKIAN.
>OP!!! USED CAR TAK PAYAH HUBUNGI SAYA LE!!!
>____________________Reply Separator____________________
>Subject:    H-Net* Qanun Jinayah Sya`riah.......Pengenalan...Perkara 10/
>Author: [EMAIL PROTECTED]
>Date:       11/9/2000 6:15 AM
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>à.sambunganà..
>
>10) Hukuman Ta`zir.
>i) Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang
>hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-pemjinayah
>tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.Hukuman
>ta`zir dalam æQanun Jinayah Syar`iyahÆ adalah hukuman
>yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau
>bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith.
>
>[ Pengarang kitab ini kata bahwa hukuman ta`zir ini
>adalah satu bentuk hukuman yang tidak ditentukan
>bentuk serta kadar dia macamana oleh ALLAH/RasulNya.Ia
>terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para
>ulama berpendapat bahwa ta`zir tidak boleh menyamai
>sekurang-kurang hudud.Contohnya; kalau kita nak sebat
>orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas
>kesalahan ta`zir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan
>tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh
>sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang
>dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman
>keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan
>sebatan mengikut hukuman ta`zir,maka ia tidak boleh
>sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke
>bawah. ]
>
>ii) Hukuman ta`zir adalah hukuman dera keatas
>penjinayah-penjinayah yang telah sabit kesalahannya
>dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
>hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh
>penjinayah itu tidak termasuk di bawah kes yang
>membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.
>
>[ Contoh 1 : Misalnya pesalah ini ditangkap hanya
>kerana mencuri gula-gula sebijik.Maka tak cukup syarat
>lah kalau nak jatuhkan hukuman hudud keatasnya,yakni
>potong tangan.Bila syarat tak cukup,maka hendaklah ia
>digantikan dengan hukuman ta`zir.Inilah definasi
>hukuman ta`zir, yang mana bentuk dan kadarnya
>terserahlah kepada kebijaksanaan pemerintah, tapi ia
>tak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.
>
>Contoh 2 : Misalnya pencegah maksiat serbu satu bilik
>untuk tangkap pesalah-pesalah zina.Tiba-tiba bila
>pintu dibuka,mereka dapati seorang lelaki sedang
>berædayungÆ diatas seorang perempuan.Jadi secara logik
>akalnya,perbuatan menædayungÆ itu maknanya sedang
>bersetubuh lah.Tapi masalahnya,pencegah-pencegah
>maksiat tadi tak sempat nak tengok zakar tu masuk ka
>tak masuk ka dalam faraj, kerana bila diserbu lagu tu,
>couple tadi mesti melompat punya.Takkan
>pegawai-pegawai pencegah maksiat tu nak
>kata,ôOp,op,nanti sat; kami nak tengok, masuk ka tak
>masuk ka?öàTakkan nak kata lagu tu kot.Tapi yang
>sempat mereka tengok hanyalah si lelaki berada di atas
>si perempuan; itu saja.Apakah kita boleh jatuhkan
>tuduhan zina ke atas couple tersebut?àTak
>boleh,tuan-tuan.Sebabnya walaupun kalau ada 10 orang
>saksi sekali pun ketika itu,tapi kesemua mereka hanya
>nampak seorang lelaki berbogel dok ada atas seorang
>perempuan yang berbogel.Itu saja.Jadi apabila tidak
>boleh dikenakan hukuman hudud keatas pasangan itu,maka
>alternatifnya ialah dikenakan hukuman ta`zir.Iaitu
>tidak boleh dikenakan tuduhan zina,tapi kita kenakan
>tuduhan khalwat atau berkelakuan sumbang.Kita nak
>penjarakan mereka 10 tahun ka, nak penjarakan 1 tahun
>ka, nak denda ka, nak sebat 10 kali ka; terpulanglah
>kepada kebijaksanaan pemerintah. ]
>
>iii) Jenis atau kadar serta bentuk hukuman ta`zir itu
>adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan
>dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas
>penjinayah-penjinayah itu,kerana hukuman ta`zir itu
>adalah bertujuan untuk menghalang
>penjinayah-penjinayah daripada mengulangi kembali
>kejahatan yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk
>menyiksa mereka.
>
>11) Penghakiman keatas penjinayah.
>       Seseorang hakim yang menghakimi kes-kes yang
>didakwa di bawah kes jinayah syar`iyah apabila sabit
>kesalahan penjinayah itu di dalam mahkamah,hendaklah
>dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukum syara`
>yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya
>yang disebutkan di dalam al-Quran/hadith,yakni jangan
>diputuskan dan dihukum mereka itu tanpa merujuk
>hukuman ALLAH terlebih dahulu.
>
>[ Jadi, dalam masalah penghakiman, yakni semasa nak
>buat judgement, atau nak buat sesuatu decision, atau
>nak buat satu keputusan; priority mestilah diberikan
>kepada Kitabullah/hadith Rasulullah s.a.w. Kita tak
>mau ada di kalangan kita yang gunakan logik akal
>dulu,kemudian baru nak tengok Quran/hadith Nabawi.
>Sebab itu, kita rasa sedih atas apa yang pihak
>pemerintah nyatakan tentang kes al-Maunah
>tempohari.Tak pasai-pasai, sekolah pondok dan sekolah
>Pasti disalahkan.Depa kata bahwa oleh sebab Amin
>Razali ni dulu dididik melalui sekolah agama
>rakyat,yakni bukan daripada sekolah kerajaan, maka
>institusi sebegini hendaklah diharamkan.Apa ni,ædepaÆ
>akai tak dak ka?àOoooo! kalu lagu tu,kalaulah  seorang
>tu pi gasak duit orang melalui teknologi pengæklonÆan
>kad ATM ka atau kad kredit ka, tiba-tiba dia ditangkap
>dan check-check dia adalah graduan USMà.emmmmph
>mampuiiih! USM pulak nanti kena haram.Lagu tu ka;
>Anaconda oooit!?àHang sebagai seorang pemimpin negara,
>boleh ka cerita satu benda lagu ni?àBagi la bukti dulu
>yang kata sekolah agama rakyat tu mengajar ajaran
>sesat.Bila ada bukti,barula hang boleh cakap!
>Kalau setakat nak kata, tapi tanpa bukti yang
>perbuatan Md Amin Razali tu akibat pentarbiyyahan
>daripada sekolah agama rakyat, maka itu merupakan satu
>jinayah yang dahsyat kepada rakyat yang ikhlas mencari
>keredhaan daripada ALLAH SWT.
>Lalu ustaz Jailani buat satu perbandingan buruk
>baiknya antara sekolah agama rakyat dengan sekolah
>agama kerajaan.Contohnya; dalam masalah æmedium of
>instructionÆ yakni bahasa pengantar yang
>digunakan.Kelebihan yang ada pada sekolah agama rakyat
>atau sekolah agama negeri ni ialah dia menggunakan
>æmedium of instructionÆnya,sepenuh dalam bahasa
>Arab.Maknanya,belajar sirah dalam bahasa Arab, belajar
>tafsir dalam bahasa Arab, belajar fekah pun dalam
>bahasa Arab dan kesemuanya dalam bahasa Arab.Tapi bagi
>sekolah agama milik kerajaan persekutuan,dia hanya
>menggunakan bahasa Arab dalam matapelajaran Bahasa
>Arab sahaja.Yang lainnya seperti sirah,tafsir,usul
>fiqh,kesemuanya belajar dalam bahasa Melayu.Sebab
>itulah, dalam masyarakat kita hari ini, kecenderungan
>mereka adalah kepada sekolah agama milik kerajaan
>negeri atau sekolah agama persendirian yang
>menggunakan bahasa Arab 100%.Inilah kelebihan sekolah
>agama milik persendirian ataupun milik kerajaan
>negeri.
>Sebab itu, kita sarankan kepada æpemimpinÆ berkenaan;
>kalau dia nak buat sesuatu kenyataan, biarlah bagi
>contoh yang menunjukkan bahwa rakyat boleh percaya
>kepada kenyataannya itu.Jangan la dok bagi satu
>statement yang boleh menyebabkan masyarakat
>mentertawakan ækamuÆ.Pasai kita tak mau benda-benda
>macam ni berlaku dalam kepimpinan negara kita. ]
>
>Perkara ini telah diingatkan oleh ALLAH TA`ALA dalam
>firman-firman berikut (yakni yang menjadi dalil bahwa
>bila kita nak buat satu hukuman,maka hendaklah rujuk
>dulu kepada al-Quran/hadith) :
>i) Dimana firman ALLAH dalam ayat 48 Suratul Ma`idah
>yang bermaksud,
>     ôDan telah Kami turun kepada kamu (wahai Muhammad)
>Kitab al-Quran dengan membawa kebenaran,dan yang
>membenarkan apa-apa yang ada sebelum daripadanya.ö
>
>
>[ Maknanya, al-Quran membenarkan segala kitab/suhuf
>yang pernah diturunkan oleh ALLAH SWT.Iaitu yang
>membenarkan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
>Begitu juga yang membenarkan Taurat yang diturunkan
>kepada Nabi Musa a.s., dan juga kitab Zabur dan
>pelbagai suhuf-suhuf yang lain yang pernah diturunkan
>oleh ALLAH SWT kepada para ambia`  dan para mursalin
>a.s. ]
>
>ôal-Quran juga menjadi pengawas kepada nya.ö
>
>[ Maknanya, untuk mengesahkan kitab-kitab yang
>terdahulu itu betul ka tak betul ka, maka didatangkan
>al-Quran kepada kita.Misal kata, jika kita lihat atau
>mendapati kitab injil yang ada pada hari ini iaitu New
>Testament, atau kitab Taurat (old testament) yang ada
>pada hari ini; yang kandungannya bertentangan  dengan
>al-Quran; maka pertentangan itu akan diperjelaskan
>atau dinafikan di dalam al-Quranul Karim.Contohnya
>ialah konsep triniti dalam kristian yang mempercayai
>tuhan Allah,tuhan anak dan rohul kudus; maka konsep
>ini telah dinafikan secara mutlak di dalam al-Quran
>melalui Surah al-Ikhlas.Firman ALLAH yang bermaksud,
>ôKatakanlah ALLAH TA`ALA itu Esa.ALLAH sebagai tempat
>meminta pertolongan.Dia tidak beranak dan Dia tidak
>diperanakkan.Dan tidak ada satu pun yang
>menyerupaiNya.öàJadi inilah contoh ayat-ayat daripada
>al-Quran yang menjadi pengawas kepada ayat-ayat
>daripada kitab-kitab yang terdahulu, supaya kita boleh
>bezakan antara kandungan Quran hari ini dengan apa
>yang ada dalam injil/taurat yang ada depan kita pada
>hari ini.Inilah yang menjadi hujah bahwa injil/taurat
>pada hari ini telah pun diselewengkan oleh
>tangan-tangan manusia dari golongan pemuka-pemuka
>agama yahudi/kristian pada hari ini dan zaman lampau.
>]
>
>ôMaka jalankanlah hukum diantara mereka (ahli kitab)
>itu dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH
>(kepadamu),dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu mereka
>(dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepada
>mu dari kebenaran.ö
>
>[ Jadi inilah pesanan ALLAH SWT kepada kita, supaya
>kita ikut ajaran Islam yang diturunkan oleh Nya.Para
>sahabatku sekelian; sebab itulah pentingnya untuk kita
>pilih seorang pemimpin yang ada punyai ciri-ciri
>beriman kepada ALLAH SWT.Kerana kebanyakan manusia ni
>bergantung kepada agama pemerintah mereka.Dan sebab
>itu juga kita digalakkan untuk mengkagumi orang-orang
>yang mukmin.Yakni mengambil para ulama untuk menjadi
>idola kita.Bukannya menjadi seperti apa yang ada dalam
>masyarakat kita sekarang, iaitu menjadikan para artis
>sebagai idola mereka.Contohnya; wajarkah anak-anak
>muda kita menjadikan Ning Baizura yang bertindik pusat
>tu sebagai idola atau ikutan mereka? Wajarkah
>anak-anak muda kita mengambil orang yang berani cerita
>tentang kehidupan seks di luar-nikahnya itu sebagai
>contoh kepada mereka? Berita-berita sebegini, yakni
>yang keluar daripada seorang yang jelas kesesatannya
>serta perwatakan yang boleh menyesatkan anak-anak
>muda,tapi tidak pula diharamkan dan boleh pula
>disiarkan melalui media-media massa secara meluas.Tapi
>kalau ada orang yang ikhlas bawa mai cerita tentang
>Islam kepada masyarakat, dia pula akan di cop sebagai
>pembawa ajaran sesat, lalu dia ditahan dalam æbilik
>gelapÆ umpamanya.Inilah yang dikatakan sekularisma
>yang ada dalam masyarakat kita sekarang.
>Sebab itu, kita tak hairan kalau ada benda-benda yang
>berunsur jihad dalam ugama, maka ia akan dipandang
>serong.Tapi kalau benda-benda yang menampakkan buah
>dada/punggung perempuan, ia diraikan.Ini adalah
>disebabkan oleh pihak berkuasa yang seronok dengan
>perempuan yang bertelanjang, tetapi tak suka kepada
>para pendakwah yang membasmi kemungkaran.Inilah
>realiti  yang ada dalam masyarakat kita hari
>ini,tuan-tuan.
>Saudara/saudari/muslimin/muslimat sekalian; sepatutnya
>kita jangan biarkan suasana sebegini terus
>bermaharajalela dalam masyarakat kita.Jadi kita
>kenalah faham jika dibiarkan terus benda-benda lagu
>ni, akhirnya agama akan terhakis daripada masyarakat
>kerana para pendakwah dipandang dengan penuh curiga;
>manakala para artis yang bawa kedurjanaan moral ke
>dalam masyarakat, tidak pula dianggap sesat. ]
>
>ii) Firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Ma`idah ayat 49
>yang bermaksud,
>ôDan hendaklah kamu menjalankan hukum diantara mereka
>itu,dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH
>TA`ALA.Dan jangan kamu ikuti hawa nafsu mereka itu,dan
>berjaga-jaga supaya mereka tidak memesongkan kamu dari
>sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada
>kamu.ö
>
>[ Yang mana ALLAH turunkan ayat ini kerana bersabitan
>dengan satu kisah berkenaan dengan 3 orang pemimpin
>yahudi yang pergi berjumpa dengan Nabi s.a.w.  Ini
>ialah kerana ketika itu tercetus pergaduhan diantara 2
>kumpulan yahudi.Maka salah satu daripada kumpulan itu
>menghantar 3 pemimpin mereka untuk berjumpa dengan
>Nabi s.a.w.,dan meminta Nabi untuk menerima tawaran
>mereka supaya menjadi hakim dalam permasalahan
>diantara 2 puak yahudi itu.Mereka bertiga itu ialah
>Kaab bin Asad, Abdullah bin Shuriya dan Shas bin
>Qois.Lalu mereka bagi syarat kepada Nabi dengan
>mengatakan, ôWahai Rasulullah,kami akan menyeru semua
>puak-puak yahudi untuk beriman kepada kamu tapi dengan
>syarat.Kamu kena buat keputusan yang menyebelahi puak
>kami bilamana kamu kami angkat sebagai hakim bagi
>menyelesaikan masalah ini.öàInilah yang dinamakan
>konspirasi.Cuba kita tengok, kalaulah guna logik akal,
>sepatutnya Nabi terimalah tawaran itu kerana nampak
>lagumana jalan mudah untuk menarik puak-puak yahudi
>supaya beriman kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi setelah
>diperingatkan oleh ALLAH SWT dalam ayat tadi supaya
>berjaga-jaga dengan tipu daya puak yahudi ini,yang
>mana mereka akan cuba memesongkan Nabi daripada ajaran
>ALLAH SWT, maka Nabi menolak tawaran tersebut untuk
>bersekongkol dengan puak yahudi itu walaupun mereka
>offer untuk beriman kepada Nabi.Peristiwa ini memberi
>iktibar kepada kita bahwa keadilan hendaklah
>ditegakkan,walaupun sesama penjinayah, walaupun sesama
>orang kapir, walaupun dikalangan orang zolim.Keadilan
>wajib ditegakkan sebagaimana yang diajarkan oleh ALLAH
>SWT kepada kita. ]
>
>àà.bersambungàà.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke