harakahdaily.com

Tangan inilah yang drafkan akta Petrolium - Tun Salleh

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Hrkh) - "Nasib baiklah Tuhan lanjutkan umur saya
untuk memberitahu hakikat sebenarnya," kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua
Hakim Negara yang kini Pengerusi Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas
Kerajaan Negeri Terengganu.

Inilah kenyataan beliau ketika menceritakan sejarah sebenar bagaimana Akta
Pembangunan Petrolium 1975 digubal dan diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.


Akta inilah yang telah dijadikan asas terhadap perjanjian antara Petronas
dan kerajaan negeri Terengganu yang antara lain menyatakan kerajaan negeri
Terengganu akan dibayar royalti minyak sebanyak lima peratus dari hasil
keluaran minyak di negeri ini.

"Tangan inilah yang membuat draf akta tersebut," katanya.

Tun Salleh menceritakan perkara ini di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat
Terengganu yang berhimpun di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala
Tere! ngganu malam tadi bagi mendengar ceramah perdana dan solat hajat isu
royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam suasana hujan renyai-renyai yang kemudiannya
disifatkan oleh Naib Presiden PAS, Mustafa Ali dalam ceramah yang sama
sebagai air mata rakyat Terengganu.

Berdasarkan fakta sejarahnya, kata Tun Salleh, adalah bohong sama sekali
peruntukan lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu itu adalah wang
ehsan dari Petronas semata-mata kerana Terengganu sebuah negeri yang miskin.


Kata Tun Salleh, perjanjian yang dibuat antara Petronas dan kerajaan negeri
Terengganu dan juga lain-lain negeri di negara ini dengan jelas menyebut
royalti berdasarkan kerajaan negeri Terengganu memberikan hak sepenuhnya
kepada Petronas untuk mengeluarkan minyak dari negeri ini.

"Bukan Terengganu sahaja, kerajaan Pusat juga mendapat lima peratus dari
hasil tersebut," katanya ketika memberikan ceramah! tersebut.

Menurut Tun, sebelum Akta Pembangunan Petrolium digubal, kerajaan Pusat
menghadapi masalah dengan kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung dengan hak
minyak di negeri masing-masing sehingga sampai ke peringkat ugutan mahu
keluar dari Malaysia.

"Atas usaha orang inilah (Tun Salleh) yang berbincang dengan Tun Razak,
Perdana Menteri pada ketika itu, akta ini didraf dan kemudiannya diterima
dengan baik oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak," katanya.

Menurutnya, oleh kerana minyak ditemui di Terengganu kemudian dari
penggubalan akta itu, maka ianya telah digunapakai oleh Petronas dan
kerajaan negeri Terengganu.

Untuk mengemaskan lagi cara pembayaran wang itu, satu lagi perjanjian di
antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu dibuat pada tahun 1987 dan
dengan jelas di situ dimasukkan perkataan "royalti" bukannya "ehsan" lima
peratus, jelas Tun Salleh lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau sama sekali menol! ak wang lima peratus dari
Petronas untuk kerajaan negeri Terengganu itu adalah kerana ehsan Tun Abdul
Razak kepada kerajaan negeri Terengganu yang miskin.

"Ia jelas sekali satu pembohongan fakta kerana saya masih hidup dan tahu
benar apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak ketika itu," katanya.

Berhubung dengan kenyataan, minyak digali di luar kawasan negeri Terengganu
iaitu di luar tiga batu nautika dari pantai Terengganu, Tun berkata, tiga
batu nautika ini maksudnya dari pantai terdekat milik Terengganu termasuk
pantai pulau-pulau yang menjadi milik negeri Terengganu.

Jika diluar kawasan tersebutpun, kawasan itu dikira masih hak bersama dengan
andaian siapakah milik kawasan tersebut jika tidak wujudnya Terengganu
sekarang dalam Malaysia.

"Mungkin minyak itu bukan milik Malaysia lagi," katanya.

Berdasarkan fakta itulah, maka kedua-dua pihak diberikan hak royalti lima
peratus iaitu kerajaan negeri Terengganu dan kera! jaan Persekutuan, jelas Tun
Salleh.


Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke