*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Hari ni dalam paper termasuk the Star, ada berita mengenai team ulamak UMNO
diketuai Ustaz Nakahei (?rasanya eja silap ni, maaf ye) yang akan round
Malaysia buat penerangan konon mengenai pendustaan PAS kononnyalah.
Masalahnya, kalau adapun team ni nak buat round, nanti ada ke hadirinnya?
Bukan apa. UMNO ni bila rancang nak buat sesuatu, dicanangnya seluruh
Malaysia dan dunia. Seperti masa kes Anwar baru2 berlaku dululah. Ada juga
kononnya nak buat round Malaysia buat penerangan. Last-last habuk pun tarak.
Kalau buat pun, hadirin tak ada, yang ada kerusi dan cawan kosong. Buat malu
kompeni je.
Kemudian, minggu lepas, ada pula berita gempar UMNO nak buat perubahan untuk
mendapat balik sokongan Melayu. Huha! Huha! Bising seluruh dunia.
Tup..tup.., hari ni Mat Taib buat statement, perubahan tu masih lagi dalam
peringkat perbincangan (alahai,...alamat lama lagi le tu nak jadi
kenyataan...) Bagus sekali kalau begini. Maknanya, memang amat payah UMNO
nak berubah. Ibarat kapal laut yang besar. Memang susah nak 'konar' walaupun
boleh nampak 'iceberg' (gunung ais) kat depan. Akhirnya, bum!! Kapal tu
berlanggar dengan 'iceberg' macam 'Titanic'. Agaknya dan insyaAllah
begitulah nasib yang akan menimpa UMNO yang bongkak lagi angkuh itu.
Berbalik kepada topik. Silalah buat penerangan itu aduhai Ustaz Nakahei.
Selakan. Malaysia ni negara bebas dan demokrasi. Sesiapa pun boleh
menyuarakan pendapat masing-masing.
Tapi, jangan pula buat penerangan di masjid atau surau2. Takut
double-standard. Ulamak PAS dia tak benar bersyarah di masjid. Tiba ulamak
UMNO, boleh pula. Malah, alamak dan ular-dalam-semak UMNO pun boleh
ber'fitnah' dalam masjid. Ini yang tak adil.
Wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>