Assalamualaikum warga Hizbi
 
Maaf mengganggu...Tapi terpanggil untuk membuat komentar selepas membaca email SS ni...
Dari email SS , saya rasa Encik amat optimis tentang PAS, seolah-olah PAS terlalu disayangi
dan UMNO dibenci serta tidak ada pengikutnya lagi...
Kalau di Kelantan, mungkin betullah situasi ni sebab rakyatnya alhamdulillah dah ditarbiyyah, tapi saya risau
tentang rakyat negeri saya di Johor..Takut-takut selepas kempen UMNO ni makin tertutuplah
pintu hati mereka...Kita tak bolehlah lepas tangan terhadap umat Islam di Johor ni, kasihan mereka..
Jangan lah kita setakat kata..''Alaaa..Depa ni memang bodoh'', lepas tu biarkan depa terus dengan fahaman
gila..
 
Rasanya orang2 PAS harus bergiat menjalankan dakwah di kawasan2 bukan PAS, tetapi di Johor ni
harus kena gayanya..Cara mesti halus, mulakan dengan dakwah Islam, rasa cinta pada Allah dan selitkan sirah Rasulullah..
Jangan kutuk2 UMNO sangat, nanti depa tak mau pi ceramah lagi..Nanti bila suka kat penceramah baru masukkan sikit2 bab politik..
 
Saranan saya ni bukan kerana rakyat Johor ni mengada-ngada, harus dilayan secara istimewa, tapi mereka terlalu
sensitif dengan UMNO..Maklumlah tempat tumpah darah UMNO lah katakan...Semangat kemelayuan terlalu
tebal, sampaikan yang boleh tahan agamanya pun, tak boleh baca kemusnahan, kekufuran dan maksiat yang UMNO buat..
UMNO semuanya betul..Dulu saya pun salah seorang dari mereka....
 
Saya pernah berdialog dengan mereka2 ni (yang sedihnya depa ni dari kalangan keluarga rapat saya juga)..Memang saya pernah berazam kalau pulang ke Malaysia tak mahu cakap hal politik, takut gaduh, tapi bila ditanya nak buat camana..Akhirnya saya berdialog dua lawan satu, UMNO dua, PAS satu..Yang UMNO emosional gila...Akhirnya berakhir dengan saya mencurahkan air mata, kerana terlalu sedih
keluarga saya sendiri dah tak tahu bezakan mana permata dan mana kaca...Terlalu banyak yang boleh disangkal dan kalau nak diserang memang boleh, tapi dah dua lawan satu, mana ruang nak membalas...Kita pun tak nak bertekak, akhirnya mengalah...Masuk bilik, terus peluk suami yang terkejut apasal isteri dia nangis teresak-esak..Atas nasihat suami, saya keluar semula mintak maaf...Kata suami, kalau jenis yang macam ni, memang kena diajar macam budak tadika, pikat dengan gula2, dimana gula2 untuk yang dah dewasa ni, ialah adab dan sopan kita..
Alhamdulillah...tak renggang hubungan selepas bermaafan...
 
Jadi, jangan lah kita terlalu berbangga dengan kejayaan PAS yang lalu...Nanti kalau syok sendiri kita yang rugi..
 
Akhir kata, saya minta maaf pada En SS..Saya tak bermaksud nak mengondem saudara, cuma nak beri peringatan pada semua ahli
dan peyokong PAS secara amnya...Maaf..
 
Sekian..Wassalam.
 
UMMU RAIHAN
 
 
 

Reply via email to