*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> ----------
> Subject:      H-Net* Umno dilatih sebagai tidak lagi terbuka,  tidak
> demokratik...,Anu ar Musa
> 
> Mencipta semula UMNO
> Oleh: ANUAR MUSA
> Pilihan Raya 1999: 
> PILIHAN raya 1999 telah memberikan satu kejutan kepada UMNO. Buat pertama
> kalinya UMNO kelihatan lemah di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Selain
> daripada gagal merampas Kelantan, Terengganu telah jatuh ke tangan Pas,
> manakala di kebanyakan kerusi majoriti Melayu, UMNO mengalami kemerosotan
> undi yang amat ketara. Kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi UMNO dengan
> majoriti kurang dari 5,000 dalam pilihan raya 1995, kesemuanya jatuh ke
> tangan Barisan Alternatif (BA). 
> Senario Politik Yang Berubah: 
> Selain daripada faktor politik semasa yang berpunca daripada isu pemecatan
> Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati UMNO sendiri lemah jenteranya dan
> kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Melayu sendiri. Fenomena ini
> bukan
> sahaja dilihat di kawasan-kawasan luar bandar di mana biasanya persaingan
> sengit diberikan oleh Pas tetapi juga dilihat di kawasan-kawasan bandar
> yang
> biasanya UMNO ternyata lebih kuat. Selain daripada itu pengundi-pengundi
> tradisi UMNO, seperti pengundi pos di kalangan pasukan keselamatan,
> pegawai-pegawai kerajaan dan juga pengundi-pengundi muda lebih tertarik
> untuk memberikan sokongan kepada pembangkang. 
> Wake-up Call: 
> Melihat kepada keadaan ini, kejutan yang dialami oleh UMNO ini haruslah
> dilihat sebagai satu wake-up call yang serius yang tidak lagi boleh
> dipandang ringan. Walaupun rata-rata nampaknya keadaan ini cukup disedari
> oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO, sama ada di peringkat tertinggi parti
> termasuk Perhimpunan Agung UMNO ataupun di peringkat akar umbi namun ia
> umpama penyakit yang sudah diketahui sedangkan penawarnya masih belum juga
> ditemui. 
> Selain dari virus pembangkang ternyata merupakan ancaman yang tidak boleh
> dipandang ringan dari segi merbahayanya, UMNO pula perlu memastikan
> kekuatan
> antibody-nya yang benar berupaya melawan jangkitan penyakit dari luar dan
> dalam. 
> UMNO Perlukan Perubahan: 
> Berdasarkan kepada pengalaman sebagai aktivis parti yang telah melalui
> proses kenaikan dalam parti daripada bawah, dan telah memegang pelbagai
> jawatan di peringkat Pemuda, cawangan, bahagian sebelum menduduki Majlis
> Tertinggi UMNO, saya berpandangan bahawa UMNO perlukan reinvention dan
> reengineering untuk kekal berpengaruh. 
> Walaupun pandangan-pandangan ini mungkin dilihat agak radikal namun saya
> berpendapat ia perlu diutarakan, setidak-tidaknya untuk diperbahaskan dan
> untuk melihat kesediaan penerimaannya oleh ahli-ahli UMNO keseluruhannya. 
> Saya berpendapat sekiranya tidak dilakukan sesuatu yang cukup berani dan
> drastic yang dilihat oleh orang Melayu sebagai satu usaha yang
> bersungguh-sungguh dan meyakinkan untuk UMNO melakukan perubahan, saya
> khuatir UMNO akan terus ditinggalkan dan akan terus kehilangan pengaruh di
> kalangan orang Melayu sendiri. 
> Pembangkang Yang Semakin Kuat: 
> Tidak dapat dinafikan bahawasanya UMNO tidak lagi boleh mengandaikan
> senario
> politik negara sama seperti tahun-tahun yang kebelakangan. Kemunculan
> parti-parti politik Melayu dengan pendekatan yang semakin 'pragmatik',
> berinovasi dengan pendekatan yang lebih terbuka, mereka telah berjaya
> menguasai sokongan akar umbi dan penyebaran pengaruhnya cukup meluas sama
> ada bandar atau luar bandar. 
> Mereka berjaya membuat appeal dan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan,
> golongan menengah Melayu, malah badan-badan bukan kerajaan. Seolah-olah
> ada
> satu pola di kalangan orang Melayu yang tidak lagi memberi sokongan padu
> kepada UMNO dan kelompok ini nampaknya semakin membesar. 
> UMNO perlu melakukan adjustment, bersikap 'luwes' dan terbuka dan tidak
> seharusnya bersifat statik. UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada
> nostalgia lama sebaliknya mengambil langkah-langkah yang berani untuk
> memastikan ia kekal relevan dan berpengaruh. 
> Imej Negatif UMNO 
> UMNO harus berani mengakui tentang wujudnya beberapa masalah yang menjadi
> punca kelemahannya. Antara kelemahan ini termasuklah:- 
> (i) UMNO dikatakan tidak mempunyai ideologi dan falsafah perjuangan yang
> jelas. Ia sering dituduh sebagai tidak berlandaskan Islam. Malah ia
> dikatakan lebih bercorak 'kebangsaan', cita-cita Islam tidak menjadi paksi
> utama, bahkan hanya satu daripada cita-cita UMNO, yang dibariskan di
> tempat
> ketiga daripada enam cita-cita utama dalam Perlembagaan, selepas cita-cita
> mengenai kemerdekaan dan mempertahankan Perlembagaan. Fasal 3, dari 3.1
> hingga 3.6 dalam Perlembagaan UMNO harus dilihat semula untuk memberi
> pengertian baru dan penghuraian dasar serta falsafah UMNO yang lebih jelas
> terhadap perjuangan yang berlandaskan Islam, serta menyusun priority
> memperjuangkan tuntutan agama, kekuatan politik Melayu, kemajuan ekonomi
> bangsa, selain dari hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan kedaulatan
> negara. 
> (ii) UMNO dilatih sebagai tidak lagi terbuka, tidak begitu demokratik
> malah
> menjadi semakin eksklusif dengan peraturan-peraturan yang banyak
> diperkenalkan secara 'ad-hoc'. Walaupun dengan tujuan yang baik tetapi
> dalam
> proses berbuat demikian ia dilihat sebagai semakin tertutup dan
> mengongkong,
> dengan peraturan-peraturan yang makin menyulitkan. Ini termasuklah
> syarat-syarat tertentu bagi melayakkan seseorang menawarkan diri memegang
> jawatan-jawatan tinggi dalam parti. Banyak peraturan dilihat memberi
> advantage kepada incumbent dan mereka yang berkuasa. 
> (iii) UMNO dilihat sebagai kurang membuka ruang kepada golongan muda.
> Terdapat banyak halangan-halangan sama ada kerana birokrasinya ataupun
> juga
> kerana amalan-amalan di dalam UMNO itu sendiri, dilihat sebagai menghalang
> golongan terpelajar dan golongan muda menyertainya. 
> Halangan pegawai-pegawai kerajaan Kumpulan A telah menyebabkan makin
> kekurangan golongan intelektual mendapat acces dan pembabitan dengan UMNO,
> walaupun kelahiran ramai pegawai Melayu adalah hasil perjuangan UMNO
> sendiri. 
> (iv) UMNO dilihat sebagai parti yang sangat kuat mengamalkan 'politik
> wang'
> dan rasuah. Semakin banyak perkara ini diperkatakan termasuk oleh pucuk
> pimpinan setiap kali ada pemilihan Perhimpunan Agung, tidak mengurangkan
> imej 'politik wang' kepada UMNO malah ia menambahkan lagi keyakinan dan
> tanggapan orang ramai bahawa UMNO dan pemimpin-pemimpinnya berebut jawatan
> sehingga sanggup melakukan 'politik wang' dan rasuah. Ini telah
> menjejaskan
> imej dan kewibawaan pemimpin UMNO pada keseluruhannya. 
> (v) Amat ketara sekali kurangnya penyertaan wanita muda dalam UMNO.
> Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat
> tertinggi, di monopoli oleh wanita yang lebih berumur. Ini menyekat secara
> langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau 30-an
> untuk mendapat tempat dalam kepimpinan. 
> (vi) Dalam UMNO dilihat terlalu kerap berlaku pertandingan di pelbagai
> peringkat dan nyata sekali, satu daripada punca kelemahan UMNO adalah
> akibat
> daripada perpecahan serta sikap berpuak-puak yang wujud di semua peringkat
> dalam parti. Setiap kali pertandingan berlaku, UMNO tidak mendapat
> kekuatan
> tambahan, malah sebaliknya menjadi semakin lemah. 
> (vii) Dalam UMNO didapati semakin lama semakin bergantung kepada individu.
> Personaliti dilihat menguasai parti. Personaliti yang berpengaruh membina
> penyokong di keliling mereka. Kesetiaan lebih tertumpu kepada individu
> bukannya kepada parti. 
> Ketua UMNO bahagian akan memperkukuhkan kedudukan peribadinya dan dengan
> kekuatannya itu ia mempunyai bargaining power dengan pemimpin atasan yang
> juga terpaksa mencari pengaruh untuk dirinya juga. Ini menjadikan UMNO
> dikuasai oleh beberapa personaliti yang kadangkala menyebabkan pemimpin
> berpengaruh dalam parti walaupun tidak lagi berpengaruh di kalangan
> rakyat.
> Ini sebenarnya melemahkan parti. Kekuatan yang sepatutnya berasaskan
> 'harakah' dan 'organisasi parti' yang berteraskan kekuatan kumpulan/syura,
> bukannya individu. 
> (viii) UMNO adalah sebuah parti yang terlalu banyak kerenah birokrasinya.
> Ini menjadi semakin parah dengan corak pentabdiran yang terlalu
> centralised
> di peringkat ibu pejabat dan Majlis Tertinggi. Kuasa di peringkat negeri
> dan
> bahagian semakin tidak ada. Ini menyebabkan ketidakcekapan dalam
> pengurusan
> parti. 
> (ix) Proses pertukaran dan penggiliran pucuk pimpinan amat terbatas.
> Mereka
> yang berpengaruh yang mempunyai kedudukan dan wang ringgit berpaut pada
> jawatan begitu lama dan sukar sekali untuk diubah. Pengaruh mereka tidak
> menyeluruh tetapi sekadar cukup untuk mempertahankan jawatan. Dengan itu
> parti menjadi lemah, pemimpin dan individu yang dilihat kuat dalam parti
> tetapi sebenarnya telah hilang pengaruh di kalangan rakyat terbanyak. 
> (x) Tidak adanya tarbiyah politik yang diatur secara sistematik dalam
> parti.
> Pegangan politik banyak bergantung kepada unsur kebendaan. Kelemahan
> tarbiyah politik ini ada kaitannya dengan kesamaran falsafah dan dasar
> perjuangan UMNO itu sendiri. Kesan kepada barisan pelapis amat ketara.
> Pergerakan Pemuda menjadi semakin lemah, idealisme perjuangan semakin
> kabur
> dan UMNO menjadi semakin tidak menarik untuk disertai oleh golongan muda
> dan
> intelektual Melayu yang biasanya tertarik kepada idealisme yang tinggi. 
> Inilah antara 10 perkara yang saya lihat merupakan masalah yang cukup
> besar
> dan ia mesti dilihat satu persatu dalam usaha mencari jalan untuk
> memperbaiki imej dan memperkuatkan semula UMNO. 
> Dalam konteks inilah saya berpendapat cadangan untuk reinvent UMNO tidak
> cukup dengan hanya mengadakan perbincangan-perbincangan tanpa pelaksanaan
> tindakan-tindakan yang bijak dan berani yang boleh benar-benar menjamin
> perubahan. 
> Tidak dapat tidak kesemuanya ini amat bergantung kepada sistem dan amalan
> dalam parti. Sistem dan amalan dalam parti pula amat bergantung kepada
> peraturan, undang-undang dan Perlembagaan yang mengawal perjalanan parti.
> Oleh yang demikian saya berpendapat cadangan UMNO untuk mengadakan pindaan
> Perlembagaan kali ini tidak harus bercorak 'ad-hoc' lagi, untuk
> menyelesaikan beberapa masalah-masalah yang timbul dari semasa ke semasa.
> Telah terbukti sebelum ini, pindaan-pindaan Perlembagaan yang dibuat
> secara
> 'ad-hoc' tanpa melihat kepada apa yang sebenarnya hendak dicapai dalam
> perspektif yang lebih luas dan untuk tempoh jangka yang lebih panjang
> tidak
> dapat bertahan lama. Contoh yang jelas ialah pindaan untuk mengadakan
> 'sistem undi bonus', sistem had minimum menjadi ahli sebelum layak menjadi
> calon, Sistem Peratusan Pencalonan dan sebagainya hanya sesuai untuk
> beberapa tahun sahaja. Selain daripada tidak dapat menyelesaikan masalah,
> lebih buruk daripada itu ia dilihat tidak relevan dan tidak sesuai dalam
> masa yang singkat sehingga ia terpaksa dilihat semula dan
> perubahan-perubahan terpaksa dilakukan sekali lagi. 
> Perlembagaan UMNO kali ini mestilah dibuat secara lebih menyeluruh. Ia
> mesti
> dikaji dari perspektif yang lebih luas tentang apakah rupa bentuk UMNO
> yang
> akan masuk berjuang dalam senario politik Melayu dan negara yang baru.
> Bagaimanakah UMNO harus reinvent itself dengan memperkenalkan
> perubahan-perubahan walaupun dilihat radikal tetapi sebenarnya perlu dan
> boleh menjamin meningkatkan pengaruh parti sebagai parti Melayu yang
> tunggal
> dan utama bagi memperjuangkan nasi borang Melayu dan umat Islam dalam
> negara
> kita. Pindaan Perlembagaan UMNO setidak-tidaknya dapat menyelesaikan 10
> masalah utama yang telah digariskan di atas. 
> Pindaan-Pindaan Utama: 
> (1) Asas dan Tujuan: 
> Saya mencadangkan Fasal 3 mengenai asas dan tujuan UMNO sepertimana yang
> tercatat dalam Perlembagaan sekarang harus diubahsuai untuk mencapai
> cita-cita perjuangan yang lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Ia perlu
> menyebut secara nyata perjuangan berlandaskan Islam. Ungkapan UMNO adalah
> sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu
> haruslah diperkukuhkan dengan perkataan kebangsaan Melayu berlandaskan
> Islam. Ini untuk memberi penekanan tentang kebangsaan Melayu yang berbeza
> daripada nasionalisme sempit yang bersifat jinggopism ataupun assabiyah
> ataupun semata-mata berteraskan suku bangsa. Pernyataan asas perjuangan
> UMNO
> seharusnya berbunyi: ''UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang
> mendukung cita-cita kebangsaan Melayu berlandaskan Islam demi mengekalkan
> maruah dan martabat agama, bangsa dan negara'' (dalam Perlembagaan dicatat
> .... bangsa, agama dan negara). Pecahan-pecahan Fasal 3 juga iaitu perkara
> 3.1 sehingga 3.6 dalam Perlembagaan juga perlu diubahsuai dan disusun
> semula. 
> Fasal 3.1: ''melaksana, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi
> secara bijaksana serta menghormati prinsip kebebasan beragama''. Fasal ini
> mesti menekankan kepada soal menegakkan Islam secara bijaksana dan
> diletakkan pada 3.1 yakni pecahan yang teratas dan terpenting selaras
> dengan
> kedudukan agama yang tinggi. 
> Fasal 3.2: ''Membentuk kekuatan politik orang Melayu dan kaum bumiputera
> dan
> mempertahankannya sebagai teras politik negara, dalam konteks Sistem
> Pemerintahan Demokrasi Berparlimen''. 
> Ayat ini harus diperkenalkan kerana tidak ada dalam Perlembagaan UMNO
> menyebut tentang UMNO yang berjuang untuk memperkukuhkan politik orang
> Melayu dan bumiputera yang kini makin berpecah. 
> Fasal 3.3: ''Berjuang memajukan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera
> khasnya
> serta rakyat Malaysia amnya serta mempertahankan kedaulatan rakyat dan
> keadilan sosial bagi semua kaum''. 
> Fasal 3.4: ''Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa
> Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak-hak asasi
> manusia
> dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera''. 
> Fasal 3.5: ''Menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
> tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu''. 
> Fasal 3.6: ''Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,
> Perlembagaan
> negeri-negeri dan Raja Ber perlembagaan serta mempertahankan kemerdekaan
> dan
> kedaulatan negara''. 
> Susunan baru ini diharap memperjelaskan komitmen UMNO terhadap agama yang
> dipertikaikan selama ini dan menekankan soal UMNO berjuang untuk
> memperkuatkan politik orang Melayu. Ditekankan juga usaha UMNO untuk
> menjadi
> teras politik negara, selain daripada menyebut dengan lebih jelas tentang
> matlamat perjuangan ekonomi bangsa, hak istimewa orang Melayu yang mesti
> terus dipertahankan, dan perkara-perkara lain yang telah sedia ada dalam
> Perlembagaan. 
> (2) Pemilihan MT 
> Antara perkara yang perlu dipinda bagi mengatasi masalah keterbukaan dan
> amalan yang lebih demokratik dalam UMNO ialah perkara-perkara yang
> menyentuh
> Fasal 9 hingga 15 dalam Perlembagaan. Fasal-fasal ini adalah
> perkara-perkara
> yang berkait dengan struktur parti daripada Majlis Tertinggi, Fasal 12
> yang
> berkaitan dengan Badan Perhubungan, Fasal 14 mengenai Bahagian dan
> seterusnya. Fasal-fasal ini menghuraikan struktur pentadbiran UMNO dan
> kaedah-kaedah jawatan-jawatan dalam UMNO itu dipilih. 
> Saya fikir telah sampai masanya untuk UMNO merombak struktur ini secara
> menyeluruh. 
> Pada masa ini sistem pemilihan Majlis Tertinggi dilakukan secara sistem
> perwakilan. Kira-kira 2,000 orang perwakilan daripada 165 bahagian akan
> memilih 30 ke 40 orang ahli MKT termasuk penjawat jawatan utama seperti
> Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan sebagainya. 
> Sistem ini mendedahkan UMNO kepada 'sogokan' dan 'politik wang' kerana
> jawatan yang begitu tinggi seperti jawatan Presiden yang dilihat sinonim
> dengan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden dengan Timbalan
> Perdana
> Menteri. Ini menjadikan jawatan itu menjadi satu rebutan. 
> Oleh kerana jumlah perwakilan yang tidak begitu ramai dan keupayaan ahli
> UMNO dari segi kewangan semakin tinggi, pemimpin-pemimpin UMNO mengambil
> jalan pintas memenangi jawatan dengan cuba menguasai perwakilan dengan
> cara
> sogokan secara langsung atau tidak langsung. Timbul juga cara-cara yang
> menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan dan beberapa amalan-amalan
> negatif
> yang lain. Adalah jelas masalah ini sangat sukar untuk diatasi. Walaupun
> pelbagai usaha dan seruan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan pelbagai
> peraturan cuba diperkenalkan namun ternyata tidak berkesan. Malah
> peraturan
> secara 'ad-hoc' telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
> ahli-ahli
> kerana peraturan-peraturan yang tidak konsisten. 
> Sudah sampai masanya untuk UMNO memikirkan kaedah lain dalam cara memilih
> pucuk pimpinannya, yang bebas dari sogokan dan rasuah. Saya cadangkan
> pemilihan jawatan tertinggi dalam parti dibuat oleh semua perwakilan
> cawangan di mesyuarat agung bahagian-bahagian menggantikan perwakilan
> bahagian di Perhimpunan Agung. Jumlah perwakilan cawangan ditentukan
> mengikut jumlah ahli yang membayar yuran dan hadir di mesyuarat Agung
> Cawangan. 
> Sistem pencalonan oleh Bahagian ditiadakan sebaliknya digantikan dengan
> sistem yang lebih terbuka iaitu mereka-mereka yang ingin bertanding bagi
> jawatan tertinggi parti boleh menyatakan hasrat dengan mendaftarkan diri
> mereka kepada Ibu Pejabat Parti pada tarikh tertentu sebelum persidangan
> bahagian di mulakan dalam tahun berkenaan. Sistem pendaftaran ini pernah
> diamalkan oleh UMNO beberapa tahun yang lepas. 
> Untuk memastikan sistem pendaftaran terbuka ini mempunyai saringan
> tertentu
> UMNO bolehlah mengadakan syarat-syarat, misalnya untuk seseorang itu
> bertanding bagi jawatan-jawatan tertentu berdasarkan kepada tempoh menjadi
> ahli, menjelaskan yuran dan telah memegang jawatan tertentu untuk tempoh
> masa yang tertentu. Ini menentukan supaya yang mempunyai kelayakan sahaja
> menawarkan diri bertanding bagi jawatan-jawatan berkenaan. 
> Senarai muktamad yang sah diedarkan kesemua bahagian-bahagian untuk
> membolehkan perwakilan cawangan ke bahagian membuat pilihan. 
> Sudah tentu mereka yang tidak popular amat sukar untuk dipilih dan ini
> akan
> menjadikan calon-calon yang benar-benar popular kerana memberikan
> perkhidmatan di akar umbi lebih peluang untuk dipilih menduduki jawatan di
> dalam parti. Sistem ini sama sekali tidak membolehkan calon untuk
> berkempen
> kerana tempoh pendaftaran bertanding dan mesyuarat bahagian adalah pendek,
> dan mesyuarat bahagian boleh berjalan secara serentak. 
> * DATUK ANNUAR MUSA, Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
> 
> © 
> 
> 
> 
> 
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> 
> 
> 
>      _____  
> 
> Do You Yahoo!?
> Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
> 
> 
> 
============================================================

Disclaimer Note:

"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
This communication may contain material protected by intellectual property
rights laws. If you are not the intended recipient or the person responsible
for delivering the email to the intended recipient, be advised that you have
received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
received this email in error please notify the System Administrator at
[EMAIL PROTECTED] "

http://www.proton.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "AHMAD MOHID ARIS, HRD/C&B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke