*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Misprint..... sepatutnya DILIHAT bukan DILATIH


>From: "AHMAD MOHID ARIS, HRD/C&B" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: FW: H-Net* Umno dilatih sebagai tidak lagi terbuka,  tidak demokr 
>atik...,Anu ar Musa
>Date: Wed, 20 Sep 2000 11:30:43 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> > ----------
> > Subject:    H-Net* Umno dilatih sebagai tidak lagi terbuka,  tidak
> > demokratik...,Anu ar Musa
> >
> > Mencipta semula UMNO
> > Oleh: ANUAR MUSA
> > Pilihan Raya 1999:
> > PILIHAN raya 1999 telah memberikan satu kejutan kepada UMNO. Buat 
>pertama
> > kalinya UMNO kelihatan lemah di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Selain
> > daripada gagal merampas Kelantan, Terengganu telah jatuh ke tangan Pas,
> > manakala di kebanyakan kerusi majoriti Melayu, UMNO mengalami 
>kemerosotan
> > undi yang amat ketara. Kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi UMNO 
>dengan
> > majoriti kurang dari 5,000 dalam pilihan raya 1995, kesemuanya jatuh ke
> > tangan Barisan Alternatif (BA).
> > Senario Politik Yang Berubah:
> > Selain daripada faktor politik semasa yang berpunca daripada isu 
>pemecatan
> > Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati UMNO sendiri lemah jenteranya dan
> > kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Melayu sendiri. Fenomena ini
> > bukan
> > sahaja dilihat di kawasan-kawasan luar bandar di mana biasanya 
>persaingan
> > sengit diberikan oleh Pas tetapi juga dilihat di kawasan-kawasan bandar
> > yang
> > biasanya UMNO ternyata lebih kuat. Selain daripada itu pengundi-pengundi
> > tradisi UMNO, seperti pengundi pos di kalangan pasukan keselamatan,
> > pegawai-pegawai kerajaan dan juga pengundi-pengundi muda lebih tertarik
> > untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.
> > Wake-up Call:
> > Melihat kepada keadaan ini, kejutan yang dialami oleh UMNO ini haruslah
> > dilihat sebagai satu wake-up call yang serius yang tidak lagi boleh
> > dipandang ringan. Walaupun rata-rata nampaknya keadaan ini cukup 
>disedari
> > oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO, sama ada di peringkat tertinggi parti
> > termasuk Perhimpunan Agung UMNO ataupun di peringkat akar umbi namun ia
> > umpama penyakit yang sudah diketahui sedangkan penawarnya masih belum 
>juga
> > ditemui.
> > Selain dari virus pembangkang ternyata merupakan ancaman yang tidak 
>boleh
> > dipandang ringan dari segi merbahayanya, UMNO pula perlu memastikan
> > kekuatan
> > antibody-nya yang benar berupaya melawan jangkitan penyakit dari luar 
>dan
> > dalam.
> > UMNO Perlukan Perubahan:
> > Berdasarkan kepada pengalaman sebagai aktivis parti yang telah melalui
> > proses kenaikan dalam parti daripada bawah, dan telah memegang pelbagai
> > jawatan di peringkat Pemuda, cawangan, bahagian sebelum menduduki Majlis
> > Tertinggi UMNO, saya berpandangan bahawa UMNO perlukan reinvention dan
> > reengineering untuk kekal berpengaruh.
> > Walaupun pandangan-pandangan ini mungkin dilihat agak radikal namun saya
> > berpendapat ia perlu diutarakan, setidak-tidaknya untuk diperbahaskan 
>dan
> > untuk melihat kesediaan penerimaannya oleh ahli-ahli UMNO 
>keseluruhannya.
> > Saya berpendapat sekiranya tidak dilakukan sesuatu yang cukup berani dan
> > drastic yang dilihat oleh orang Melayu sebagai satu usaha yang
> > bersungguh-sungguh dan meyakinkan untuk UMNO melakukan perubahan, saya
> > khuatir UMNO akan terus ditinggalkan dan akan terus kehilangan pengaruh 
>di
> > kalangan orang Melayu sendiri.
> > Pembangkang Yang Semakin Kuat:
> > Tidak dapat dinafikan bahawasanya UMNO tidak lagi boleh mengandaikan
> > senario
> > politik negara sama seperti tahun-tahun yang kebelakangan. Kemunculan
> > parti-parti politik Melayu dengan pendekatan yang semakin 'pragmatik',
> > berinovasi dengan pendekatan yang lebih terbuka, mereka telah berjaya
> > menguasai sokongan akar umbi dan penyebaran pengaruhnya cukup meluas 
>sama
> > ada bandar atau luar bandar.
> > Mereka berjaya membuat appeal dan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan,
> > golongan menengah Melayu, malah badan-badan bukan kerajaan. Seolah-olah
> > ada
> > satu pola di kalangan orang Melayu yang tidak lagi memberi sokongan padu
> > kepada UMNO dan kelompok ini nampaknya semakin membesar.
> > UMNO perlu melakukan adjustment, bersikap 'luwes' dan terbuka dan tidak
> > seharusnya bersifat statik. UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada
> > nostalgia lama sebaliknya mengambil langkah-langkah yang berani untuk
> > memastikan ia kekal relevan dan berpengaruh.
> > Imej Negatif UMNO
> > UMNO harus berani mengakui tentang wujudnya beberapa masalah yang 
>menjadi
> > punca kelemahannya. Antara kelemahan ini termasuklah:-
> > (i) UMNO dikatakan tidak mempunyai ideologi dan falsafah perjuangan yang
> > jelas. Ia sering dituduh sebagai tidak berlandaskan Islam. Malah ia
> > dikatakan lebih bercorak 'kebangsaan', cita-cita Islam tidak menjadi 
>paksi
> > utama, bahkan hanya satu daripada cita-cita UMNO, yang dibariskan di
> > tempat
> > ketiga daripada enam cita-cita utama dalam Perlembagaan, selepas 
>cita-cita
> > mengenai kemerdekaan dan mempertahankan Perlembagaan. Fasal 3, dari 3.1
> > hingga 3.6 dalam Perlembagaan UMNO harus dilihat semula untuk memberi
> > pengertian baru dan penghuraian dasar serta falsafah UMNO yang lebih 
>jelas
> > terhadap perjuangan yang berlandaskan Islam, serta menyusun priority
> > memperjuangkan tuntutan agama, kekuatan politik Melayu, kemajuan ekonomi
> > bangsa, selain dari hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan 
>kedaulatan
> > negara.
> > (ii) UMNO dilatih sebagai tidak lagi terbuka, tidak begitu demokratik
> > malah
> > menjadi semakin eksklusif dengan peraturan-peraturan yang banyak
> > diperkenalkan secara 'ad-hoc'. Walaupun dengan tujuan yang baik tetapi
> > dalam
> > proses berbuat demikian ia dilihat sebagai semakin tertutup dan
> > mengongkong,
> > dengan peraturan-peraturan yang makin menyulitkan. Ini termasuklah
> > syarat-syarat tertentu bagi melayakkan seseorang menawarkan diri 
>memegang
> > jawatan-jawatan tinggi dalam parti. Banyak peraturan dilihat memberi
> > advantage kepada incumbent dan mereka yang berkuasa.
> > (iii) UMNO dilihat sebagai kurang membuka ruang kepada golongan muda.
> > Terdapat banyak halangan-halangan sama ada kerana birokrasinya ataupun
> > juga
> > kerana amalan-amalan di dalam UMNO itu sendiri, dilihat sebagai 
>menghalang
> > golongan terpelajar dan golongan muda menyertainya.
> > Halangan pegawai-pegawai kerajaan Kumpulan A telah menyebabkan makin
> > kekurangan golongan intelektual mendapat acces dan pembabitan dengan 
>UMNO,
> > walaupun kelahiran ramai pegawai Melayu adalah hasil perjuangan UMNO
> > sendiri.
> > (iv) UMNO dilihat sebagai parti yang sangat kuat mengamalkan 'politik
> > wang'
> > dan rasuah. Semakin banyak perkara ini diperkatakan termasuk oleh pucuk
> > pimpinan setiap kali ada pemilihan Perhimpunan Agung, tidak mengurangkan
> > imej 'politik wang' kepada UMNO malah ia menambahkan lagi keyakinan dan
> > tanggapan orang ramai bahawa UMNO dan pemimpin-pemimpinnya berebut 
>jawatan
> > sehingga sanggup melakukan 'politik wang' dan rasuah. Ini telah
> > menjejaskan
> > imej dan kewibawaan pemimpin UMNO pada keseluruhannya.
> > (v) Amat ketara sekali kurangnya penyertaan wanita muda dalam UMNO.
> > Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat
> > tertinggi, di monopoli oleh wanita yang lebih berumur. Ini menyekat 
>secara
> > langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau 
>30-an
> > untuk mendapat tempat dalam kepimpinan.
> > (vi) Dalam UMNO dilihat terlalu kerap berlaku pertandingan di pelbagai
> > peringkat dan nyata sekali, satu daripada punca kelemahan UMNO adalah
> > akibat
> > daripada perpecahan serta sikap berpuak-puak yang wujud di semua 
>peringkat
> > dalam parti. Setiap kali pertandingan berlaku, UMNO tidak mendapat
> > kekuatan
> > tambahan, malah sebaliknya menjadi semakin lemah.
> > (vii) Dalam UMNO didapati semakin lama semakin bergantung kepada 
>individu.
> > Personaliti dilihat menguasai parti. Personaliti yang berpengaruh 
>membina
> > penyokong di keliling mereka. Kesetiaan lebih tertumpu kepada individu
> > bukannya kepada parti.
> > Ketua UMNO bahagian akan memperkukuhkan kedudukan peribadinya dan dengan
> > kekuatannya itu ia mempunyai bargaining power dengan pemimpin atasan 
>yang
> > juga terpaksa mencari pengaruh untuk dirinya juga. Ini menjadikan UMNO
> > dikuasai oleh beberapa personaliti yang kadangkala menyebabkan pemimpin
> > berpengaruh dalam parti walaupun tidak lagi berpengaruh di kalangan
> > rakyat.
> > Ini sebenarnya melemahkan parti. Kekuatan yang sepatutnya berasaskan
> > 'harakah' dan 'organisasi parti' yang berteraskan kekuatan 
>kumpulan/syura,
> > bukannya individu.
> > (viii) UMNO adalah sebuah parti yang terlalu banyak kerenah 
>birokrasinya.
> > Ini menjadi semakin parah dengan corak pentabdiran yang terlalu
> > centralised
> > di peringkat ibu pejabat dan Majlis Tertinggi. Kuasa di peringkat negeri
> > dan
> > bahagian semakin tidak ada. Ini menyebabkan ketidakcekapan dalam
> > pengurusan
> > parti.
> > (ix) Proses pertukaran dan penggiliran pucuk pimpinan amat terbatas.
> > Mereka
> > yang berpengaruh yang mempunyai kedudukan dan wang ringgit berpaut pada
> > jawatan begitu lama dan sukar sekali untuk diubah. Pengaruh mereka tidak
> > menyeluruh tetapi sekadar cukup untuk mempertahankan jawatan. Dengan itu
> > parti menjadi lemah, pemimpin dan individu yang dilihat kuat dalam parti
> > tetapi sebenarnya telah hilang pengaruh di kalangan rakyat terbanyak.
> > (x) Tidak adanya tarbiyah politik yang diatur secara sistematik dalam
> > parti.
> > Pegangan politik banyak bergantung kepada unsur kebendaan. Kelemahan
> > tarbiyah politik ini ada kaitannya dengan kesamaran falsafah dan dasar
> > perjuangan UMNO itu sendiri. Kesan kepada barisan pelapis amat ketara.
> > Pergerakan Pemuda menjadi semakin lemah, idealisme perjuangan semakin
> > kabur
> > dan UMNO menjadi semakin tidak menarik untuk disertai oleh golongan muda
> > dan
> > intelektual Melayu yang biasanya tertarik kepada idealisme yang tinggi.
> > Inilah antara 10 perkara yang saya lihat merupakan masalah yang cukup
> > besar
> > dan ia mesti dilihat satu persatu dalam usaha mencari jalan untuk
> > memperbaiki imej dan memperkuatkan semula UMNO.
> > Dalam konteks inilah saya berpendapat cadangan untuk reinvent UMNO tidak
> > cukup dengan hanya mengadakan perbincangan-perbincangan tanpa 
>pelaksanaan
> > tindakan-tindakan yang bijak dan berani yang boleh benar-benar menjamin
> > perubahan.
> > Tidak dapat tidak kesemuanya ini amat bergantung kepada sistem dan 
>amalan
> > dalam parti. Sistem dan amalan dalam parti pula amat bergantung kepada
> > peraturan, undang-undang dan Perlembagaan yang mengawal perjalanan 
>parti.
> > Oleh yang demikian saya berpendapat cadangan UMNO untuk mengadakan 
>pindaan
> > Perlembagaan kali ini tidak harus bercorak 'ad-hoc' lagi, untuk
> > menyelesaikan beberapa masalah-masalah yang timbul dari semasa ke 
>semasa.
> > Telah terbukti sebelum ini, pindaan-pindaan Perlembagaan yang dibuat
> > secara
> > 'ad-hoc' tanpa melihat kepada apa yang sebenarnya hendak dicapai dalam
> > perspektif yang lebih luas dan untuk tempoh jangka yang lebih panjang
> > tidak
> > dapat bertahan lama. Contoh yang jelas ialah pindaan untuk mengadakan
> > 'sistem undi bonus', sistem had minimum menjadi ahli sebelum layak 
>menjadi
> > calon, Sistem Peratusan Pencalonan dan sebagainya hanya sesuai untuk
> > beberapa tahun sahaja. Selain daripada tidak dapat menyelesaikan 
>masalah,
> > lebih buruk daripada itu ia dilihat tidak relevan dan tidak sesuai dalam
> > masa yang singkat sehingga ia terpaksa dilihat semula dan
> > perubahan-perubahan terpaksa dilakukan sekali lagi.
> > Perlembagaan UMNO kali ini mestilah dibuat secara lebih menyeluruh. Ia
> > mesti
> > dikaji dari perspektif yang lebih luas tentang apakah rupa bentuk UMNO
> > yang
> > akan masuk berjuang dalam senario politik Melayu dan negara yang baru.
> > Bagaimanakah UMNO harus reinvent itself dengan memperkenalkan
> > perubahan-perubahan walaupun dilihat radikal tetapi sebenarnya perlu dan
> > boleh menjamin meningkatkan pengaruh parti sebagai parti Melayu yang
> > tunggal
> > dan utama bagi memperjuangkan nasi borang Melayu dan umat Islam dalam
> > negara
> > kita. Pindaan Perlembagaan UMNO setidak-tidaknya dapat menyelesaikan 10
> > masalah utama yang telah digariskan di atas.
> > Pindaan-Pindaan Utama:
> > (1) Asas dan Tujuan:
> > Saya mencadangkan Fasal 3 mengenai asas dan tujuan UMNO sepertimana yang
> > tercatat dalam Perlembagaan sekarang harus diubahsuai untuk mencapai
> > cita-cita perjuangan yang lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Ia perlu
> > menyebut secara nyata perjuangan berlandaskan Islam. Ungkapan UMNO 
>adalah
> > sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu
> > haruslah diperkukuhkan dengan perkataan kebangsaan Melayu berlandaskan
> > Islam. Ini untuk memberi penekanan tentang kebangsaan Melayu yang 
>berbeza
> > daripada nasionalisme sempit yang bersifat jinggopism ataupun assabiyah
> > ataupun semata-mata berteraskan suku bangsa. Pernyataan asas perjuangan
> > UMNO
> > seharusnya berbunyi: ''UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang
> > mendukung cita-cita kebangsaan Melayu berlandaskan Islam demi 
>mengekalkan
> > maruah dan martabat agama, bangsa dan negara'' (dalam Perlembagaan 
>dicatat
> > .... bangsa, agama dan negara). Pecahan-pecahan Fasal 3 juga iaitu 
>perkara
> > 3.1 sehingga 3.6 dalam Perlembagaan juga perlu diubahsuai dan disusun
> > semula.
> > Fasal 3.1: ''melaksana, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi
> > secara bijaksana serta menghormati prinsip kebebasan beragama''. Fasal 
>ini
> > mesti menekankan kepada soal menegakkan Islam secara bijaksana dan
> > diletakkan pada 3.1 yakni pecahan yang teratas dan terpenting selaras
> > dengan
> > kedudukan agama yang tinggi.
> > Fasal 3.2: ''Membentuk kekuatan politik orang Melayu dan kaum bumiputera
> > dan
> > mempertahankannya sebagai teras politik negara, dalam konteks Sistem
> > Pemerintahan Demokrasi Berparlimen''.
> > Ayat ini harus diperkenalkan kerana tidak ada dalam Perlembagaan UMNO
> > menyebut tentang UMNO yang berjuang untuk memperkukuhkan politik orang
> > Melayu dan bumiputera yang kini makin berpecah.
> > Fasal 3.3: ''Berjuang memajukan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera
> > khasnya
> > serta rakyat Malaysia amnya serta mempertahankan kedaulatan rakyat dan
> > keadilan sosial bagi semua kaum''.
> > Fasal 3.4: ''Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu 
>bangsa
> > Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak-hak asasi
> > manusia
> > dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera''.
> > Fasal 3.5: ''Menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
> > tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu''.
> > Fasal 3.6: ''Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,
> > Perlembagaan
> > negeri-negeri dan Raja Ber perlembagaan serta mempertahankan kemerdekaan
> > dan
> > kedaulatan negara''.
> > Susunan baru ini diharap memperjelaskan komitmen UMNO terhadap agama 
>yang
> > dipertikaikan selama ini dan menekankan soal UMNO berjuang untuk
> > memperkuatkan politik orang Melayu. Ditekankan juga usaha UMNO untuk
> > menjadi
> > teras politik negara, selain daripada menyebut dengan lebih jelas 
>tentang
> > matlamat perjuangan ekonomi bangsa, hak istimewa orang Melayu yang mesti
> > terus dipertahankan, dan perkara-perkara lain yang telah sedia ada dalam
> > Perlembagaan.
> > (2) Pemilihan MT
> > Antara perkara yang perlu dipinda bagi mengatasi masalah keterbukaan dan
> > amalan yang lebih demokratik dalam UMNO ialah perkara-perkara yang
> > menyentuh
> > Fasal 9 hingga 15 dalam Perlembagaan. Fasal-fasal ini adalah
> > perkara-perkara
> > yang berkait dengan struktur parti daripada Majlis Tertinggi, Fasal 12
> > yang
> > berkaitan dengan Badan Perhubungan, Fasal 14 mengenai Bahagian dan
> > seterusnya. Fasal-fasal ini menghuraikan struktur pentadbiran UMNO dan
> > kaedah-kaedah jawatan-jawatan dalam UMNO itu dipilih.
> > Saya fikir telah sampai masanya untuk UMNO merombak struktur ini secara
> > menyeluruh.
> > Pada masa ini sistem pemilihan Majlis Tertinggi dilakukan secara sistem
> > perwakilan. Kira-kira 2,000 orang perwakilan daripada 165 bahagian akan
> > memilih 30 ke 40 orang ahli MKT termasuk penjawat jawatan utama seperti
> > Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan sebagainya.
> > Sistem ini mendedahkan UMNO kepada 'sogokan' dan 'politik wang' kerana
> > jawatan yang begitu tinggi seperti jawatan Presiden yang dilihat sinonim
> > dengan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden dengan Timbalan
> > Perdana
> > Menteri. Ini menjadikan jawatan itu menjadi satu rebutan.
> > Oleh kerana jumlah perwakilan yang tidak begitu ramai dan keupayaan ahli
> > UMNO dari segi kewangan semakin tinggi, pemimpin-pemimpin UMNO mengambil
> > jalan pintas memenangi jawatan dengan cuba menguasai perwakilan dengan
> > cara
> > sogokan secara langsung atau tidak langsung. Timbul juga cara-cara yang
> > menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan dan beberapa amalan-amalan
> > negatif
> > yang lain. Adalah jelas masalah ini sangat sukar untuk diatasi. Walaupun
> > pelbagai usaha dan seruan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan pelbagai
> > peraturan cuba diperkenalkan namun ternyata tidak berkesan. Malah
> > peraturan
> > secara 'ad-hoc' telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
> > ahli-ahli
> > kerana peraturan-peraturan yang tidak konsisten.
> > Sudah sampai masanya untuk UMNO memikirkan kaedah lain dalam cara 
>memilih
> > pucuk pimpinannya, yang bebas dari sogokan dan rasuah. Saya cadangkan
> > pemilihan jawatan tertinggi dalam parti dibuat oleh semua perwakilan
> > cawangan di mesyuarat agung bahagian-bahagian menggantikan perwakilan
> > bahagian di Perhimpunan Agung. Jumlah perwakilan cawangan ditentukan
> > mengikut jumlah ahli yang membayar yuran dan hadir di mesyuarat Agung
> > Cawangan.
> > Sistem pencalonan oleh Bahagian ditiadakan sebaliknya digantikan dengan
> > sistem yang lebih terbuka iaitu mereka-mereka yang ingin bertanding bagi
> > jawatan tertinggi parti boleh menyatakan hasrat dengan mendaftarkan diri
> > mereka kepada Ibu Pejabat Parti pada tarikh tertentu sebelum persidangan
> > bahagian di mulakan dalam tahun berkenaan. Sistem pendaftaran ini pernah
> > diamalkan oleh UMNO beberapa tahun yang lepas.
> > Untuk memastikan sistem pendaftaran terbuka ini mempunyai saringan
> > tertentu
> > UMNO bolehlah mengadakan syarat-syarat, misalnya untuk seseorang itu
> > bertanding bagi jawatan-jawatan tertentu berdasarkan kepada tempoh 
>menjadi
> > ahli, menjelaskan yuran dan telah memegang jawatan tertentu untuk tempoh
> > masa yang tertentu. Ini menentukan supaya yang mempunyai kelayakan 
>sahaja
> > menawarkan diri bertanding bagi jawatan-jawatan berkenaan.
> > Senarai muktamad yang sah diedarkan kesemua bahagian-bahagian untuk
> > membolehkan perwakilan cawangan ke bahagian membuat pilihan.
> > Sudah tentu mereka yang tidak popular amat sukar untuk dipilih dan ini
> > akan
> > menjadikan calon-calon yang benar-benar popular kerana memberikan
> > perkhidmatan di akar umbi lebih peluang untuk dipilih menduduki jawatan 
>di
> > dalam parti. Sistem ini sama sekali tidak membolehkan calon untuk
> > berkempen
> > kerana tempoh pendaftaran bertanding dan mesyuarat bahagian adalah 
>pendek,
> > dan mesyuarat bahagian boleh berjalan secara serentak.
> > * DATUK ANNUAR MUSA, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
> >
> > ©
> >
> >
> >
> >
> > COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
> >
> >
> >
> >      _____
> >
> > Do You Yahoo!?
> > Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
> >
> >
> >
>============================================================
>
>Disclaimer Note:
>
>"This email and any files transmitted with it are confidential and intended
>solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed.
>This communication may contain material protected by intellectual property
>rights laws. If you are not the intended recipient or the person 
>responsible
>for delivering the email to the intended recipient, be advised that you 
>have
>received this email in error and that any use, dissemination, forwarding,
>printing, or copying of this email is strictly prohibited. If you have
>received this email in error please notify the System Administrator at
>[EMAIL PROTECTED] "
>
>http://www.proton.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "AHMAD MOHID ARIS, HRD/C&B" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "MOHD_HAKEEM AHMAD" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke