*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kata Dr Mahathir:

>Baru-baru ini saya berjumpa dengan Presiden Algeria yang meminta 
>Malaysia menghantar pakar ke negaranya. Mereka mahu belajar 
>banyak perkara daripada Malaysia. Beliau mendapati Malaysia 
>adalah "Negara Islam Contoh" kepada lain-lain negara Islam di 
>dunia. Bukan Presiden Algeria sahaja berkata demikian bahkan 
>ramai lagi termasuk Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan beberapa 
>pemimpin terulung dunia turut mengatakan Malaysia negara Islam 
>mithali.

Ulasan:
Kita mesti faham bahawa hukum Hudud bukan setakat diperkata di
Malaysia, bahkan seluruh dunia sibuk membicarakan tentang Hudud.
Persoalannya...adakah hukum itu tidak sesuai dengan zaman ini
dan kenapakah banyak negara-negara Islam tidak mengamalkannya?
Persoalan ini sering dibangkitkan dalam forum-forum dalam internet.
Orang-orang bukan islam pernah bertanya kenapa terdapat dalam
Islam undang-undang yang sukar dijalankan? Kenapakah hukum Hudud
tidak dipakai oleh negara-negara Islam sendiri?

Persoalan ini memang sukar dijawab oleh orang-orang Islam sendiri,
seolah-olah hukum itu TIDAK praktikal dan negara-negara Islam 
sendiri menolaknya. Maka musuh-musuh islam mengambil peluang
ini untuk menyibarkan propaganda bahawa ugama Islam tidak betul.
Lebih-lebih lagi orang-orang yang mengaku diri mereka Islam yang
berfahaman sekular berkata bahawa hukum Hudud tidak ada dalam
syariat Islam. Mereka secara terang-terang menentang Hudud dan
mencaci orang-orang Islam yang mempertahankan hukum Hudud. Ini
kerana mereka yang berfahaman sekular merasa malu bahawa isu
hukum Hudud menjadi penghalang bagi orang-orang Barat memeluk
Islam. Oleh itu mereka berusaha mempengaruhi umat Islam sendiri
supaya menolak hukum Hudud.

Maka di zaman internet ini, muncul satu gerakan secara menyeluruh
orang berotak sekular mengajak umat Islam menolak Hudud. Mereka
itu biasanya adalah orang-orang Mesir yang menjadi penyokong kuat
Presiden Hosni Mubarrak. Sebab itu ketika Dr Mahathir melawat Mesir 
baru-baru ini, Presiden Hosni Mubarrak memberi lampu hijau kepada
Dr Mahathir supaya lebih kuat menentang gerakan Islam di Malaysia.
Golongan sekular ada di mana-mana negara Islam. Mereka ditaja
oleh Amerika dan Kristian Antarabangsa untuk menghapuskan semua
gerakan Islam di dunia ini. Di Turki, parti Islam Refah telah
dihapuskan. Di Aljeria pula, parti Islam FIS telah dihapuskan.
Maka Dr Mahthir mendapat sokongan daripada Hosni Mubarrak untuk
menghapuskan parti Islam Pas di Malaysia.

Kembali kepada Hudud. Allah memberi hukum Hudud untuk umat Islam
mendaulatkannya. Kita diperintahkan oleh Allah supaya meletakkan
hukum-hukumNya di tempat yang tertinggi, mengakui bahawa hukum-hukum
Allah adalah paling tertinggi mengatasi semua undang-undang lain
bikinan manusia. Sungguhpun negara kita Malaysia tidak menjalankan
hukum Hudud, tetapi adalah WAJIB kita sebagai orang Islam
MNDAULATKAN hukum-hukum Allah, walaupun dari segi dhahir kita
tidak berkemampuan lagi, tetapi dalam ruh keimanan kita, kita
mengakui hukum Allah adalah yang tertinggi dan sempurna. Kalau
kita tidak berbuat begitu..maka kufurlah kita.

Perhatikan satu ayat dalam Al-Qur'an,"..jika kamu taat kepada
kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya akan tersesatlah kamu 
dari jalan Tuhan kamu.."(Surah An'am(6):116). Ayat ini memberi satu
amaran bahawa ramai manusia di muka bumi ini adalah sesat. Orang
kafir adalah terang-terang sesat, dan lebih merbahawa lagi, orang-
orang yang nama mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya mereka
adalah sesat dan cuba menyesatkan orang lain pula. Ini jelas yang
berlaku di zaman internet ini. Mereka menggunakan internet untuk
mengheret umat manusia menjadi sesat macam mereka. Lebih-lebih
lagi mereka berusaha untuk menjadikan umat Islam sendiri ragu-
ragu tentang hukum Hudud ..kononnya hukum itu tidak ada dalam
Al-Qur'an, ulama silam telah memesungkan ajaran Islam dengan 
mengajar hukum Hudud, dam hukum Hudud tidak sesuai dengan zaman
moden ini dan umat Islam bebas membuat pindaan pada syariat Islam
untuk disesuaikan dengan kehendak zaman teknologi ini untuk menjadi
maju.

Sebab itulah banyak negara-negara Islam mendapati hukum Hudud
tidak pratikal mengikut fahaman sesat mereka. Kita mesti ingat,
mereka yang berkata begitu adalah orang-orang yang berfahaman
sekular, mereka bukan orang Islam tulin. Lihatlah kepada Turki,
wanita Islam yang memakai tudung dalam parlimen pernah di hukum
kerana bercanggah dengan undang-undang negara. Lelaki Islam
di Turki tidak dibenarkan berpoligami dan perbuatan itu melanggar
undang-undang sekular negara Turki.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan hukum
Hudud dan mendaulatkannya, walaupun dimana-mana sahaja di dunia
ini kerana ia adalah undang-undang Allah. Sekarang timbul satu
gerakan seluruh dunia yang ditaja oleh puak sekular, Yahudi dan
Kristian Antarabangsa untuk memesung akidah umat Islam di muka
bumi ini. Berhati-hatilah, janganlah terpengaruh oleh kata-kata
manis Dr Mahathir, Presiden Hosni Mubarrak, Ustaz Nakhaie, dan
banyak lagi. Mereka menjadi alat-alat Iblis dan syaitan untuk
menyesatkan umat Islam.

Kita mesti ingat, pemimpin-pemimpin sekular dari Algeria dan
Mesir yang memuji Dr Mahathir pernah menangkap dan membunuh
ulama-ulama dan tok-tok guru di negara mereka sendiri. Oleh itu
mereka memberi sokongan kepada Dr Mahathir dan UMNO untuk 
menghapuskan gerakan Islam Pas. Setahu saya melalui internet,
saya mendapat gambaran bahawa pihak Kristian antarabangsa mahu
semua gerakan Islam dihapuskan. Ini kerana dengan terhapusnya
gerakan-gerakan Islam, maka dengan mudahlah Kristian disebarkan
secara halus kepada orang-orang Islam di negara-negara umat
Islam. Ini kerana apabila orang-orang Islam berfahaman sekular,
maka mereka tidak akan mengambil penting tentang ajaran-ajaran
Islam...akhirnya generasi mereka yang akan datang menjadi lebih
mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah Kristianisasi.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to