*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa 'alaikumus-salaam wa raHmatuLLahi,

Saya berpegang kepada mazhab Syafie dan berfahaman Ahlus Sunnah
Wal Jemaah. Setahu saya, Nik Aziz pernah belajar melalui kitab
lama dan mazhabnya ialah Syafie. Cuma sebagai tok guru yang
ilmiah, dia bersikap terbuka dan menyebut mazhab-mazhab yang
lain, termasuk Syiah.

Jika sdr berpeluang menyertai forum-forum Islam antarabangsa
dalam internet, anda akan bertemu dengan berbagai aliran
umat Islam. Orang Sunni sendiri akan bercakap dengan orang-
orang Islam bermazhab Maliki, Hanbali, ..dan lain-lain. Maka
gambarkan kita berbalah sesama sendiri berkenaan mazhab masing-
masing. Sedangkan apa yang kita hadapi ialah musuh-musuh Islam
yang terdiri dari Kristian, Yahudi, ateis, manusia sekular,
Hindu dan Buddha.

Terjadinya banyak mazhab dalam umat Islam bukannya silap faham
ulama-ulama silam. Pada awal zaman perkembangan islam setelah
wafatnya Nabi kita, Islam berkembang luas dan melahirkan
ulama-ulama yang muktabar. Mereka mentafsirkan Al-Qur'an 
mengikut keupayaan masing-masing dan mereka telah menyumbangkan
lautan ilmu yang luas kepada umat Islam.

Sebenarnya usaha melaga-laga mazhab adalah jarum-jarum Yahudi.
Dalam kalangan ahli ilmu Islam, mereka tidak berbalah dan
mengkaji apa yang ditinggalkan khazanah ilmu kepada kita semua.
Tak kira apa bidang dalam ilmu Islam, memang banyak aliran
dan mazhab, tidak semestinya dalam bidang fekah sahaja.

Saya sendiri membaca kitab-kitab tanpa membezakan dari mazhab
mana, asalkan ulama yang menulis kitab-kitab itu BUKAN menganut
ajaran sesat. Saya membaca kitab-kitab karangan Imam Nawawi
(bermazhab Syafie), Imam Al-Ghazali, Ibnu Taimiyah, Muhammad
Abdul Wahab (Wahabi), Imam Al-Alusi (mazhab Hanafi), Al-Qurthubi
(mazhab Maliki) tanpa rasa membeza-bezakan kepakaran ulama-
ulama Islam yang silam. Tetapi saya beramal dengan mazhab Syafie
dan Sunni.

Cuma saya nak sebut di sini, usaha satu golongan menyalahkan
ulama-ulama sebagai sebab terjadinya banyak mazhab adalah satu
perancangan menguntungkan musuh-musuh Islam, terutama sekali
gerakan Yahudi dan Zionis Antarabangsa. Apabila umat Islam
pelbagai mazhab melupakan sikap fanatik mazhab masing-masing,
maka fenomena itu amat merbaya kepada Yahudi. Mereka bimbang
umat Islam akan bersatu dan menghancurkan Isreal !!

Oleh itu, kita lihat orang-orang yang berusaha untuk menghasut
umat Islam, khususnya di Malaysia supaya menolak ulama-ulama
silam, kononnya ulama silam adalah penyebab utama yang menyebabkan
umat Islam menjadi banyak mazhab dan aliran ( dalam ertikata
lain umat Islam sudah berpecah-belah ) disebabkan berpegang
kepada mazhab masing-masing. Sebenarnya golongan modernis yang
membenci ulama silam adalah musuh-musuh umat Islam sendiri.

Memang Nik Aziz dan Haji Hadi berpandu kepada banyak mazhab,
itupun mereka memulia para ulama, bak kata hadith .." ulama
adalah pewaris Nabi". Nik Aziz dan Haji Hadi bukan anti ulama
silam. Cuma pengajian mereka meliputi pelbagai mazhab, termasuk
apa kita orang Sunni boleh belajar daripada orang Syiah Iran.
Ini bukan bererti Nik Aziz dan Haji Hadi berfahaman Syiah, tapi
berfikir bersama bagaimana hendak sama-sama menghadapi musuh-
musuh Islam.

Telah saya sebutkan, di Malaysia ini, terdapat satu golongan
biasanya mereka berkembang biak dalam UMNO, orang-orang yang
memuja Dr Mahathir. Orang-orang Berita Harian, Utusan Malaysia,
TV3 dan banyak lagi akan berusaha menggunakan media-massa supaya
mempertikaikan setengah-setengah hukum-hakam Islam. Cuba sdr
faham baik-baik, bekas Mufti Selangor, iaitu Datuk Ishak Baharum
pernah berkata.."jika kerajaan Malaysia betul-betul ikhlas
mahu mempertahankan Hudud, tentu mereka akan bersuaha memberi
penerangan kepada masyarakat Malaysia apakah Hudud itu sebenarnya."
Mereka boleh gunakan TV, Radio dan akhbar supaya umat Islam
Malaysia sendiri tidak jahil tentang Hudud. Sebagai orang-
orang Islam, kita wajib tahu tentang hukum Hudud dengan tepat
dan betul. Apa yang kita lihat, kerajaan Malaysia tidak mahu
menuju ke arah itu. Mereka lebih sanggup melihat umat Islam
Islam menjadi jahil.

Oleh itu perjuangan kita adalah berterusan. Untuk menghapuskan
Islam, kerajaan akan hapuskan golongan ulama. Ini kerana apabila
rakyat mahu kepada Islam, dengan sendirinya kerajaan sekular 
akan tumbang. 

Saya menentang Dr Mahathir dan UMNO bukan bermotifkan politik,
tetapi mahu menyelamatkan umat Islam Malaysia sekadar yang saya
mampu. Pas adalah satu platform yang dapat saya gunakan. Matlamat
saya adalah menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Nasihat
saya .... jangan anda semua tertipu oleh kata-kata manis Dr Mahathir
dan UMNO. Di suatu masa kelak, akan berlaku pepecahan umat Islam
di Malaysia yang lebih hebat apabila ada golongan yang akan
mengajar anda bahawa Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki,
dan Imam Hanbali adalah orang-orang sesat. Sekarang ini, sudahpun
ada orang Melayu yang menolak Hadith yang diketuai oleh Kassim
Ahmad.

TIGER

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke