*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YAHYA:
>According to the Quran, if a book contains error, its
>author cannot be Allah. But what if parts of Barnabas
>were corrupted, introducing error at a later date?
>Could the book be authoritative if it contains error?
>Consider this question very carefully. Some argue that
>the Bible is no longer authoritative because it was
>corrupted. Should that same logic apply to Barnabas?

>GOSPEL OF BARNABAS IS NOT AN INSPIRED BOOK.

TIGER:
Tentu sekali Injil Barnabas bukan buku inspirasi Tuhan. Ia
hanya satu nota karangan seorang yang tidak dikenali, tidak
semestinya Barnabas yang menulisnya. Ada orang yang menyalin
daripada skrip asal yang dicatitkan oleh Barnabas tentang
ajaran-ajaran Jesus yang sebenarnya. Sekarang ini Gospel 
asli itu sudah hilang.

Injil Barnabas hanya satu catitan yang bercampur-aduk dengan
laporan benar yang disampaikan oleh Jesus, yang diriwayatkan
oleh Barnabas sendiri. Yang menarik ialah Gospel of Barnabas
(GoB) mengandungi ajaran-ajaran yang hampir sama dengan Islam.

GoB mengatakan bahawa...

1. Jesus hanya seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah.
2. Jesus bukan Tuhan.
3. Jesus diberi kitab Injil (Gospel).
4. Jesus mengikut peraturan Nabi Musa (Taurat).
5. Jesus mengajar adalah Hari Kiamat, Syurga dan Neraka.
6. Jesus menjelaskan sifat-sifat Tuhan yang dia sembah.
7. Jesus memberitahu berita gembira tentang kedatangan
   Nabi akhir zaman (Muhammad).
8. Jesus tidak mati disalib.

Pihak Kristian mendakwa GoB adalah ditulis oleh seorang Islam.
Jika orang Islam yang menulis GoB, kenapa penulis itu jahil
tentang Al-Qur'an? Terdapat beberapa fakta yang bercanggah 
dengan Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat dalam GoB cerita
yang berbunyi.."the virgin (Mary) surrounded by a light 
exceedingly bright, and brought forth her son WITHOUT PAIN" 
(Gob, page 3, Muslim Educational Trust). Perkhabaran ini 
bercanggah dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran dalam Surah 
Maryam 19:23,.."and the PAIN of childbirth drove her to the 
trunk of a palm tree.." Jelas bukan orang Islam yang menulis GoB.

Jika bukan Islam yang menulis GoB, tentu seorang yang anti
Kristian yang menulisnya?? Mungkin seorang Yahudi yang menulis
GoB?? Jika dikaji dengan teliti GoB, kita akan dapati buku
itu adalah catitan seorang yang alim tentang pelbagai ajaran-
ajaran di zaman penulis itu. Penulis menggunakan riwayat-riwayat
daripada Barnabas, bukan daripada mulut Barnabas sendiri tetapi 
khabar-khabar yang dikatakan berasal daripada Barnabas. Kemudian 
penulis yang misteri itu *manamakan* buku itu sebagai Gospel of 
Barnabas. Sebab itu dalam GoB sendiri, penulis itu TIDAK 
mengatakan.."This is the Gospel of Barnabas".

Apa yang ada di zaman menulis misteri itu ialah berbagai kitab-
kitab lain tentang berbagai mazhab. Ini termasuk Unitarian (yang
berfahaman Tawheed) dan Trinitarian (berfahaman Jesus adalah
Tuhan). Satu contoh kenapa GoB adalah ajaran yang sebenar yang
diajarkan oleh Jesus ialah penulis melaporkan satu berita yang
menyebut nama malaikat yang tidak pernah diketahui oleh mana-
mana ugama seperti Judaism dan Kristianiti. Sungguhpun GoB bukan
100% tulin, adalah mesejnya yang tulin. Perhatikan apa kata penulis
GoB..

"Then the Merciful God commanded his four favorite angels, who
are Gibrael, Michael, Refael and *URIEL* to bear Jesus into his
mother's house.." (GoB, page 226)

Perhatikan nama malaikat yang bernama *URIEL*. Dari mana penulis
itu dapat nama malaikat yang bernama Uriel?? Tidak ada nama itu
dalam Bible dan mana-mana kitab yang dipakai oleh ugama Judaism
dan Kristianiti. Nama "Uriel" TIDAK pernah diketahui oleh Bapa-
Bapa Gereja (Church Fathers) zaman dahulu. Jika penulis GoB 
berbohong, kenapa dia berani mereka-reka satu nama malaikat yang
belum pernah dia dengar ??? Tentu sekali dia mencatit nama malaikat
Uriel daripada seseorang periwayat yang tidak dikenali. Orang
yang meriwayat nama Uriel itu tentu mendapat berita itu daripada
Barnabas sendiri. Oleh itu, ajaran tentang Jesus yang mengatakan
Jesus bukan Tuhan adalah benar.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke