*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Lagi reaksi daripada Lee Chai Peng begi pihak Kristian: >Dear Ahmad, >Terima kasih 'forward' artikel di bawah kepada saya. >Peristiwa Yesus menghina perempuan bukan Bani Israel di >Matius 15:21 ke 28 memang adalah satu lagi tulisan Injil yang >sukar diterima oleh ramai orang sebab mereka mempunyai 'mindset' >yang terkurung oleh 'expectations' atau persepsi seorang nabi >atau guru agama atau orang baik bahawa ia tidak sombong dan >tidak boleh menghina sesiapa pun terutamanya orang dari bangsa >lain yang menderita dan tidak berdosa. Lee Chai Peng tidak memahami kontek ayat Matius 15:21. Sila perhatikan ayat itu sekali lagi: Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon. Maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berseru, "Kesihanilah aku, ya Tuhan, anak Daud, kerana anak perempuanku kerasukan setan dan sangat menderita." Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawabnya. Lalu murid-muridNya datang dan meminta kepadaNya: "Suruhlah ia (perempuan itu) pergi, ia mengikuti kita dengan berteriak-teriak. JAWAB JESUS: " AKU DIUTUS *HANYA* untuk domba-domba yang hilang dari umat Israel." Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah Dia sambil berkata: " Tuhan, tolonglah aku." Tetapi Jesus menjawab:"Tidak patut mengambil roti yang di- sediakan bagi anak-anak dan melemparkan kepada *anjing*. Kata perempuan itu, "Benar Tuhan, namun anjing itu makan remah-remah yang jatuh dari meja tuannya. Maka Jesus berkata:" Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki." Dan ketika itu juga anaknya sembuh. (Matius 15:21-28) Perhatikan dalam ayat diatas rangkaikata, "AKU DIUTUS *HANYA*" bermakna Jesus adalah utusan Allah untuk kaum Bani Isreal sahaja, BUKAN untuk semua manusia. Sebab itulah adalah *haram* bagi dia berbicara dengan orang bukan dari kaum Bani Israel. Maksudnya sekiranya Jesus tidak mengutamakan tugasnya menyampaikan mesejnya maka dia melanggar tujuan misinya. Perlu diberitahu bahawa Jesus BUKAN menghina perempuan itu, tetapi menyatakan dia bukan seorang Nabi untuk bangsa lain. Kata-kata Jesus sebagai "anjing" terhadap perempuan itu memberi erti Jesus tidak boleh meyimpang dari tugasnya yang asal, ibarat menolong seekor anjing. Oleh kerana perempuan itu menyedari dia tetap memerlukan pertolongan daripada Tuhan, maka Jesus menjadi satu peluang yang baik kerana Jesus adalah utusan Tuhan. ( Ayat Matius 15:21-28 adalah terjemahan Indonesia yang tidak tepat. Terjemahan asal dalam Bahasa Inggeris ialah "Lord" yang bermakna "Tuan" bukannya "Tuhan"). Sebab itulah perempuan itu mahu menyakinkan Jesus sebagai seorang manusia (bukannya Tuhan) supaya bertimbang rasa terhadap dia, sungguhpun perempuan itu tahu Jesus bukan seorang nabi diutus untuk bangsa selain Bani Israel. Timbul dari logik alasan perempuan itulah, Jesus sebagai manusia menolongnya atas sebab belas kasihan sesama manusia. Lagipun tindakan Jesus menolong kaum bukan Bani Israel bukan secara mutlak bercanggah dengan larangan dia membantu kaum lain. Itu bagi Jesus, dia sedar Allah boleh memaafkan perbuatannya. Berkata Lee: >Itulah keistimewaan Yesus sebagai mahaguru.Dia selalu membuat >sesuatu yang tidak dijangka untuk memeca persepsi lama untuk >memberi kepada kita persepsi baru mengenai perkara iman. >Kalau anda membaca kesudahan peristiwa ini anda akan mendapat >tahu bahawa pada akhirnya perempuan itu berjaya menerima apa >yang diharapkannya.Matius 15:28- 'Lalu Yesus berkata kepadanya, >"Sungguh besar imanmu, hai perempuan!Terjadilah bagimu menurut >kehendakmu!"Pada saat itu juga anak perempuannya sembuh.' Perhatikan apa kata Lee, "perempuan itu berjaya menerima apa yang diharapkan". Seolah-olah pada asalnya Jesus TIDAK MAHU menolong perempuan itu? Perempuan itu merayu dan menangis kerana anaknya sakit bukan kerana imannya ditolak. Perempuan itu percaya bahawa Jesus adalah satu harapan bagi anaknya untuk sembuh. Pada awalnya Jesus menolak permintaan perempuan itu kerana dia BUKAN utusan untuk kaum lain. Itulah sebabnya Jesus menolak permintaannya. Walau bagaimanapun, perempuan itu faham bahawa Tuhan yang mengutus Jesus itu adalah Tuhan bagi semua umat manusia, sebab itulah Jesus kagum dengan pendirian perempuan itu sehingga Jesus berkata: "Besar imanmu, hai perempuan!" Ini kerana perempuan itu berkata yang benar bahawa Tuhan belas kesihan kepada semua umat manusia, tidak semestinya rahmat itu tertuju kapada kaum Bani Israel sahaja. Kata-kata perempuan itu, "Benar Tuhan, namun anjing itu makan remah-remah yang jatuh dari meja tuannya," bermakna kaum Bani Israel (yang dianggap mulia) haruslah membantu kaum lain secara tidak langsung kerana umat lain juga meyembah Tuhan yang sama. Berkata Lee lagi: >Soalannya ialah mengapakah Yesus melayan permpuan itu seperti >seorang yang begitu kejam dan 'bigot'?Jawapannya ialah Yesus >hendak menunjukkan begitu kuat iman perempuan asing itu berbanding >dengan iman yang lemah orang Israel walaupun mereka selalu >menanggap diri mereka adalah umat yang terpilih untuk diberkati >Tuhan dan mereka menghina orang 'kafir' bukan Yahudi macam >perempuan Kanani itu. Saya harap dari penjelasan ini anda akan >tahu bahawa peristiwa yang mengeliru dalam Al Kitab bukan lah >membuktikan kebodohan penganut Kristian tetapi adalah kekurangan >kefahaman orang yang bukan Kristian sebab mereka tidak tahu latar >belakang petikan-petikan Kitab yang mereka mengkritik itu. >Harap lebih berbincang tentang perkara-perkara agama untuk >mengelakkan perselisihan kefahaman antara orang Kristian dan >Islam.Sekian salam sejahtera. Sekali lagi Lee kurang faham ayat Matius 15:28. Katanya, "mereka menghina orang 'kafir' bukan Yahudi macam perempuan Kanaan itu." Tidakkah Lee membaca bahawa perempuan Kanaan itu bukan 'kafir'? Dia beriman dan percaya bahawa Jesus adalah seorang utusan Tuhan. Dia tidak mahu melayani perempuan itu kerana dia BUKAN dari kalangan Bani Israel, itu pada anggapan Jesus, bukannya dia anggap perempuan itu 'kafir'. Akhirnya dia kagum dengan jawapan perempuan itu bahawa Tuhan tetap menolong walaupun makhluk lain yang dikira "hina". ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>