*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Menjadi pokok kepercayaan orang Kristian ialah Tuhan Yang Satu itu terdiri dari 3 Oknum. Yakni, Tuhan = Bapa + Anak + Ruh Qudus. Ketigaan ini disebut sebagai Triniti. Orang Kristian akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka percaya Tuhan itu Tiga. Bapa, Anak dan Ruh Qudus dikira 3 Watak (Persons) dalam keTuhanan yang Satu yang mana setiap watak itu berlainan zat, tetapi satiap zat itu adalah setaraf dan serupa. Ketiga-tiga watak ini saling berkomunikasi antara satu sama lain. Iaitu Tuhan Bapa bercakap dengan Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Qudus pula mendengar perintah Tuhan Bapa. Saya akan huraikan tentang satu misteri ayat dalam Bible (Gospel) yang membinggungkan pihak Kristian sendiri. Perlu diingatkan bahawa kepercayaan orang Kristian tidak sama dengan kepercayaan orang Yahudi. Pihak Yahudi berpegang kepada kitab suci yang biasa disebut sebagai Old Testament. Istilah Old Testament (OT) adalah ciptaan pihak Kristian yang menggunakan OT sebagai sebahagian daripada kitab suci Bible, yang sebahagian lagi dinamakan New Testament (NT). Orang Yahudi tidak percaya kepada New Testament yang mengandungi Gospels (Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Johanes). Ini kerana orang Yahudi tidak percaya bahawa Jesus adalah Tuhan. Begitu juga mereka tidak percaya Tuhan adalah Bapa, Anak dan Ruh Qudus. ORANG YAHUDI TIDAK PERCAYA *RUH QUDUS* ADALAH TUHAN. Mari kita perhatikan baik-baik sesuatu yang membinggungkan dalam satu ayat Gospel ..yang mana Jesus berkata: Sebab itu Aku berkata kepadamu, segala dosa dan hujat(kufur terhadap) manusia akan diampuni tetapi hujat terhadap Ruh Qudus tidak akan diampuni.. (Matius 12:31) Terdapat tiga persoalan yang membinggungkan.. 1. Jesus menganggap semua Yahudi di zamannya percaya bahawa Tuhan adalah Triniti. 2. Jesus mengganggap semua Yahudi di zamannya percaya Ruh Qudus adalah Tuhan. 3. Dosa kufur terhadap Ruh Qudus tidak boleh diampunkan selama- lamanya. Pertama, menjadi satu keganjilan Jesus berkata sesauatu yang tidak benar. Kaum Yahudi di zaman Jesus tidak tahu menahu tentang akidah kepercayaan bahawa Tuhan Yang Satu itu terdiri dari 3 oknum. Sehingga sekarang orang Yahudi tidak pernah tahu Tuhan adalah 3 Oknum (Triune/Triniti). Kaum Yahudi berpegang pada kitab Hebrew Bible (Old Testament). Tidak ada disebut dalam Hebrew Bible bahawa Tuhan itu Triniti. Kedua, yang menjadi satu keganjilan juga bahawa Jesus berkata orang Yahudi di zamannya percaya Tuhan yang dinamakan Tuhan Ruh Qudus atau biasa disebut The Holy Spirit. Oleh kerana orang-orang Yahudi sejak zaman sebelum lahirnya Jesus hingga zaman moden in tidak percaya Ruh Suci ialah Tuhan, macam mana dalam ayat Matius 12:31, Jesus mendakwa orang-orang Yahudi sezaman dengannya percaya Ruh Suci itu adalah Tuhan??? Jelas sekali ayat Matius 12:31 adalah satu rekaan penulis Gospel. Terang-terang ia adalah satu pembohongan terhadap ugama asal nenek moyang Jesus sendiri. Tuan-tuan boleh bertanya kepada alim-ulama Yahudi zaman internet ini tentang kepercayaan orang Yahudi berkenaan Ruh Suci, tentu mereka akan gelak ketawa kalau Jesus ada mendakwa nenek moyang orang-orang Yahudi pernah percaya wujudnya Tuhan Ruh Qudus. Sebenarnya mereka percaya Tuhan Yang Maha Esa, sama seperti kepercayaan umat Islam. Cuma mereka tidak percaya Nabi Muhammad adalah seorang nabi. Ketiga, kata-kata dalam Matius 12:31, "tetapi hujat terhadap Ruh Qudus tidak akan diampuni.." adalah rumit bagi Kristian sendiri apa maksudnya. Seolah-olah seorang yang mengengkari Ruh Qudus tidak boleh bertaubat selama-lamanya. Tambahan lagi, riwayat-riwayat dalam Gospel(s) mengira semua alim-ulama Yahudi percaya Ruh Qudus adalah Tuhan, iaitu salah satu daripada 3 Oknum Triniti. Sekarang ini pihak Yahudi membantah keras dakwaan Kristian bahawa para nabi-nabi dari kalangan Bani Israel percaya Tuhan itu Triniti. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>