> KOTA BHARU, 11 Okt (Hrkh) - Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
> Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan aurat wanita telah
> disalah fahamkan oleh media pro-BN yang mencari alasan untuk mengutuk
> PAS.
>
> Berikutan itu, bersama-sama ini adalah sedutan kuliah tersebut untuk
> membolehkan orang ramai menilai sendiri ucapan itu yang dibuat di
> Dewan Zulkefli Mohamad di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan pada 6
> Oktober lalu.
>
>
> "ORANG muda kita sekarang bila datang ke bandar pada hari Sabtu,
> mulalah kita tengok mereka berpakaian seperti menolak Nabi Muhamad
> SAW dan meniru gaya seperti bintang filem.
>
> Orang muda-muda kita khasnya belia-beliawanis, mulai berpakaian
> sekerat sehingga menampakkan pusat. Dia rasa cerdik benarlah boleh
> tiru orang duduk telanjang di Sydney, Australia (Sukan Olimpik baru-
> baru ini)! , dengan berpakaian demikian (dedah aurat).
>
> Dia tidak ingat sebagai manusia kita diwajibkan meniru Nabi Muhamad
> SAW. Nabi Muhamad SAW ajar kepada kita supaya tutup aurat. Kesan
> pembukaan aurat inilah timbul masalah seperti zina dan sebagainya.
>
> Orang jantan (lelaki) mana, kalau tengok orang betina (perempuan)
> yang berpakaian nampak pusat, tidak naik syok. Tok Lebai tua pun
> kalau tengok pusat orang perempuan demikian naik syok juga. Orang
> panggil, iman Pak Lebai pun boleh bergoyang.
>
> Jadi orang perempuan boleh menjadi fakta penting sebab merebaknya
> perbuatan (ke arah) zina. Orang perempuan yang bertutup itu pun,
> orang lelaki yang melihat naik syok juga, kalau tidak naik syok itu,
> mungkin orang itu pondan.
>
> Tetapi kalau orang yang sempurna tengok orang perempuan tentunya
> berasa lain. Kucing mana yang tidak mahu kepada ikan tawar bila lihat
> ! ia tergolek di dalam pinggan.
>
> Sifat kucing ini kalau tengok ikan dalam saji pun cuba hendak korek.
> Ini kan pula ikan yang berada di luar. Begitulah manusia pun
> berkelakuan hampir sama.
>
> Jadi dalam bulan Rejab ini cuba perhatikan anak, cucu, anak beranak
> dan kawan-kawan kita, biar berpakaian elok sedikit, kalau hendak
> datang ke Kota Bharu biarlah menutup aurat yang menggambarkan
> syaksiah kita sebagai seorang muslim.
>
> Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan
> buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu.Malu datuk
> nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik
> kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba
> kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak
> tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.
>
> Itu hadirin semua muqadimah pengajian k! ita, masuk ke dalam bulan
> Rejab. ?"
>
>


==============================================================

www.harakahdaily.com

Surat Pembaca

Kenyataan sebenar MB Kelantan

Saya terdengar Radio Thailand dalam perjalan menghantar anak saya ke kelas
komputer. Tok Guru sedang berucap hal agama, dan saya terkejut kerana
ucapan inilah yang jadi isu mengkritik Tok Guru oleh pihak bukan Islam [bukan
Melayu] dan Melayu.

Saya sebagai saorang bukan Islam dan bukan Melayu hairan kenapa rakyat
Malaysia berbuat begini sedangkan mereka tidak dengar pun ucapan ini.
Kerana tidak tahu ucapan di Radio Thai itu ucapan kuliah pada 6hb Okt 2000, saya
ke Pejabat PAS Kota Baru untuk mendapatkan pita rakaman kuliah tersebut.

Saya tahu, salepas mendengar berberapa kali pita tersebut, tiada apa apa
yang menghina perempuan atau menjatuhkan maruah mereka. Oleh kerana tidak
faham dan tidak tahu kandungan ceramah agama Tok Guru, rakyat naik marah
dan mengkritik ula! ma yang hanya menjalankan kerja menyeru umat Islam supaya
berbuat baik di bulan Rejab [satu bulan Haram].

Tok Guru menyeru rakyat Kelantan supaya mengutip markah pahala awal awal
lagi dan tidak menunggu bulan Muharram. Tok Guru berkata rakyat mesti turut
cara hidup Nabi Muhamad dari semua aspek. Tok Guru menasihatkan ibu bapa
supaya pujuk anak-anak mereka supaya tidak meniru bintang filem atau
peserta peserta Sukan Olimpik.

Mereka patut berpakaian cara Islam mengikut kitab suci al-Quran. Memakai
pakaian Barat hanya akan memalukan negeri Serambi Mekah sahaja. Tok Guru
kata adalah wajib meniru Nabi Muhamad dan menutup aurat akan jauhkan
daripada zina dan rogol. Wanita yang menutup aurat pun orang boleh naik
geram, [contoh kalau kucing mahu ikan di bawah tudung saji kucing akan
kebas
juga sedangkan ditutup dengan tudung saji oleh oleh tuannya], macam mana
lagi timbang Pak Lebai tidak bergoyang bila ternampak pusat, jika dia bukan!
saorang pondan.

Tok Guru minta rakyat Islam "pantang" sedikit di bulan Rejab. Apa salahnya
nasihat Tok Guru minta rakyat Islam berpakaian secara Islam. Mengapakah
Susan Loone, Betty Chew, Teresa Kok, Ng Yen Yen dan Mabel Tan masih mahu
mengutuk Tok Guru, sedangkan Tok Guru tidak menasihat bangsa dan ugama
mereka. Mereka patut sedar nasihat Tok Guru hanya memberi nasihat untuk
orang Islam sahaja. Mungkin mereka tidak tahu mesej yang di sampaikan oleh
Tok Guru.

Saya rasa begitu malu dengan sikap orang Melayu saperti Shahrizat Abdul
Jalil, Azalina Othman Said dan Mustafa Mohamed yang tidak mahu faham mesej
Tok Guru dan mahu putar belitkan secara politik mesej Bulan Rejab oleh Tok
Guru. Saya terpaksa membantu Tok Guru daripada serangan mengkritik ini
dalam surat khabar yang dikuasai kerajaan.

Kepada wanita-wanita yang tersebut diatas, jangan marah sangat, pakailah
apa apa yang kau suka. Kalau mahu berpakaian saperti pela! cur, silakan.Tok Guru
tidak menyebut kamu semua sewaktu berceramah, hanya menyebut wanita Islam
sahaja.

Dr Partap Singh







eGroups Sponsor



To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke