*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Wow...

Hebat betul kerajaan negeri di bawah pimpinan BN. Tak seperti kerajaan 
Kelantan/Tganung yang dibawah PAS, kerajaan2 negeri BN amat 'efisien dan 
cekap' memerintah. (Tengok sedutan berita STAR di bawah nun)

Kecekapan kerajaan BN terserlah di Sabah bilamana balak2 ditebang sebelum 
dapat kelulusan kajian alam sekitar dan sebelum kilang untuk proses kayu itu 
siap. Malahan sebelum perjanjian dengan syarikat yang nak bina kilang proses 
kertas itu disempurnakan. Memang cekap, amatlah cekap kerajaan di bawah BN 
nih.

Maknanya, kelulusan belum dapat, kilang belum didirikan, malahan perjanjian 
dengan pelabur yang nak buat kilang pun belum disempurnakan, balak-balak dah 
ditebang! Hah....tak ke cekap dan efisien tuh? Hari ini barulah keluar 
berita dalam STAR KM Sabah terhegeh-hegeh buat kenyataan perbincangan dengan 
pelabur kilang tu sedang dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Cekap, cekap. Efisien, efisien. Malu kerajaan PAS. Kalau kerajaan PAS tak 
berani nak luluskan pembalakan sebelum kajian alam sekitar dan sebelum 
kilang nak proses balak tu dibina!!!

Kita beri satu lagi pingat 'cekap' kepada UMNO/BN. Tepuk, tepuk, tepuk.

Wow...wau...wau bulan.

Wassalam.


Sedutan berita dari STAR 25 Okt 2000:

SABAH OFFICIALS HOPE TO CLINCH DEAL WITH CHINESE FIRM

K/Kinabalu: Sabah officials are HEADING to China HOPING to iron out a deal 
for a massive PULP AND PAPER MILL project at Kalabakan in Tawau where 
LOGGING IS PROCEEDING UNABATED to clear some 12,000ha of jungle.

Chief Minister Osu Sukam said a FINAL AGREEMENT between the STATE-owned 
Innoprise Corp Sdn Bhd and the China Fuxing Pulp and Paper Mill would still 
TAKE TIME even if outstanding issues between the two main partners in the 
project were settled in the coming meeting.

He said the priority now was to WORK OUT AN AGREEMENT for the establishment 
of a forest plantation in the logged-over area.

He added that he would be LEADING the Sabah delegation to Beijing at the end 
of the month to MEET the China Fuxing officials.

"Everything should be up and going once the agreements have been finalised," 
Osu said after attending the Malaysian International Chamber of Commerce and 
Industry lunch here.

Various quarters have questioned the massive logging operation which began 
even before any aggrements were finalised between Innoprise Corp and their 
China partners.

Innoprise Corp is the investment arm of Yayasan Sabah whose corporate 
secretary Datuk Saufi Manan had said that the company started the logging 
even before its partner came into the picture.

......Maknanyah....

Pegawai2 Sabah Harap Dapat Sempurnakan Perjanjian Dengan Firma Negeri Cina

K/Kinabalu: Pegawai2 Sabah akan ke Negeri Cina dengan harapan untuk 
menyempurnakan perjanjian mengenai projek Kilang Pulp dan Kertas di 
Kalabakan, Tawau dimana PEMBALAKAN DITERUSKAN TANPA HENTI untuk menebang 
seluas 12,000 hektar hutan.

KM Osu Sukam berkata PERJANJIAN AKHIR di antara syarikat kerajaan negeri 
Innoprise Corp Sdn Bhd dan Kilang Pulp dan Kertas Negeri Cina masih AKAN 
MEMAKAN MASA sekalipun beberapa isu berbangkit dibereskan dalam pertemuan 
itu nanti.

Katanya prioriti sekarang ialah untuk bersetuju dengan usaha menanam semula 
kawasan balak yang ditebang.

Beliau menambah bahawa beliau akan MENGETUAI delegasi dari Sabah ke Beijing 
di akhir bulan untuk bertemu pegawai Kilang Kertas Cina.

"Semuanya akan beres apabila perjanjian disempurnakan nanti," kata Osu...

Banyak pihak mempersoalkan kegiatan membalak di kawasan yang amat luas 
SEBELUM perjanjian disempurnakan diantara Innoprise Corp dan rakan kongsi 
dari Negeri Cina.

Innoprise Corp ialah syarikat pelaburan Yayasan Sabah dimana setiausaha 
korporatnya menegaskan syarikat itu telah pun mula membalak sebelum rakan 
kongsi diambilkira.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke