*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah,

Perancangan bebal begini tidak berlaku di Kelantan/Tganung.
Kalau tidak, heboh ler seluruh Malaysia dan jadi isu nasionallah akhirnya.

Maka berkokoklah TV3 buat dokumentari khas 5 hari berturut2 mengenai isu 
ini. Mungkin mereka akan buat wawancara khas dengan PM. Segala menteri2 pun 
akan berikan komen masing2 selepas PM sendiri buat komen cerdasnya. Maka 
secara sekata akan berkatalah mereka 'Tengok, PAS bukannya pandai nak tadbir 
negeri. Hanya BN yang boleh memerintah dengan cekap. PAS hanya pandai 
maki-hamun sahaja. Ini merupakan pengajaran kepada rakyat membuktikan hanya 
BN yang boleh perintah'.

Utusan pula mungkin akan mewar-warkan isu 'tebang-dulu-sebelum bina kilang' 
ini selama sebulan.

Mungkin Rais Yatim akan mengkaji tindakan undang2 yang sesuai keatas PAS. 
Manakal Najib pula mungkin akan mengkaji menghantar angkatan tentera ke 
Kelantan/Tganung untuk menghentikan pembalakan haram itu.

Tapi, itu jika isu 'tebang dulu, bina kilang kemudian' ini berlaku di 
Kelantan/Tganung lah.

Sebab ianya berlaku di Sabah, maka isu tu jadi isu kecik je. Masuk 'paper' 
pun, disoroknya kat muka lima je. Bukan jadi isu nasional pun. Hanya isu 
daerah Tawau je.

Semoga ada mana2 MP atau ADUN kat Sabah yang akan bawa kes ini untuk bincang 
di ADUN atau Parlimen.

Wassalam


>From: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Wau Bulan: Siri 4 (Sabah Darul-balak)
>Date: Wed, 25 Oct 2000 13:03:46 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Wow...
>
>Hebat betul kerajaan negeri di bawah pimpinan BN. Tak seperti kerajaan
>Kelantan/Tganung yang dibawah PAS, kerajaan2 negeri BN amat 'efisien dan
>cekap' memerintah. (Tengok sedutan berita STAR di bawah nun)
>
>Kecekapan kerajaan BN terserlah di Sabah bilamana balak2 ditebang sebelum
>dapat kelulusan kajian alam sekitar dan sebelum kilang untuk proses kayu 
>itu
>siap. Malahan sebelum perjanjian dengan syarikat yang nak bina kilang 
>proses
>kertas itu disempurnakan. Memang cekap, amatlah cekap kerajaan di bawah BN
>nih.
>
>Maknanya, kelulusan belum dapat, kilang belum didirikan, malahan perjanjian
>dengan pelabur yang nak buat kilang pun belum disempurnakan, balak-balak 
>dah
>ditebang! Hah....tak ke cekap dan efisien tuh? Hari ini barulah keluar
>berita dalam STAR KM Sabah terhegeh-hegeh buat kenyataan perbincangan 
>dengan
>pelabur kilang tu sedang dibuat dengan bersungguh-sungguh.
>
>Cekap, cekap. Efisien, efisien. Malu kerajaan PAS. Kalau kerajaan PAS tak
>berani nak luluskan pembalakan sebelum kajian alam sekitar dan sebelum
>kilang nak proses balak tu dibina!!!
>
>Kita beri satu lagi pingat 'cekap' kepada UMNO/BN. Tepuk, tepuk, tepuk.
>
>Wow...wau...wau bulan.
>
>Wassalam.
>
>
>Sedutan berita dari STAR 25 Okt 2000:
>
>SABAH OFFICIALS HOPE TO CLINCH DEAL WITH CHINESE FIRM
>
>K/Kinabalu: Sabah officials are HEADING to China HOPING to iron out a deal
>for a massive PULP AND PAPER MILL project at Kalabakan in Tawau where
>LOGGING IS PROCEEDING UNABATED to clear some 12,000ha of jungle.
>
>Chief Minister Osu Sukam said a FINAL AGREEMENT between the STATE-owned
>Innoprise Corp Sdn Bhd and the China Fuxing Pulp and Paper Mill would still
>TAKE TIME even if outstanding issues between the two main partners in the
>project were settled in the coming meeting.
>
>He said the priority now was to WORK OUT AN AGREEMENT for the establishment
>of a forest plantation in the logged-over area.
>
>He added that he would be LEADING the Sabah delegation to Beijing at the 
>end
>of the month to MEET the China Fuxing officials.
>
>"Everything should be up and going once the agreements have been 
>finalised,"
>Osu said after attending the Malaysian International Chamber of Commerce 
>and
>Industry lunch here.
>
>Various quarters have questioned the massive logging operation which began
>even before any aggrements were finalised between Innoprise Corp and their
>China partners.
>
>Innoprise Corp is the investment arm of Yayasan Sabah whose corporate
>secretary Datuk Saufi Manan had said that the company started the logging
>even before its partner came into the picture.
>
>......Maknanyah....
>
>Pegawai2 Sabah Harap Dapat Sempurnakan Perjanjian Dengan Firma Negeri Cina
>
>K/Kinabalu: Pegawai2 Sabah akan ke Negeri Cina dengan harapan untuk
>menyempurnakan perjanjian mengenai projek Kilang Pulp dan Kertas di
>Kalabakan, Tawau dimana PEMBALAKAN DITERUSKAN TANPA HENTI untuk menebang
>seluas 12,000 hektar hutan.
>
>KM Osu Sukam berkata PERJANJIAN AKHIR di antara syarikat kerajaan negeri
>Innoprise Corp Sdn Bhd dan Kilang Pulp dan Kertas Negeri Cina masih AKAN
>MEMAKAN MASA sekalipun beberapa isu berbangkit dibereskan dalam pertemuan
>itu nanti.
>
>Katanya prioriti sekarang ialah untuk bersetuju dengan usaha menanam semula
>kawasan balak yang ditebang.
>
>Beliau menambah bahawa beliau akan MENGETUAI delegasi dari Sabah ke Beijing
>di akhir bulan untuk bertemu pegawai Kilang Kertas Cina.
>
>"Semuanya akan beres apabila perjanjian disempurnakan nanti," kata Osu...
>
>Banyak pihak mempersoalkan kegiatan membalak di kawasan yang amat luas
>SEBELUM perjanjian disempurnakan diantara Innoprise Corp dan rakan kongsi
>dari Negeri Cina.
>
>Innoprise Corp ialah syarikat pelaburan Yayasan Sabah dimana setiausaha
>korporatnya menegaskan syarikat itu telah pun mula membalak sebelum rakan
>kongsi diambilkira.
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke