*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila saya mengatakan Dr Mahathir adalah seorang modernis,
mungkin ramai orang yang belum boleh faham apa maksud saya.
Ada orang yang menulis E-mel kepada saya meminta bukti terhadap
dakwaaan saya. Sekali lagi, erti "modernis" ialah orang 'Islam'
yang mahu mengubah apa yang fahami oleh umat dan ulama Islam
secara tradisional dan ortodoks. Dalam erti lain, orang modernis
mengganggap tafsiran ulama silam, seperti Imam Syafie, Hanbali,
Maliki..Imam Ghazali, Imam Ibnu Taimiyyah adalah tafsiran yang
salah. Orang modernis mengatakan ulama-ulama dahulu telah silap
faham terhadap Islam dan menyebabkab umat Islam hari ini sesat
dan menyeleweng.
Ingatlah, golongan modernis ini ramai di Malaysia. Biasanya
mereka berkembang biak dalam UMNO, dalam akhbar Utusan, Berita,
Straits Time, TV1,TV2 dan TV3 Ketua mereka ialah Dr Mahathir.
Tujuan mereka ialah MENGUBAH syariat Islam dan mempertikai fahaman
"mainstream Islam" supaya sesuai dengan zaman modern.
Mari kita melihat apa kata Dr Mahathir akhir-akhir ini pada
satu seminar anjuran IKIM sebagaimana yang dilaporkan dalam
Berita Harian, Rabu 25 Oktober 2000...
=============================================
>UCAPAN DR MAHATHIR:
>KUALA LUMPUR, Selasa – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menjelaskan,
>hukuman bunuh ke atas orang Islam yang murtad tidak dilaksanakan
>di negara ini kerana perbahasan mengenainya masih belum selesai.
Komen:
PM mempertikaikan hukum hudud. Dia mengambil contoh hukuman bunuh
bagi orang murtad untuk menyatakan bahawa hukuman itu TIDAK
praktikal diamalkan dalam zaman modern ini. Ucapan PM yang mengatakan,
"perbahasan mengenainya masih belum selesai" adalah satu pembohongan
puak modernis. Sebenarnya, hukum bunuh bagi orang Islam yang murtad
telah selesai sejak zaman Nabi lagi. Hukum ini telah ditulis dalam
kitab-kitab Fekah semua mazhab. Hukumnya adalah jelas.
>Perdana Menteri berkata, berikutan tiada penyelesaian sehingga kini,
>sama ada hukuman bunuh atau sebaliknya perlu dilaksanakan kepada
>mereka yang murtad, Malaysia memilih untuk tidak melakukan apa-apa.
Komen:
Sebab Dr Mahathir berpendapat hukum Hudud adalah zalim dan ia adalah
amalan yang sudah ketinggalan zaman.
>Langkah itu, katanya, bagi mengelak orang yang dikenakan hukuman
>bunuh, teraniaya apabila keluar fatwa mengatakan hukuman seumpama
>itu tidak sesuai untuk dilaksanakan. “Amat teraniaya jika hukuman
>bunuh dijatuhkan dan kemudiannya didapati ia tidak kena,”
Komen:
Apabila sudah sah seseorang yang telah murtad secara resmi (orang
Islam yang mengaku secara terang-terang dia sudah bukan Islam lagi),
maka ITU DINAMAKAN murtad. Maka hukumannya ialah dibunuh sudah
jelas dalam perundangan Islam. Apa pula maksud Dr Mahathir dengan
kata-katanya, "ia tidak kena"?? Ini menunujukkan Dr Mahathir meng-
engkari terdapatnya hukum Hudud dalam bab membunuh orang yang SUDAH
murtad secara sah !!!!!!!!
>Perdana Menteri berkata, pelaksanaan hukuman bunuh terhadap mereka
>yang murtad juga hanya akan mematahkan semangat orang bukan Islam
>untuk memeluk Islam.
Nah..sudah jelas Dr Mahathir menolak hukum Hudud. Dia mengatakan
hukum bunuh bagi orang murtad TIDAK ADA dalam Islam. Seolah-olah
ugama Islam perlu diUBAHSUAI kerana hukum Hudud adalah sesuatu
yang mencemarkan nama baik Islam. Untuk orang bukan Islam lebih
mudah menerima Islam, hukum Hudud mestilah dihapuskan. Ugama Islam
mestilah diubah supaya ia TIDAK dianggap sebagai ugama yang zalim.
>Walaupun pihak yang ortodoks berpendapat tidak ada kesangsian
>mengenai hukuman bunuh terhadap mereka yang keluar Islam, ada juga
>yang berkata pelaksanaan hukuman bunuh itu ‘tidak kena’.
Komen:
Perhatikan kata-kata Dr Mahathir..dia berkata hukum Hudud adalah
hasil pendapat pihak "ortodoks" (ulama tradisional). Dia menyalahkan
pihak ulama silam yang merusakkan ugama Islam. Perhatikan juga,
Dr Mahathir menolak hukum potong tangan bagi pencuri, rejam sampai
mati atau sebat bagi penzina..kerena dia berkata hukum Hudud adalah
hukum-hukum yang 'tidak kena'. Dia menolak hukuman bunuh bagi orang
murtad, dengan sendirinya dia menolak seluruh hukum-hukum Hudud.
>“Jika kita kata kalau orang bukan Islam memeluk agama Islam dan
>kemudian mereka keluar daripada Islam lalu dikenakan hukuman bunuh
>sudah pasti Islam tidak akan berkembang di kalangan mereka,” katanya.
Komen:
Ha! ..satu lagi.. si modernis, Dr Mahathir ini dengan sejelas-jelas-
nya mengatakan hukum bunuh bagi orang murtad TIDAK ADA dalam Islam.
Dia seolah-olah menyalahkan Nabi, alim-ulama yang menyebabkan ugama
Islam tidak boleh diterima orang bukan Islam disebabkan oleh adanya
hukum Hudud !!!
>Mengenai langkah kerajaan mengawasi perbuatan sesetengah pihak
>termasuk ulama yang menyuarakan pandangan dianggap kurang sihat,
>Dr Mahathir berkata, sememangnya tindakan keras boleh diambil
>terhadap mereka.
Maka MahaFir'aun mahu menyesatkan umat Islam Malaysia. Berhati-hati-
lah !! Mereka akan mengggunakan akhbar dan TV bagi memesungkan
akidah umat Islam di Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>