*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Fyi -----Original Message----- From: Romeo Must Die [mailto:[EMAIL PROTECTED]] Sent: 19-Sep-2000 2:53 AM To: Dakwah Subject: Perkara Merosakkan Iman 1 PERKARA MEROSAKKAN IMAN -BAH 1 PERKARA akidah adalah perkara yang amat penting serta sungguh sensitif dalam agama Islam. Ia tidak boleh dipersenda atau dipermain-mainkan sama ada dengan hati, perkataan mahupun perbuatan. Tidak diragukan lagi bahawa mempersenda atau mempermain-mainkan perkara agama adalah satu dosa dan boleh membawa terkeluar daripada agama Islam iaitu Riddah, andainya tidak bertaubat. Dalam Islam tidak ada dosa yang paling besar selain dosa mempersekutukan Allah Subhanahu Wataala. Allah berfirman dalam Surah An-Nisa'a ayat 48 yang tafsirnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. "Di dalam Surah Luqman pula ayat 13, Allah berfirman yang tafsirnya : "Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya : "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Dalam sebuah hadis qudsi pula diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radiallahuanhuma berkata : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Taala berfirman yang maksudnya : "Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, Aku akan mengampuni bagimu di atas dosa yang ada padamu dan Aku tiada peduli wahai anak Adam! Walau telah sampai dosamu ke awan langit, kemudian engkau memohon keampunan-Ku, nescaya Aku ampuni bagimu. Dan Aku tiada peduli wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi, kemudian itu engkau menemui Aku padahal engkau tiada mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku berikan kepadamu keampunan dengan sepenuh bumi." (Hadis riwayat Tirmidzi). Hadis qudsi ini menerangkan bahawa banyak manapun dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh anak Adam, semuanya itu di akhirat kelak ada harapan untuk mendapat keampunan Allah selama mana dia tidak melakukan dosa mempersekutukan Allah. Ini menunjukkan rahmat dan belas kasihan Allah kepada orang-orang yang melakukan dosa, asalkan bukan dosa mempersekutukan-Nya.Adapun balasan bagi orang yang kufur atau yang mempersekutukan Allah atau yang menyembah selain daripada Allah, firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 91 yang tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka, emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. "Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan menjaga dan memelihara keislamannya daripada sebarang perkara yang boleh menjadikannya rosak dan terbatal. Apabila seorang Islam membatalkan dan merosakkan keislamannya maka dia adalah melakukan riddah atau murtad. Dari segi syarak, riddah bermaksud memutuskan keislaman dengan niat kufur atau perkataan kufur atau perbuatan kufur sama ada dengan penghinaan atau pengingkaran atau beriktikad kufur. Apabila seseorang telah murtad, maka hapuslah segala amal ibadat yang dilakukannya sebelum dia murtad sekiranya riddahnya itu berterusan hingga ke akhir hayatnya. Adakah wajib membuat semula ibadat yang terhapus itu apabila dia kembali kepada Islam semula? Menurut mazhab kita Asy-Syafi'e Radiallahuanhu, tidaklah wajib, akan tetapi menurut Imam Abu Hanifah Radiallahuanhu, wajib dibuat semula ibadat yang telah dilakukannya sebelum berlakunya riddah itu.Pendapat Asy-Syafi'e dan pendapat Imam Abu Hanifah hanya bersepakat mengatakan bahawa pahala amal ibadat orang yang murtad sebelum dia murtad akan hapus dan hilang apabila .berlaku saja riddah. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 yang tafsirnya : "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang sedemikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."Riddah itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu : 1. Riddah dengan hati. 2. Riddah dengan perbuatan. 3. Riddah dengan perkataan. Setiap kategori tersebut mempunyai cabang-cabangnya yang banyak. Bersambung ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Zahidi, Adasir (GEAE, Malaysia)" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* FW: Perkara Merosakkan Iman 1
Zahidi, Adasir (GEAE, Malaysia) Wed, 25 Oct 2000 18:56:21 -0700