Menteri Besar Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang,  hari ini
     mengumumkan sebuah syarikat dari luar negara yang menjalankan
     usaha mencari gali minyak telah menjumpai minyak di kawasan
     perairan negeri Terengganu. Sehubungan  itu, katanya kerajaan
     negeri sedang mengadakan  rundingan dengan syarikat berkenaan
     bagi mengeluarkan hasil petroleum tersebut yang ditemui di
     kawasan tengah dan utara Terengganu. Kawasan penemuan baru
     (minyak) itu melibatkan kawasan kurang daripada tiga batu
     nautika...Berdasarkan kenyataan pemimpin Kerajaan Pusat
     sebelum ini, bermakna Terengganu berhak sepenuhnya ke atas
     hasil bumi tersebut," katanya kepada pemberita selepas
     mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) hari ini.
     Sebelum ini, beberapa pemimpin Pusat mendakwa Terengganu hanya
     berhak menerima royalti jika hasil petroleum itu ditemui di
     kawasan tiga batu nautika perairannya. Mereka mendakwa jika
     hasil petroleum itu ditemui di luar kawasan tersebut ia bukan
     lagi hak kerajaan negeri. Ustaz Hadi berkata, berdasarkan
     hasil kajian awal yang dilakukan sebuah syarikat konsultan
     dari luar negeri, kandungan minyak di kawasan penemuan baru
     itu besar.  Jika  usaha mencari gali minyak dilakukan, kita
     (kerajaan negeri) akan mendapat hasilnya seratus peratus,
     bukan lagi royalti lima peratus seperti yang diberi ebelum
     ini," katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri bercadang untuk
     menubuhkan sebuah syarikat bagi mengendalikan hasil minyak
     tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara
     terperinci mengenai cadangan berkenaan dan kaedah penubuhan
     syarikat itu.



Kirim email ke