*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini satu reaksi terhadap "[EMAIL PROTECTED]". Dia fikir saya
adalah seorang yang fanatik PAS. Sebenarnya penulisan saya
bukan untuk membela PAS atau menjadi jurucakap PAS. Lima-belas
tahun dahulu saya menjadi seorang yang kuat menyokong Dr Mahathir.
Saya pernah melihat orang-orang PAS dengan penuh kebencian dan
mengira orang-orang PAS berotak tidak waras kerana mereka 
mengkafirkan UMNO. Kalau dikira kejayaan UMNO, memang dari banyak 
segi, UMNO lebih berjaya melaksanakan program-program Islam. Sudah 
banyak mesjid-mesjid yang dibina..UMNO membuat Bank Islam, 
Universiti Islam, Pusat Islam, IKIM, kelas-kelas fardu ain ..dan
lain-lain.

Dalam Islam, bukan kemajuan dan pembangunan yang penting, tetapi
aqidah yang betul itu penting. Seseorang Islam itu wajib tahu
antara batas-batas iman dan kufur, tahu apa itu tauhid dan syirik.
Sebab itu Al-Qur'an menyatakan, seseorang yang mati dan dihisab
di akhirat kelak...perkara yang bakal menyelamatkannya ialah
perkara AQIDAH, bukan kemajuan dan pembangunan. Bacalah ayat..
"..kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang
selamat.."(Surah 26:89). Erti "hati yang selamat" ialah orang
yang menjaga aqidahnya supaya tidak berbau syirik, kufur  dan 
kemunafikan.

Perkara aqidah adalah sangat penting dan ia bukan perkara yang
remeh-temeh. Begitu juga soal hukum-hukum Hudud bukan perkara yang
remeh-temeh. Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan
menganggap dalam Islam ini ada perkara-perkara yang remeh-temeh.
Jika kita memperkecilkan satu hukum, umpamanya dalam Hudud,
mungkin kita akan mendapat kemurkaan dari Allah kerena memper-
kecilkan hukumNya. Bacalah ayat.."..dan kamu menganggap perkara
itu remeh-temeh, padahal ia adalah perkara yang besar di sisi
Allah.."(Surah 24:15). Perkara "yang besar" bermaksud, sungguhpun
kita kira sesuatu hukum itu remeh-temeh tetapi perkara itu
boleh menyebabkan kita menjadi kufur TANPA disedari. Oleh itu
kita mestilah berhati-hati apabila memperkatakan tentang Hudud,
lebih-lebih lagi mempertitikai kitab-kitab dan huraian ulama
silam tentang tafsir dan penetapan hukum. Orang kerana kita
sebenarnya adalah jahil tetapi mengaku diri kita lebih bijak
daripada alim ulama silam..maka rusaklah aqidah kita.

Saya BUKAN benci kepada Dr Mahathir. Oleh kerana dia adalah seorang
pemimpin yang boleh mempengaruhi berjuta-juta orang, maka ucapannya
tentang Islam mestilah diteliti dengan berhati-hati. Kalau dia
berkata sesuatu yang berbau syirik dan kekufuran maka wajib kita
umat Islam menentangnya. Ini bukan soal menghasut orangramai
supaya benci kepada pemimpin. Ini adalah soal..apabila pemimpin
itu sesat, mereka dia boleh menyesatkan orangramai. Maka perjelaskan
perkara ini supaya orangramai JANGAN menjadi sesat.

Sekali lagi cuba perhatikan apa kata Dr Mahathir..
====================================================

>Jika kita kata kalau orang bukan Islam memeluk agama Islam dan 
>kemudian mereka keluar daripada Islam lalu dikenakan hukuman bunuh 
>sudah pasti Islam tidak akan berkembang di kalangan mereka,” katanya.

Komen:
Ha! ..satu lagi.. si modernis, Dr Mahathir ini dengan sejelas-jelas-
nya mengatakan hukum bunuh bagi orang murtad TIDAK ADA dalam Islam.
Dia seolah-olah menyalahkan Nabi, alim-ulama yang menyebabkan ugama 
Islam tidak boleh diterima orang bukan Islam disebabkan oleh adanya
hukum Hudud !!!

=====================================================

Sudah jelas..ucapan Dr Mahathir adalah cukup merbahaya yang mana
dia mengajak orangramai mempertikaikan hukum Hudud. Tuan-tuan
boleh membuka mana-mana kitab fekah..TIADA SEORANGpun alim-ulama
yang pernah menafikan wujudnya hukum bunuh bagi orang yang bersabit
dengan murtad dalam Bab Riddah.

Sekarang dengan ucapan tersebut, Dr Mahathir mahu buat kacau
supaya kita jangan membaca kitab-kitab fekah kerana ia ditulis
oleh ulama silam. Akibatnya, umat Islam akan berbalah sesama
sendiri..ada yang mempertikaikan Hudud..apa pula yang menerima
Hudud. Inilah kerja UMNO. Baru-baru ini UMNO telah menganjurkan
satu seminar untuk memberitahu pakar-pakar Islam seluruh dunia
bahawa kefahaman mereka terhadap perundangan Islam adalah
TIDAK BETUL. Maka Dr Mahathir (yang jahil) mahu mengajar alim-
ulama Islam supaya memperbetulkan kesilapan mereka !!!

Kalau UMNO menuduh Tokguru Nik Aziz memecahbelahkan umat Islam
di Malaysia, maka Dr Mahathir adalah lebih merbahaya, dia
secara terang-terang mengajak kepada kesesatan. Dia adalah sesat
dan tidak sedar dirinya adalah sesat.

Saya menulis sebagai satu amaran. Saya berharap orang-orang 
PAS dan Keadilan akan mengambil nasihat saya ini..JANGAN menjadi 
sesat macam Dr Mahathir. Anda semua tidak perlu fanatik kepada 
mana-mana parti, yang penting..hidup ini hanya sekali sahaja. 
Oleh itu tetapkan aqidah dan perdirian kita. Jangan masuk UMNO,
saya sudah lama keluar UMNO dan BN kerana dalam UMNO ialah
tempat orang-orang kufur berkembang biak.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke