*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hukum Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Oleh
itu adalah menjadi tanggungjawab kita mempelajari tentangnya.
Dalam zaman moden ini terlalu ramai yang tidak memahami apakah
Hudud. Dengan sebab itu juga kita wajib memberi penjelasan
kepada kepada orangramai agar mereka tidak salah faham tentang
Hudud.
Saya memuji pihak Kerajaan Negeri Kelantan (PAS) yang telah
membuat satu draf Hudud untuk dikaji dan dikanunkan. Sungguhpun
PAS telah mengorak langkah ke arah mendaulatkan Hudud, namun
usaha gigih PAS mendapat satu tentangan daripada pihak UMNO.
Rasionalnya, walaupun PAS yang serba kekurangan telah mencuba
sedaya upayanya mewujudkan satu rangka draf berkenaaan Hudud,
kalau diharapkan UMNO, seratus tahun lagi mereka TIDAK akan
membuatnya.
Ada orang berkata PAS telah membazirkan wang rakyat Kelantan
sebanyak 200 ribu ringgit menyiapkan draf Hudud itu yang mana
masih belum berjaya dilaksanakan. Kita mesti ingat, sekurang-
kurangnya Kerajaan Negeri Kelantan yang dikatakan miskin telah
berusaha mengadakan satu draf yang belum belum pernah dibuat
oleh mana-mana pihak di Malaysia. PAS telah membuktikan bahawa
mereka telah menuju kearah mendaulatkan hukum-hukum Allah di
Malaysia.
Maka pihak UMNO yang tidak setuju dengan PAS menolak "Hudud
PAS" itu. Kalau begitu kenapa pihak UMNO hingga sekarang
belum lagi berjaya mengadakan satu draf Hudud yang lain yang
dinamakan sebagai draf Hudud Islam yang sebenarnya? Kita
sering mendengar pihak UMNO mendakwa diri mereka adalah lebih
alim dan bijak darihal Islam, kenapa mereka tidak buktikan
mereka mampu membuat yang lebih baik? Jika PAS menghabiskan
wang 200 ribu ringgit, UMNO boleh memperuntukkan wang 10 juta
ringgit untuk menghasilkan "Hudud Islam" yang lebih baik, yang
lebih menepati kehendak-kehendak Islam. "Hudud UMNO" itu
mestilah berbentuk draf sama seperti "Hudud PAS", bukan satu
kertas kerja atau laporan kajian.
Tokguru Nik Aziz pernah berkata dia masih menunggu draf Hudud
yang dibuat oleh UMNO untuk dibuat kajian. Mengikut logiknya,
pihak UMNO yang mengaku diri mereka lebih alim dan bijak daripada
PAS, sepatutnya selepas 10 tahun mereka sudah berjaya menyiapkan
draf Hudud yang lebih sempurna. Ini kerana mereka mendakwa
Hudud PAS mengandungi banyak kepincangan. Sekurang-kurangya
ada satu draf Hudud yang boleh memperbetulkan kesilapan draf
Hudud PAS.
Tokguru Nik Aziz juga pernah berkata, jika Hudud PAS itu tidak
betul, silalah pihak UMNO membuat draf Hudud Islam (UMNO) yang
sebenarnya. Setakat ini, hampir 10 tahun selepas Hudud PAS
dikeluarkan, belum ada lagi satupun draf Hudud Islam (UMNO).
Adakah UMNO tidak mampu mengeluarkan satu draf Hudud?
Adakah UMNO kekurangan pakar atau kewangan? Jika mereka kekurangan
wang, itu adalah tidak munasabah. Setiap tahun kerajaan Malaysia
mampu menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk program sukan
dan hiburan. Apakah mereka merasa satu kerugian besar jika wang
yang banyak dibelanjakan untuk membela hukum-hukum Allah? Ini
membuktikan UMNO tidak membela ugama Islam. Mereka lebih rela
menghabiskan wang untuk program-program maksiat.
Apa yang PAS telah buat ialah mengkaji daripada kitab-kitab
Fekah yang muktabar, mengambil bahan-bahan yang mana mereka jadikan
sebagai draf Hudud. Draf Hudud PAS bukan satu rekaan PAS,tetapi
hasil kajian teliti pakar-pakar Islam dalam dan luar negara.
Apabila Dr Mahathir meminta pihak ulama UMNO menyiapkan draf Hudud
Islam, mereka terpaksa merujuk kepada kitab-kitab Fekah yang
sama digunakan oleh pihak PAS. Maka Hudud UMNO akan menjadi lebih
kurang sama dengan Hudud PAS pada perkara-perkara pokok.
Oleh sebab Dr Mahathir bimbang Hudud UMNO adalah serupa Hudud
PAS, maka dia terpaksa berdolak-dalih supaya draf Hudud Islam
(UMNO) tidak dihasilkan. Dia memberi alasan bahawa hukum Hudud
belum lagi selesai dikaji oleh ulama-ulama seluruh dia, walaupun
masa telah berlalu lebih 1400 ratus semenjak Nabi diutuskan.
Ertinya, kita tidak ada harapan untuk melihat Hudud Islam yang
disiapkan oleh UMNO.
Sebenarnya, sehingga sekarang UMNO sudah mati pucuk. Dr Mahathir
telah menjadikan UMNO mandul. Dia telah menghapuskan keIslaman
UMNO. Jangan diharap UMNO dapat menyiapkan draf Hudud Islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>