*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Dah 43 tahun dah sebahagian besar (bukan semua, sebab  ada yang tak mahu) 
umat Islam Malaysia tunggu draf Hudud tajaan UMNO. Tapi, tunggu sikit punya 
lama. Bayang pun tak ada. Habuk pun tak ada. Berapa lama lagi nak tunggu ni? 
Nak kena dapat persetujuan MIC/MCA dulu ke?

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Eh...UMNO masih Hidup ke?

Wassalam


>From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Hudud PAS/Hudud UMNO
>Date: Sun, 29 Oct 2000 22:47:09 +0300
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Hukum Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Oleh
>itu adalah menjadi tanggungjawab kita mempelajari tentangnya.
>Dalam zaman moden ini terlalu ramai yang tidak memahami apakah
>Hudud. Dengan sebab itu juga kita wajib memberi penjelasan
>kepada kepada orangramai agar mereka tidak salah faham tentang
>Hudud.
>
>Saya memuji pihak Kerajaan Negeri Kelantan (PAS) yang telah
>membuat satu draf Hudud untuk dikaji dan dikanunkan. Sungguhpun
>PAS telah mengorak langkah ke arah mendaulatkan Hudud, namun
>usaha gigih PAS mendapat satu tentangan daripada pihak UMNO.
>Rasionalnya, walaupun PAS yang serba kekurangan telah mencuba
>sedaya upayanya mewujudkan satu rangka draf berkenaaan Hudud,
>kalau diharapkan UMNO, seratus tahun lagi mereka TIDAK akan
>membuatnya.
>
>Ada orang berkata PAS telah membazirkan wang rakyat Kelantan
>sebanyak 200 ribu ringgit menyiapkan draf Hudud itu yang mana
>masih belum berjaya dilaksanakan. Kita mesti ingat, sekurang-
>kurangnya Kerajaan Negeri Kelantan yang dikatakan miskin telah
>berusaha mengadakan satu draf yang belum belum pernah dibuat
>oleh mana-mana pihak di Malaysia. PAS telah membuktikan bahawa
>mereka telah menuju kearah mendaulatkan hukum-hukum Allah di
>Malaysia.
>
>Maka pihak UMNO yang tidak setuju dengan PAS menolak "Hudud
>PAS" itu. Kalau begitu kenapa pihak UMNO hingga sekarang
>belum lagi berjaya mengadakan satu draf Hudud yang lain yang
>dinamakan sebagai draf Hudud Islam yang sebenarnya? Kita
>sering mendengar pihak UMNO mendakwa diri mereka adalah lebih
>alim dan bijak darihal Islam, kenapa mereka tidak buktikan
>mereka mampu membuat yang lebih baik? Jika PAS menghabiskan
>wang 200 ribu ringgit, UMNO boleh memperuntukkan wang 10 juta
>ringgit untuk menghasilkan "Hudud Islam" yang lebih baik, yang
>lebih menepati kehendak-kehendak Islam. "Hudud UMNO" itu
>mestilah berbentuk draf sama seperti "Hudud PAS", bukan satu
>kertas kerja atau laporan kajian.
>
>Tokguru Nik Aziz pernah berkata dia masih menunggu draf Hudud
>yang dibuat oleh UMNO untuk dibuat kajian. Mengikut logiknya,
>pihak UMNO yang mengaku diri mereka lebih alim dan bijak daripada
>PAS, sepatutnya selepas 10 tahun mereka sudah berjaya menyiapkan
>draf Hudud yang lebih sempurna. Ini kerana mereka mendakwa
>Hudud PAS mengandungi banyak kepincangan. Sekurang-kurangya
>ada satu draf Hudud yang boleh memperbetulkan kesilapan draf
>Hudud PAS.
>
>Tokguru Nik Aziz juga pernah berkata, jika Hudud PAS itu tidak
>betul, silalah pihak UMNO membuat draf Hudud Islam (UMNO) yang
>sebenarnya. Setakat ini, hampir 10 tahun selepas Hudud PAS
>dikeluarkan, belum ada lagi satupun draf Hudud Islam (UMNO).
>Adakah UMNO tidak mampu mengeluarkan satu draf Hudud?
>
>Adakah UMNO kekurangan pakar atau kewangan? Jika mereka kekurangan
>wang, itu adalah tidak munasabah. Setiap tahun kerajaan Malaysia
>mampu menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk program sukan
>dan hiburan. Apakah mereka merasa satu kerugian besar jika wang
>yang banyak dibelanjakan untuk membela hukum-hukum Allah? Ini
>membuktikan UMNO tidak membela ugama Islam. Mereka lebih rela
>menghabiskan wang untuk program-program maksiat.
>
>Apa yang PAS telah buat ialah mengkaji daripada kitab-kitab
>Fekah yang muktabar, mengambil bahan-bahan yang mana mereka jadikan
>sebagai draf Hudud. Draf Hudud PAS bukan satu rekaan PAS,tetapi
>hasil kajian teliti pakar-pakar Islam dalam dan luar negara.
>Apabila Dr Mahathir meminta pihak ulama UMNO menyiapkan draf Hudud
>Islam, mereka terpaksa merujuk kepada kitab-kitab Fekah yang
>sama digunakan oleh pihak PAS. Maka Hudud UMNO akan menjadi lebih
>kurang sama dengan Hudud PAS pada perkara-perkara pokok.
>
>Oleh sebab Dr Mahathir bimbang Hudud UMNO adalah serupa Hudud
>PAS, maka dia terpaksa berdolak-dalih supaya draf Hudud Islam
>(UMNO) tidak dihasilkan. Dia memberi alasan bahawa hukum Hudud
>belum lagi selesai dikaji oleh ulama-ulama seluruh dia, walaupun
>masa telah berlalu lebih 1400 ratus semenjak Nabi diutuskan.
>Ertinya, kita tidak ada harapan untuk melihat Hudud Islam yang
>disiapkan oleh UMNO.
>
>Sebenarnya, sehingga sekarang UMNO sudah mati pucuk. Dr Mahathir
>telah menjadikan UMNO mandul. Dia telah menghapuskan keIslaman
>UMNO. Jangan diharap UMNO dapat menyiapkan draf Hudud Islam.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke