*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: ingin tau
Date: Thu, 26 Oct 2000 20:21:37 -0700

Assalamualaikum ustaz ali muda

Ini adalah e-mel saya yg pertama diajukan kepada ustaz di atas dasar ingin tau 
tentang pendapat ustaz  tentang Malaysia. Saya ada membaca beberapa rencana 
ustaz tetapi belum memahami sepenuhnya.

Sebenarnya, saya adalah di kalangan penyokong UMNO yg setia. Saya ingin tau 
mengapa kebanyakan org PAS mengatakan Malaysia bukan sebuah negara Islam & 
kerajaan Malaysia sekarang adalah kerajaan kafir sedangkan undang-undang di 
Malaysia tidak pernah menghalang seorg Islam dari melaksanakan ibadat. Pernahkah 
kerajaan BN menyekat perkembangan Islam di Malaysia ini? Setahu saya…kita bebas 
utk melakukan apa saja sebagai seorg muslim asalkan kita tidak mengganggu 
ketenteram org lain ustaz.

Bagi saya , kita sebagai org Islam di Malaysia perlulah bersatu utk memajukan 
ekonomi di negara kita ini. Janganlah kita berpecah belah atas dasar fahaman 
politik yg berbeza. Kerajaan yg sedia ada sudah cukup bagus & dinamik,…jadi 
mengapa kita nak memusnahkan keamanan yg kita kecapi sekarang.

Mengenai hukum hudud pula sepeti kata PM bahawa kerajaan BN bukan tidak mau utk 
melaksanakan hukum hudud tetapi memerlukan kajian yg terperinci lagi…..


Semoga mendapat respon dari ustaz..

Wassalam.



Jawapan:

Wa`alaikumussalam warahmatuLlah.

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kerana sdr menjadi seorang penyokong 
Umno yang rasional dan terbuka minda untuk mengetahui sebab2 kritikan terhadap 
kerajaan UMNO/BN sekarang. Sepatutnya sdr membaca semua tulisan saya terlebih 
dahulu utk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai pertelingkahan UMNO/PAS, 
w/pun saya bukanlah jurucakap kpd mana2 pihak drp parti2 itu. Saya hanyalah 
pemerhati dari luar dan membuat kesimpulan berdasarkan perspektif Islam drp 
pemerhatian saya itu.

Sebenarnya bukan sahaja orang Pas yang mengatakan Malaysia ini bukan sebuah 
negara Islam, sebaliknya semua orang yang berilmu dan tidak berkepentingan 
politik dengan kerajaan mengatakan demikian. Orang2 yg mendakwa Malaysia negara 
Islam hanya mengasaskan dakwaan mereka kpd Perkara (3) Fasal (1) Perlembagaan 
Persekutuan, iaitu Islam agama rasmi. Selain itu mereka berhujah spt sdr 
berhujah di atas, "undang-undang di Malaysia tidak pernah menghalang seorg Islam 
dari melaksanakan ibadat. Pernahkah
kerajaan BN menyekat perkembangan Islam di Malaysia ini?"

Itu semua dakwaan yang langsung tidak ilmiah dan tidak praktikal. Hendak 
melaksanakan ibadat memang tak dihalang, iaitu ibadat spt solat, puasa (dikira 
persoalan peribadi), zakat (yg ni diwajibkan sungguh2 sebab ianya duit), haji 
(ada tabung haji lagi), dan seumpamanya. Tapi apakah yang tersebut itu sahaja 
dikira ibadat dlm Islam? Kalau itulah shj gambaran Islam (amalan2 spiritual), 
maka tak ada sebab penyembah2 berhala, penganut2 Kristian, Yahudi, Hindu dll nak 
masuk Islam di zaman Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a., kerana dlm agama asal 
mereka juga sudah banyak amalan2 spritual dgn kepercayaan dapat mendekatkan diri 
kpd tuhan.

Tetapi dalam Islam yg dibawa Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a. itu ada 'makna' 
yg jauh lebih besar drp bentuk2 amalan spritual itu iaitu ISLAM SEBAGAI CARA 
HIDUP!!! Makna cara hidup ialah cara ibadat spritual utk menyembah Allah Tuhan 
yg esa adalah cara Islam, ekonomi cara Islam, politik cara Islam, keadilan cara 
Islam, perundangan cara Islam dan segala-galanya cara Islam. Dari mana cara 
Islam itu diambil? Apakah drp raja? Atau perdana menteri? Atau presiden? Atau 
Caesar? Atau Kisra? Atau firaun? …… semuanya bukan! Makna cara Islam ialah cara 
Allah s.w.t. dan Rasul-Nya… cara al-Quran dan cara sunnah! Sebab tiada siapa 
menjadi tuan kpd siapa, dan tiada siapa menjadi hamba kpd siapa. Inilah dia cara 
Islam….inilah dia sebab manusia menerima Islam secara berbondong-bondong di 
zaman Nabi s.a.w. dan para Sahabat r.a. serta pengikut selepas mereka.

Maka jgn kita ingat Islam itu hanya berfungsi dlm aspek ibadat spritual 
semata-mata dan membiarkan aspek2 yg lain kpd selera pemimpin2 manusia. Islam 
sebagai cara hidup bermakna manusia menyerahkan segala urusan dan keputusan 
mereka kpd Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. Setelah dipastikan tiada nas 
(arahan) Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dlm sesuatu urusan, barulah mereka 
memutuskan keputusan mereka secara syura/mesyuarat di antara mereka. Mereka 
tidak sekali-kali mendahulukan keputusan mereka ke atas keputusan Allah s.w.t. 
dan Rasul-Nya s.a.w. dlm al-Quran dan hadis. Itulah makna Islam sebagai cara 
hidup.

Kalau sdr nak berhujah negara kita sekarang tak menghalang org nak beribadat, 
cuba sdr tengok Amerika, Rusia, Perancis, Britain, China dan seluruh dunia yg 
peminpinnya bukan Islam. Adakah org2 Islam dinegara2 itu dihalang utk beribadat? 
Maka dasar tidak menghalang org Islam beribadat bukanlah dasar Islam, sebaliknya 
dasar seluruh dunia kerana itu dikira hak peribadi. Tapi cuba sdr bertanya; 
apakah mereka benarkan umat Islam hidup sepenuhnya secara Islam dlm 
perekonomian, pemerintahan,
perundangan dll? Jawabnya TIDAK. Begitu jugalah Malaysia ini. Setakat nak 
beramal ibadat tak ada hal, tapi selain drp itu, macam2 sekatan ada, terutama 
aspek perundangan Islam. Jgn sdr kata undang2 Islam tu "…. Alahhhh, hanya sebhgn 
kecil drp tuntutan al-Quran! Kemudiankan sikit pun tak apa…." Perintah Allah 
s.w.t. sama ada kecil atau besar, tetap perintah Allah, mengamalkannya dikira 
taat dan pahala, meninggalkannya dikira ingkar dan dosa.

Mungkin ada pula yg kata, "Haji Hadi pun pernah kata hukum hudud itu sedikit shj 
drp Islam…" bila ditanya kenapa tak jalankan hudud Islam selepas menang di 
Terengganu.

Sebenarnya itu adalah hanya jawapan yg spontan kpd soalan yg spontan. Bukan niat 
Haji Hadi nak
mengendalakan undang2 Islam. Pengalaman yg berlaku atas Kelantan sudah cukup utk 
dipelajari. Apa gunanya membuang masa, tenaga dan duit utk mengumpulkan pakar2 
dan pengamal undang2 utk mendrafkan undang2 Islam dlm bentuk enakmen jenayah 
Islam, sedangkan bila DUN luluskan utk digunakan oleh Mahkamah Syariah, 
datanglah surat ancaman tindakan tegas. Walaupun saya bukan pengamal undang2 
sivil, tapi setakat study saya terhadap undang2 itu (sebagai persediaan membuat 
perbandingannya dgn undang2 Islam) dan sistem perundangan Malaysia sekarang, 
saya dapati Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan bermacam-macam akta utk 
mengenakan sebuah kerajaan negeri yg ingkar arahan persekutuan. Tapi org yg 
jahil akan tabiat undang2 sivil negara ini akan mencabar: Kenapa Pas takut kpd 
Kerajaan Persekutuan sedangkan dia mengaku memperjuangkan Islam? Saya tak mahu 
hujahkan di sini mengenai cabaran ini. Org yg berhujah begitu jelas kejahilannya 
ttg sistem perundangan negara ini dan jelas kejahilannya ttg sirah perjuangan 
Nabi s.a.w. Keberanian Nabi s.a.w. pun bukanlah keberanian yg semberono.

Oleh kerana pengalaman Kelantan itu, maka saya faham kenapa Haji Hadi memberi 
jawapan demikian kpd yg bertanya. Maknanya, biarlah Pas tumpukan aspek 
pendidikan, pemberian faham (penerangan) dan persediaan prasarana dlm usia 
setahun jagung ini, kerana berhabis masa, tenaga dan wang utk hudud pun tidak 
akan membuahkan hasil selagi 'penghalang besar' itu terpacak kat situ. 
Penghalang tu hanya boleh dibuang dgn kemenangan dlm pilihan raya. Lepas dpt 
tambah kemenangan di Pahang, Kedah, Perlis, Selangor nanti (nafikan majoriti 2/3 
BN) barulah boleh nak buat hudud pun. (Ini cuma persepsi saya yg
cuba memahami perjuangan Pas, bukannya sebagai jurucakap Pas)  Kalau org UMNo 
berkata, "Kalau macam tu, samalah dgn apa yg UMNO lakukan selama ini…tumpukan 
pendidikan, penerangan
dan persediaan prasarana juga seblm hudud diamalkan…" Tapi bg saya, hujah 
sebegini tak kena langsung, cuma helah dan dalih saja. Takkanlah selama lebih 40 
tahun tak habis2 nak didik, nak kaji dan nak terangkan lagi. Sampai berapa kurun 
lagi nak kaji? Nampaknya sampai sekarang pun, jangankan lampu hijau, lampu 
kuning pun UMNO/BN tak bagi utk perkanunkan undang2 Islam sepenuhnya. Tengoklah 
'ucapan penting' ttg hukum murtad dan undang2 Islam baru2 ni…! (Utusan Malaysia, 
25/10/2000)
Balik2, disuruhnya buat tafsiran semula. Seolah-olah para ulama Islam yg 
berjuta-juta jumlahnya sejak lebih 1400 tahun dahulu tu, semuanya tak pandai, 
semuanya buat tafsiran silap, semua telah menyebabkan Islam dipandang serong dan 
tak toleran dek kerana hukum hudud. Maka umat Islam moden hari ni kena buat 
tafsiran semula supaya Islam nampak lebih toleran!

Baiklah……

Kita lihat pula apa yang dikatakan oleh orang yg berilmu dan pakar dlm 
bidangnya. Pengarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood 
Zuhdi berkata, "Di sini perlu jelas bahawa negara ini bukan sebuah negara 
Islam." (Mingguan Malaysia, 1 Okt 2000).

Di muka surat yang sama akhbar yang sama, pakar undang-undang sivil Prof. Dr. 
Shad Saleem Faruqi pula
berkata, "Daripada segi simbol dan upacara, Islam adalah agama Persekutuan. 
Tetapi dari segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang 
paling utama seperti yang disebut dalam Artikel 4 Perlembagaan."

Drp dua pandangan dua org pakar undang2 Islam dan sivil ini, jelaslah bahawa 
Malaysia bukan negara Islam dr segi prinsipnya. 'Islam agama rasmi' itu hanyalah 
simbol dan upacara seperti sesuatu majlis dimulakan dgn doa, ada majlis tilawah 
al-Quran (w/pun tidak semua suruhan al-Quran diikuti), ada ketua agama Islam di 
setiap negeri iaitu raja dan seumpamanya sahaja. Dr segi perundangan, jelas 
sekali undang2 warisan penjajahlah yg didaulatkan spt yg ditegaskan oleh pakar 
undang2 sivil, Dr. Shad Saleem. (Sdr perlu membaca rencana saya bertajuk 
'Amanat… Syahid… Takfir…Solat dua imam…" dan jawapan saya kpd seorang netter yg 
bertanya ttg hukum takzir di laman Minda Rakyat dan Tranung Kite jika sdr ingin 
mendapatkan penjelasan lanjut ttg kedaulatan perundangan sivil ini di Malaysia).

Kalau sdr nak tahu kedudukan Islam di Malaysia, yg dikatakan oleh pakar undang2 
itulah yg boleh dipakai, jgn dengar cakap org politik atau org yg menumpang di 
bawah ketiak org politik, sebab mereka suka menggula-gulakan rakyat demi 
survival politik dan kedudukan mereka.

Mengenai isu perpaduan yg sdr sebutkan itu, memang Islam suruh umatnya bersatu 
padu, tapi kita kena soal: bersatu atas dasar apa? Apakah harus bersatu atas 
dasar mengekalkan peraturan2 penjajah yg bercanggah dgn Islam? Apakah harus 
bersatu atas ketaatan membuta tuli kpd manusia w/pun bercanggah dgn arahan 
al-Quran? Bukankah Islam mengharamkan bertolongan atas perkara dosa dan 
penindasan, dan menyuruh tolong menolong atas perkara kebajikan dan takwa shj?

Kita kena faham, perpecahan bukan terjadi drp sebelah pihak. Apa yg saya nampak, 
Pas menyeru kerajaan mengamalkan sistem Islam sepenuhnya, tapi kerajaan 
meminggirkan seruan itu selama lebih 40 tahun. Maka Pas pun masuk pilihan raya 
dgn tujuan nak menang dan nak ubah apa2 yg masih bercanggah dgn Islam di 
Malaysia ini. Kalau tak menang tak boleh ubah,  hanya jadi macam anjing salak 
bukit saja. Asyik menyalak berpuluh-puluh tahun apa guna?

Kebangkitan Pas menggerunkan UMNO/BN. Berlakulah bermacam tragedi utk menafikan 
Pas dr arena massa, drp tuduhan ekstrim kpd pengganas. Org Pas telah ramai jadi 
mangsa pembunuhan kejam. Mereka tidak langsung mendapat pembelaan. Tengoklah kes 
Memali, sampai hari ni dah berapa kali tangguh dah! Bila timbul isu tabung 
Memali, bukan main lagi media UMNO/BN ambil peluang utk memburukan Pas dgn 
monopoli media yg mereka ada, tapi bukan nak tolong balu2 mangsa Memali itu pun. 
Pihak Pas langsung tidak diberi peluang utk menerangkan kpd rakyat, sedangkan 
setiap hari media kerajaan
memburukkan mereka. Satu media 'nyamuk' yg ada tu pun, dicekik disepak ditumbuk 
digusti sehingga yg keluar dua kali seminggu jadi 2 kali sebulan saja.

Dlm keadaan begitu tekanan yg dialami Pas, tiba2 UMNO/BN nak ajak bersatu padu 
dgn dia. Bila Pas lawan dgn ceramah2nya yg disekat-sekat dgn permit itu, UMNO/BN 
gunakan media gergasinya, kononnya Pas hanya maki hamun. Mungkin ada juga maki 
sikit2, tapi UMNO/BN dah  maki hamun Pas setiap kali berita TV dan setiap 
keluaran surat khabar. Bila Pas maki balik, org UMNO/BN pun kata: macam tu ke 
akhlak Islam?

Cuba sdr fikir, katakan saya kutuk sdr, tuduh macam2 terhadap sdr di khalayak 
ramai, saya sepak sdr, saya tinju sdr bertubi-tubi, lepas tu bila sdr lawan, 
saya pun kata: Macam tu ke akhlak Islam awak?
Amacam sdr? patut ke saya? Atau pun selepas saya lakukan semua tu terhadap sdr, 
saya pun menyeru: Marilah kita bersatu padu… Sdr boleh terima ke tidak?

Sekarang ni isu royalti/wang ihsan, yug terang2 nak perkenakan kerajaan Pas 
Terengganu. Kalau UMNO/BN jujur, kenapa tak kaji balik perjanjian tu semasa Wan 
Mukhtar dulu? Kononnya nak bela nasib Melayu, bila Pas menang di terengganu, dia 
dah lupa cakapnya tu. Org Pas tu bukan Melayu ke? Kenapa selepas Pas menang baru 
nak kaji perjanjian tu?

Tentang persoalan hukum hudud yg sdr faham drp PM tu, saya tak nak jawab di 
sini, sebab panjang lagi. Sdr tunggulah ulasan saya terhadap beberapa ucapan PM 
(dr perspektif Islam yg saya fahami, bukan dr perspektif Pas semata-mata) 
sedikit masa lagi. Saya tahu saya amat kerdil di depan seorg PM, tapi sebg seorg 
Islam saya berhak perkatakan ttg pandangan Islam dgn dalil, dan sebagai seorg 
warganegara, saya berhak gunakan kebebasan berfikir saya di bawah Perlembagaan. 
Sebelum ini pun, saya dah
diminta mengulas ttg ucapan PM itu oleh beberapa netter.

Alhamdulillah, saya sudah menjawab soalan sdr, mungkin ada kelemahan dlm jawapan 
saya, tapi saya telah lakukan sebagai seorg yg faham hukum dan realiti semasa. 
Maafkan saya jika ada terkasar bahasa di sini, semoga kita berjumpa lagi dan 
menyambung muzakarah. Sekian.

Wassalam `ala man ittaba`a al-huda.

[EMAIL PROTECTED]
30/10/2000


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke