Date: Fri, 3 Nov 2000 14:27:48 +0800

www.harakahdaily.com
Syarat bayar pampasan tidak adil

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - PAS menyifatkan syarat yang dikenakan
Kementerian Pengangkutan supaya kerajaan negeri membayar pampasan tanah
untuk membesarkan lapangan terbang di Terengganu adalah tidak adil.

Haji Mustapa Ali (PAS-Dungun) berkata demikian ketika menjawab penjelasan
Menteri Pengangkutan, Datuk Ling Liong Sik mengenakan syarat agar kerajaan
negeri membayar membayar pampasan sebelum lapangan terbang di negeri itu
dibesarkan.

"Baru-baru ini, sudah dapat persetujuan lapangan terbang Alor Setar dengan
syarat yang sama," ujarnya ketika bangun menerangkan perkara yang
dibangkitkan oleh Mustapa Ali.

Mustapa berkata syarat tersebut yang tidak adil walaupun ia dikenakan semasa
BN dahulu atau dikenakan sekarang.

"Kerana satu pertanyaan telah dikemukakan kepada pihak menteri kalau kami
yang terpaksa membaya! r pampasan tanah itu apakah lapangan terbang itu akan
diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Perbelanjaan dikeluarkan oleh negeri tetapi (lapangan terbang) kepunyaan
oleh orang lain. Ini suatu yang tidak adil walaupun dikenakan kepada negeri
Kedah atau mana-mana negeri pun selepas ini kerana dahulunya tidak pernah
dikenakan," ujarnya menjawab penjelasan Ling Liong Sik ketika membahaskan
Belanjawan 2001, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga tidak nampak lapangan terbang Terengganu akan dibesarkan
berdasarkan belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini.

Sebelum itu beliau berkata Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi
Awang pernah bertemu dengan Liong Sik untuk membincangkan pembesaran
lapangan terbang Terengganu yang sudah dipersetujui dalam perbincangan
kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Terengganu.

Sebaliknya, kata beliau apa yang dinyatakan oleh pihak menteri bahawa
Terengganu mestilah membayar pampasan tana! h dimana satu syarat yang tidak
pernah dikenakan kepada mana-mana negeri sekalipun sebelum ini.

"Tidak ada satu lapangan terbang pun yang dibesarkan di negeri-negeri dalam
Malaysia ini dikehendaki negeri mesti menanggung pampasan tetapi Terengganu
dikehendaki menanggung pampasan itu," katanya.

Beliau juga menyentuh tentang lebuh raya sehingga sekarang tidak ada tanda
untuk menentukan laluan lebuh raya dan sehingga kini belum dihantar kepada
kerajaan negeri Terengganu.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke