Date: Fri, 3 Nov 2000 14:07:05 +0800

www.malaysiakini.com


Nov 3, 2000


Soal-jawab Ezam dengan 'malaysiakini'
'Ein Azmi


2pm, JUM: Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Mohamad Ezam Mohd Nor yang dikecam sebagai "penderhaka negara" ekoran ceramah beliau di luar negara bersetuju menyertai ruangan soal jawab dalam talian (online Q&A) dengan pembaca malaysiakini.


Dalam emelnya, Ezam mengucapkan terima kasih kepada akhbar web ini kerana menjemput beliau menyertai program ini dan juga merakamkan rasa hormat terhadap usaha malaysiakini sejak awal lagi dalam memperjuangkan prinsip profesionalisme media dan kebebasannya.


"Saya juga percaya malaysiakini merupakan salah satu saluran terpenting bagi menerima dan berkongsi maklumat bagi sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini," katanya.


Ezam mendapat pendidikan menengah di Victoria Institution dan kemudiannya menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa pada 1991.


Beliau memulakan kerjaya di Institut Kajian Dasar (IKD) sebelum dilantik Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan waktu itu, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1996.


Aktivis Pemuda ini memulakan kerjaya politik Umno, dan jawatan terakhirnya sebagai Setiausaha Pemuda Umno Selangor dan juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.


Beliau dipecat daripada Umno pada Oktober 1998 ekoran krisis politik selepas pemecatan Anwar daripada kerajaan pada 2 September tahun itu.


Ezam merupakan tenaga penting di belakang penubuhan Keadilan pada April 1999 selepas berada beberapa bulan mengadakan kempen di Indonesia sebelum itu.


Pembaca yang berminat menyertai program ini boleh menghantar soalan dan pandangan kepada Ezam melalui emel [EMAIL PROTECTED]. Setiap minggu, 10 soalan akan dipilih untuk diemelkan kepada tokoh muda itu.


Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Hishammuddin Hussein meminta maaf kepada pembaca malaysiakini kerana tidak sempat menjawab soalan-soalan dalam dalam masa terdekat.


Bagaimanapun beliau berjanji akan menyertai semula ruangan ini selepas urusan melobi Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Asia 2006 yang berakhir November depan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke