*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Beberapa minggu lalu saya ada janji nak olahkan semula kuliah Ustaz Sahmsuri 
dalam bab Murtad. Alhamdulillah, olahan itu telah siap. Saya tuliskan semula 
apa yang ustaz cakapkan, kadang-kadang 'word-by-word'. Sebab itu, anda akan 
dapati bahasanya kadang2 bahasa kitab lama.

Ustaz Shamsuri- seorang ulamak terkenal di Utara semenanjung. Seorang ustaz 
di Pusat Matrikulasi Penang, pendakwah bebas. Setiap kuliahnya di masjid2 di 
hadiri ribuan murid.

Semoga ulasan Ustaz Shamsuri dari Kitab Bahzul Mazi ini dapat menjelaskan 
kedudukan sebenar dalam hal 'Murtad'.

Wassalam.
.........................................
HUKUM ORANG YANG MURTAD
Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad,
10/7/00 Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kitab: Bahzul Mazi Jilid 10, Ms 191 Bab Murtad

Mukadimmah:
Matlamat Hukum Islam ialah
1. memelihara Agama
2. memelihara Nyawa
3. memelihara Harta
4. memelihara Keturunan
5. memelihara Akal.

Jadi, ugama menjatuhkan mati kepada orang yang menghinakan agama untuk 
memelihara Agama. Murtad itu menghina agama, yakni meninggalkan islam untuk 
pergi ke ugama lain.

Murtad samada orang asal Islam yang menjadi kafir atau orang asal kafir yang 
masuk Islam kemudian kembali menjadi kafir.

Siapa orang murtad- orang yang memutuskan pengekalan Islam dgn beberapa 
jalan kerana ke ugama lain atau tak mahu ugama Islam lagi. Mungkin dia 
berpendapat ugama hanya diperlukan oleh orang miskin- berdoa untuk memohon 
kesenangan.

Beberapa Contoh Perkara Yang Menjadikan Murtad:
Murtad dengan niat- Seperti contohnya berfikir "fed-up dgn Islam, nak nyayi 
night club takleh, orang pompuan kena pakai tudung, ada duit sikit kena 
bayar zakat"
Bila dia kata fed-up dengan Islam maka dia kufur dgn jalan niat.

Perbuatan- contoh, tunduk hormat dekat tokong hindu. Tunduk kepada makhluk 
lebih dari kadar ruku' haram hukumnya. Jika tunduk dgn niat membesarkan 
tokong, maka kufur hukumnya.

Perkataan- yang megkufurkan . senda gurau, ejek-ejek, atau dgn iktikad, 
kerana degil atau keras kepala. Main2- berlakun tak suka Islam pun tak 
boleh.

Contohnya berlakun jadi sami. Juga murtad. Senda2 atau gurau2 atau ejek2. 
Tak boleh ugama tak benar. Ini benda orang tak faham kerana semua ini 
menyentuh soal iktikad, soal akidah. Samada melakukan itu kerana degil atau 
keras kepala. Tahu benda tu salah. Buat juga, degil dan berkata "aku nak 
buat juga, hang nak buat apa kat aku?"
Kita kata pada dia "Hang buat camtu boleh jadi murtad!"
Dia ejek "Apa dia boleh jadi ustaz?". Ini juga boleh membuatkan murtad.

Hadis Riwayat daripada Ikrimah (nota: Ikrimah ialah anak Abu Jahal- masuk 
Islam hari pembukaan kota Mekah, kagum kerana Nabi sallallahu'alaihiwasallam 
tak ambil tindakan keatas orang yang menyusahkan baginda s.a.w. dahulu):

Sayidina Ali karramallahuwajhah pada masa dia menjadi khalifah, membakar ia 
akan suatu kaum yang murtad mereka itu sebagai kata khair, mereka itu dari 
kaum Rafidi yang mengatakan Sayidina Ali itu Tuhan.

Ulasan:
Zaman Sayidina Ali RA, ada satu puak yang terlalu fanatik kepadanya sehingga 
ke peringkat menganggap Sayidina Ali Tuhan.
Masalah: Tiada nas Hadis atau dari Quran yang menyuruh membakar orang 
murtad. Maka kata setengah ulamak, dia membakar itu dengan ijtihadnya. 
Memandangkan puak Rafidi itu terlalu teruk sampaikan menganggap Sayidina Ali 
RA sebagau tuhan.

Tindakan itu tidak dipersetujui oleh sahabat2 Nabi. Antaranya Ibnu Abbas 
(nama besar dalam ilmu hadis) sebab tiada nas yang menyuruh membakar

Cara Sayidina Ali ialah:
dan di gali lubang, dinyala kayu api dan campak mereka kedalam lubang berapi 
itu bersama-sama kitab mereka. (Nota: Rafidi juga ada kitab mereka sendiri).

Selingan Ustaz:
Nak cakap ugama kena tahu ugama. Nak mengajar, kena pandai Arab. Tak cukup 
dengan tahu baca kitab rumi. Bercakap nak bangkit semangat boleh. Nak 
mengajar tak boleh. Sebab nak rujuk last sekali ke kitab Arab. Itu prasyarat 
untuk mengajar. Takut kita sampaikan ajaran yang tak betul.

Sambung hadis dan huraian:
Tindakan Sayidina Ali membakar orang murtad sampai kepada Ibnu Abbas. (Ibnu 
Abbas sepupu Sayidina Ali, nama Abdullah ibnu Abbas) Maka kata Ibun Abbas 
jikalau aku yang memerintah perkaranya itu dan akulah yang meluluskan 
tindakan keatasnya, nescaya aku bunuh akan segala orang-orang yang murtad 
itu kerana menurut sebagaimana sabda nabi saw "Barangsiapa tukar dia akan 
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

Ulasan: Jika Ibnu Abbas yang duduk di tempat Sayyidina Ali KWJ, maka dia 
kata dia tidak akan bakar, tetapi bunuh dengan pancung kerana meurut hadis 
Nabi saw.

Masalah: Dengan perkataan Ibnu Abbas itu, maka tahulah kita bahawa hukum 
orang yang murtad itu bunuh akan dia. Samada yang murtad itu lelaki atau 
perempuan.

Ulasan:
Perkara ini 'clear'. Astora Jabat sahaja yang buat kelamkabut dalam paper 
mengenai perkara ini. Betul. Memang ada khilaf . Walaupun ada khilaf, 
sepakat ulamak bahawa orang murtad wajib dibunuh. Prosedur nak bunuh, itu 
yang ada khilaf di kalangan ulamak. Maka itulah kata mazhab Syafie dan 
ahlil-'ilmi (yakni segala ulamak2 yang menjadi ahli limu). Dan kata setengah 
ulamak, dibunuh akan lelaki sahaja jika ia murtad. Inilah khilafnya. Dan 
adapun perempuan itu dipenjarakan sahaja. Itulah satu khilaf, satu pendapat. 
Tetapi ini pendapat yang lemah. Dalam kes ini ulamak mengambil kias hukum 
dalam peperangan dimana lelaki boleh dibunuh. Makala kanak-kanak dan 
perempuan tidak dibunuh.

Masalah: Tiada dibunuh orang yang murtad itu melainkan kemudian daripada 
ditaubatkan

Ulasan:
Inilah prosedurnya. Tang bunuh, memang bunuh. Cumanya ada prosedurnya 
sebelum dibunuh. Kata sesetengah ulamak, wajib ditaubatkan dahulu. Dan kata 
setengah ulamak sunat ditaubatkan .

Dan kata setengah ulamak, ditaubatkan dalam 3 hari. Kemudian dari 3 hari 
itu, masih tak mahu taubat maka dibunuh akan dia. Dan kata setengahnya tak 
payah 3 hari. Cukup diulang-ulang 3 kali suruh bertaubat. Jika tak mahu 
bertaubat, maka dibunuh.
Dan kata setengahnya, apabila murtad langsung dibunuh. Yang ini lagi serius. 
Tiada 3 hari atau 3 kali. Ini dikatakan oleh ulamak, bukan geng kedai kopi 
punya cakap.

Manakal Sayidina Ali KWJ bagi tempoh 2 bulan.

Kesimpulan.
1. Sepakat ulamak orang murtad, hukumnya bunuh.
2. Yang khilafnya ialah bila nak bunuh.
<>2 bulan tempoh untuk taubat. (
<>3 hari tempoh bertaubat.
<>Beri peluang 3 kali supaya bertaubat.
<>Terus bunuh tanpa beri peluang.

Maknanya terpulang kepada budi bicara hakim nak beri berapa lama tempoh 
bertaiubat. Quran atau hadis Nabi tidak menetapkan tempoh masa untuk 
bertaubat sebelum dibunuh. Maka hakim perlu melihat kepada semua perkara, 
perlu menetapkan tempoh taubat.

Ulasan: Benda ini memang clear. Tak perlu sesiapa pun datang cuba nak 
megelirukan kita. Hadis nabi memang clear, iaitu "Barangsiapa tukar dia akan 
ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".

TAUBAT
Masalah: Bermula kelakuan mentaubatkan orang yang murtad itu iaitu disuruh
1) mengucap dua kalimah syahadat serta
2) mengakukan buang barang yang menjadikannya murtad.
Jika simurtad mengucap semula maka dia terlepas dari hukum bunuh. Soal dia 
sebut ikhlas atau tak ikhlas, itu bukan urusan kita. Yang itu Allah yang 
menilai. Hakim yang nak menjatuhkan hukum, hanya perlu dengar setakat yang 
zahir sahaja.

Dan jikalau enggan ia, maka dinasihatkan ia. Iaitu dikeluarkan kalam 
(perkataan) yang keras atau kalam yang lembut untuk menjelaskan 
kekeliruannya, contohnya "Apa yang engkau syubahatkan?".

Cara Bunuh Orang Murtad
Sabda Nabi saw "Apabila kamu nak jatuh hukum bunuh terhadap apa-apa kes, 
maka elokkan cara bunuh".

Cara bunuh yang paling elok ialah pancung dengan pedang yang tajam dan 
sekadar sekali hayun sahaja, bukan berulang-ulang.

Membunuh orang yang murtad itu dengan pancung dengan yang tajam. Setelah 
dibunuh, maka matilah ia di dalam kafir. Orang murtad kena hukum bunuh 
dengan pancung. Pancung nampak menakutkan, tetapi itulah cara membunuh yang 
paling baik sebab amat cepat matinya. Manakala gantung menyeksakan kerana 
melambatkan mati orang. Kerusi karan juga lambat. Itu menyeksakan. Tembak 
juga kadang2 tidak mematikan dengan cepat. Pancung memang sah mati dengan 
paling cepat. Bila kepala tercerai dari badan, tidak mungkin masih hidup 
orang itu.

Orang murtad, wajib dibunuh dan dibunuh dengan pancung. Dan matinya dalam 
kafir. Tiada wajib dimandi akan dia., Dan haram disembahyangkan keatasnya 
berdasarkan firman Allah swt bermaksud "Dan janganlah sembahyang keatas 
orang daripada kafir yang mati itu selama-lamanya".

Mati murtad, mati kafir. Maka tak boleh disolatkan. Dan tiada harus ditanam 
di tanah perkuburan orang Islam. Dan juga tiada ditanam dikubur orang kafir. 
Bahkan ditanam memencil seorang diri. Setengah ulamak pula berpendapat 
diberikan makan mayatnya kepada binatang buas. Kenapa? Sebab bumi tak terima 
mayat orang yang tinggal ugama Islam. Sedangkan yang kafir asal, bumi masih 
terima mayatnya. Kenapa? Sebab orang murtad pernah rasa nikmat Islam. Tiba2 
hang tinggal, maka hang tak layak tinggal atas bumi Allah. Pi bagi makan 
binatang buas. Itu pendapat setengah ulamak.

Jadi kes murtad in berat.

Sambung hadis tadi:
Dan kata Ibnu Abbas, dan tiada ada supaya aku bakar akan mereka itu 
berdasarkan sabda Nabi saw "Jangan mengazab sekalian kamu dengan azab 
Allah".

Ulasan: Ibnu Abbas berkata dia tentu tidak akan membakar orang murtad kerana 
sabda nabi itu. Apa dia Azab Allah? Iaitulah api. Tuhan akan azab orang yang 
berdosa dengan api. Kita tak boleh guna api untuk azab apa-apa makhluk 
Tuhan. Maka azab dengan api itu azab Allah. Maka sampai khabar demikian itu 
kepada Ali lalu berkata Sayidina Ali KWJ "Benar Ibnu Abbas". Ini menunjukkan 
betapa tawadduknya Sayidina Ali KWJ.

Maka bolehkah kita bakar tebuan? Tak boleh. Sebab api ini Allah sahaja boleh 
guna untuk azabkan makhluknya. Habis macamana nak bunuh tebuan? Ustaz 
menjawab, itu kena cari cara yang sesuai. Tapi kesimpulannya pakai api tak 
boleh. Dilarang agama.

Dan berkata At-Tarmizi ini hadis hassan lagi hadis.
Dan bermula amal akan ini hadis disisi ahlil-ilmi pada orang yang murtad.

Ulasan:
Memang semua ulamak sepakat mengatakan orang murtad wajib dibunh. Dan cara 
bunuhnya ialah pancung dengan pedang yang tajam.

Dan bersalahan mereka itu pada perempuan apabila murtad ia. Maka setengah 
ulamak berpendapat dibunuh juga, spt Al-Auza', Ahmad, dan Ishak.
Dan kata setengah dari ahli'ilmi, di'habas' akan dia. Iaitu dipenjarakan 
sahaja, spt kata Suffian dan lain-lain ulamak.

Tetapi mengikut pendapat Imam Syafie, kedua-dua lelaki dan perempuan murtad 
hukumnya bunuh. Tapi sebelum bunuh berikan masa untuk dia bertaubat.

Wallahu'alam.
....................
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke