*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Assalamualaikum..

Kepada Saudara Salam Sejahtera...

Saya merasakan apa yang saudara tulis akan menimbulkan satu ketegangan kepada Ustaz Hj 
Shamsuri Hj Ahmad. Walaupun beliau ada mengajar semua yang saudara tulis tetapi 
tahukah saudara kenapa Ustaz Hj Shamsuri ditahan ISA? Kenapa beliau kuliah beliau agak 
pendek selepas beliau ditahan? Kenapa laman webnya tidak diupdate? 
Saya rasa tak elok diletakkan nama Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad, kerana beliau akan 
menanggung bebannya. Sedangkan kita hanya menggunakan nama samaran yang tiada orang 
lain yang tahu siapa kita. 

Fikirkanlah.

Wassalam.

--

On Sun, 19 Nov 2000 15:31:27   salam sejahtera wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Beberapa minggu lalu saya ada janji nak olahkan semula kuliah Ustaz Sahmsuri 
>dalam bab Murtad. Alhamdulillah, olahan itu telah siap. Saya tuliskan semula 
>apa yang ustaz cakapkan, kadang-kadang 'word-by-word'. Sebab itu, anda akan 
>dapati bahasanya kadang2 bahasa kitab lama.
>
>Ustaz Shamsuri- seorang ulamak terkenal di Utara semenanjung. Seorang ustaz 
>di Pusat Matrikulasi Penang, pendakwah bebas. Setiap kuliahnya di masjid2 di 
>hadiri ribuan murid.
>
>Semoga ulasan Ustaz Shamsuri dari Kitab Bahzul Mazi ini dapat menjelaskan 
>kedudukan sebenar dalam hal 'Murtad'.
>
>Wassalam.
>.........................................
>HUKUM ORANG YANG MURTAD
>Ustaz Hj Shamsuri Hj Ahmad,
>10/7/00 Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
>
>Kitab: Bahzul Mazi Jilid 10, Ms 191 Bab Murtad
>
>Mukadimmah:
>Matlamat Hukum Islam ialah
>1. memelihara Agama
>2. memelihara Nyawa
>3. memelihara Harta
>4. memelihara Keturunan
>5. memelihara Akal.
>
>Jadi, ugama menjatuhkan mati kepada orang yang menghinakan agama untuk 
>memelihara Agama. Murtad itu menghina agama, yakni meninggalkan islam untuk 
>pergi ke ugama lain.
>
>Murtad samada orang asal Islam yang menjadi kafir atau orang asal kafir yang 
>masuk Islam kemudian kembali menjadi kafir.
>
>Siapa orang murtad- orang yang memutuskan pengekalan Islam dgn beberapa 
>jalan kerana ke ugama lain atau tak mahu ugama Islam lagi. Mungkin dia 
>berpendapat ugama hanya diperlukan oleh orang miskin- berdoa untuk memohon 
>kesenangan.
>
>Beberapa Contoh Perkara Yang Menjadikan Murtad:
>Murtad dengan niat- Seperti contohnya berfikir "fed-up dgn Islam, nak nyayi 
>night club takleh, orang pompuan kena pakai tudung, ada duit sikit kena 
>bayar zakat"
>Bila dia kata fed-up dengan Islam maka dia kufur dgn jalan niat.
>
>Perbuatan- contoh, tunduk hormat dekat tokong hindu. Tunduk kepada makhluk 
>lebih dari kadar ruku' haram hukumnya. Jika tunduk dgn niat membesarkan 
>tokong, maka kufur hukumnya.
>
>Perkataan- yang megkufurkan . senda gurau, ejek-ejek, atau dgn iktikad, 
>kerana degil atau keras kepala. Main2- berlakun tak suka Islam pun tak 
>boleh.
>
>Contohnya berlakun jadi sami. Juga murtad. Senda2 atau gurau2 atau ejek2. 
>Tak boleh ugama tak benar. Ini benda orang tak faham kerana semua ini 
>menyentuh soal iktikad, soal akidah. Samada melakukan itu kerana degil atau 
>keras kepala. Tahu benda tu salah. Buat juga, degil dan berkata "aku nak 
>buat juga, hang nak buat apa kat aku?"
>Kita kata pada dia "Hang buat camtu boleh jadi murtad!"
>Dia ejek "Apa dia boleh jadi ustaz?". Ini juga boleh membuatkan murtad.
>
>Hadis Riwayat daripada Ikrimah (nota: Ikrimah ialah anak Abu Jahal- masuk 
>Islam hari pembukaan kota Mekah, kagum kerana Nabi sallallahu'alaihiwasallam 
>tak ambil tindakan keatas orang yang menyusahkan baginda s.a.w. dahulu):
>
>Sayidina Ali karramallahuwajhah pada masa dia menjadi khalifah, membakar ia 
>akan suatu kaum yang murtad mereka itu sebagai kata khair, mereka itu dari 
>kaum Rafidi yang mengatakan Sayidina Ali itu Tuhan.
>
>Ulasan:
>Zaman Sayidina Ali RA, ada satu puak yang terlalu fanatik kepadanya sehingga 
>ke peringkat menganggap Sayidina Ali Tuhan.
>Masalah: Tiada nas Hadis atau dari Quran yang menyuruh membakar orang 
>murtad. Maka kata setengah ulamak, dia membakar itu dengan ijtihadnya. 
>Memandangkan puak Rafidi itu terlalu teruk sampaikan menganggap Sayidina Ali 
>RA sebagau tuhan.
>
>Tindakan itu tidak dipersetujui oleh sahabat2 Nabi. Antaranya Ibnu Abbas 
>(nama besar dalam ilmu hadis) sebab tiada nas yang menyuruh membakar
>
>Cara Sayidina Ali ialah:
>dan di gali lubang, dinyala kayu api dan campak mereka kedalam lubang berapi 
>itu bersama-sama kitab mereka. (Nota: Rafidi juga ada kitab mereka sendiri).
>
>Selingan Ustaz:
>Nak cakap ugama kena tahu ugama. Nak mengajar, kena pandai Arab. Tak cukup 
>dengan tahu baca kitab rumi. Bercakap nak bangkit semangat boleh. Nak 
>mengajar tak boleh. Sebab nak rujuk last sekali ke kitab Arab. Itu prasyarat 
>untuk mengajar. Takut kita sampaikan ajaran yang tak betul.
>
>Sambung hadis dan huraian:
>Tindakan Sayidina Ali membakar orang murtad sampai kepada Ibnu Abbas. (Ibnu 
>Abbas sepupu Sayidina Ali, nama Abdullah ibnu Abbas) Maka kata Ibun Abbas 
>jikalau aku yang memerintah perkaranya itu dan akulah yang meluluskan 
>tindakan keatasnya, nescaya aku bunuh akan segala orang-orang yang murtad 
>itu kerana menurut sebagaimana sabda nabi saw "Barangsiapa tukar dia akan 
>ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".
>
>Ulasan: Jika Ibnu Abbas yang duduk di tempat Sayyidina Ali KWJ, maka dia 
>kata dia tidak akan bakar, tetapi bunuh dengan pancung kerana meurut hadis 
>Nabi saw.
>
>Masalah: Dengan perkataan Ibnu Abbas itu, maka tahulah kita bahawa hukum 
>orang yang murtad itu bunuh akan dia. Samada yang murtad itu lelaki atau 
>perempuan.
>
>Ulasan:
>Perkara ini 'clear'. Astora Jabat sahaja yang buat kelamkabut dalam paper 
>mengenai perkara ini. Betul. Memang ada khilaf . Walaupun ada khilaf, 
>sepakat ulamak bahawa orang murtad wajib dibunuh. Prosedur nak bunuh, itu 
>yang ada khilaf di kalangan ulamak. Maka itulah kata mazhab Syafie dan 
>ahlil-'ilmi (yakni segala ulamak2 yang menjadi ahli limu). Dan kata setengah 
>ulamak, dibunuh akan lelaki sahaja jika ia murtad. Inilah khilafnya. Dan 
>adapun perempuan itu dipenjarakan sahaja. Itulah satu khilaf, satu pendapat. 
>Tetapi ini pendapat yang lemah. Dalam kes ini ulamak mengambil kias hukum 
>dalam peperangan dimana lelaki boleh dibunuh. Makala kanak-kanak dan 
>perempuan tidak dibunuh.
>
>Masalah: Tiada dibunuh orang yang murtad itu melainkan kemudian daripada 
>ditaubatkan
>
>Ulasan:
>Inilah prosedurnya. Tang bunuh, memang bunuh. Cumanya ada prosedurnya 
>sebelum dibunuh. Kata sesetengah ulamak, wajib ditaubatkan dahulu. Dan kata 
>setengah ulamak sunat ditaubatkan .
>
>Dan kata setengah ulamak, ditaubatkan dalam 3 hari. Kemudian dari 3 hari 
>itu, masih tak mahu taubat maka dibunuh akan dia. Dan kata setengahnya tak 
>payah 3 hari. Cukup diulang-ulang 3 kali suruh bertaubat. Jika tak mahu 
>bertaubat, maka dibunuh.
>Dan kata setengahnya, apabila murtad langsung dibunuh. Yang ini lagi serius. 
>Tiada 3 hari atau 3 kali. Ini dikatakan oleh ulamak, bukan geng kedai kopi 
>punya cakap.
>
>Manakal Sayidina Ali KWJ bagi tempoh 2 bulan.
>
>Kesimpulan.
>1. Sepakat ulamak orang murtad, hukumnya bunuh.
>2. Yang khilafnya ialah bila nak bunuh.
><>2 bulan tempoh untuk taubat. (
><>3 hari tempoh bertaubat.
><>Beri peluang 3 kali supaya bertaubat.
><>Terus bunuh tanpa beri peluang.
>
>Maknanya terpulang kepada budi bicara hakim nak beri berapa lama tempoh 
>bertaiubat. Quran atau hadis Nabi tidak menetapkan tempoh masa untuk 
>bertaubat sebelum dibunuh. Maka hakim perlu melihat kepada semua perkara, 
>perlu menetapkan tempoh taubat.
>
>Ulasan: Benda ini memang clear. Tak perlu sesiapa pun datang cuba nak 
>megelirukan kita. Hadis nabi memang clear, iaitu "Barangsiapa tukar dia akan 
>ugamanya maka bunuh olehmu akan dia".
>
>TAUBAT
>Masalah: Bermula kelakuan mentaubatkan orang yang murtad itu iaitu disuruh
>1) mengucap dua kalimah syahadat serta
>2) mengakukan buang barang yang menjadikannya murtad.
>Jika simurtad mengucap semula maka dia terlepas dari hukum bunuh. Soal dia 
>sebut ikhlas atau tak ikhlas, itu bukan urusan kita. Yang itu Allah yang 
>menilai. Hakim yang nak menjatuhkan hukum, hanya perlu dengar setakat yang 
>zahir sahaja.
>
>Dan jikalau enggan ia, maka dinasihatkan ia. Iaitu dikeluarkan kalam 
>(perkataan) yang keras atau kalam yang lembut untuk menjelaskan 
>kekeliruannya, contohnya "Apa yang engkau syubahatkan?".
>
>Cara Bunuh Orang Murtad
>Sabda Nabi saw "Apabila kamu nak jatuh hukum bunuh terhadap apa-apa kes, 
>maka elokkan cara bunuh".
>
>Cara bunuh yang paling elok ialah pancung dengan pedang yang tajam dan 
>sekadar sekali hayun sahaja, bukan berulang-ulang.
>
>Membunuh orang yang murtad itu dengan pancung dengan yang tajam. Setelah 
>dibunuh, maka matilah ia di dalam kafir. Orang murtad kena hukum bunuh 
>dengan pancung. Pancung nampak menakutkan, tetapi itulah cara membunuh yang 
>paling baik sebab amat cepat matinya. Manakala gantung menyeksakan kerana 
>melambatkan mati orang. Kerusi karan juga lambat. Itu menyeksakan. Tembak 
>juga kadang2 tidak mematikan dengan cepat. Pancung memang sah mati dengan 
>paling cepat. Bila kepala tercerai dari badan, tidak mungkin masih hidup 
>orang itu.
>
>Orang murtad, wajib dibunuh dan dibunuh dengan pancung. Dan matinya dalam 
>kafir. Tiada wajib dimandi akan dia., Dan haram disembahyangkan keatasnya 
>berdasarkan firman Allah swt bermaksud "Dan janganlah sembahyang keatas 
>orang daripada kafir yang mati itu selama-lamanya".
>
>Mati murtad, mati kafir. Maka tak boleh disolatkan. Dan tiada harus ditanam 
>di tanah perkuburan orang Islam. Dan juga tiada ditanam dikubur orang kafir. 
>Bahkan ditanam memencil seorang diri. Setengah ulamak pula berpendapat 
>diberikan makan mayatnya kepada binatang buas. Kenapa? Sebab bumi tak terima 
>mayat orang yang tinggal ugama Islam. Sedangkan yang kafir asal, bumi masih 
>terima mayatnya. Kenapa? Sebab orang murtad pernah rasa nikmat Islam. Tiba2 
>hang tinggal, maka hang tak layak tinggal atas bumi Allah. Pi bagi makan 
>binatang buas. Itu pendapat setengah ulamak.
>
>Jadi kes murtad in berat.
>
>Sambung hadis tadi:
>Dan kata Ibnu Abbas, dan tiada ada supaya aku bakar akan mereka itu 
>berdasarkan sabda Nabi saw "Jangan mengazab sekalian kamu dengan azab 
>Allah".
>
>Ulasan: Ibnu Abbas berkata dia tentu tidak akan membakar orang murtad kerana 
>sabda nabi itu. Apa dia Azab Allah? Iaitulah api. Tuhan akan azab orang yang 
>berdosa dengan api. Kita tak boleh guna api untuk azab apa-apa makhluk 
>Tuhan. Maka azab dengan api itu azab Allah. Maka sampai khabar demikian itu 
>kepada Ali lalu berkata Sayidina Ali KWJ "Benar Ibnu Abbas". Ini menunjukkan 
>betapa tawadduknya Sayidina Ali KWJ.
>
>Maka bolehkah kita bakar tebuan? Tak boleh. Sebab api ini Allah sahaja boleh 
>guna untuk azabkan makhluknya. Habis macamana nak bunuh tebuan? Ustaz 
>menjawab, itu kena cari cara yang sesuai. Tapi kesimpulannya pakai api tak 
>boleh. Dilarang agama.
>
>Dan berkata At-Tarmizi ini hadis hassan lagi hadis.
>Dan bermula amal akan ini hadis disisi ahlil-ilmi pada orang yang murtad.
>
>Ulasan:
>Memang semua ulamak sepakat mengatakan orang murtad wajib dibunh. Dan cara 
>bunuhnya ialah pancung dengan pedang yang tajam.
>
>Dan bersalahan mereka itu pada perempuan apabila murtad ia. Maka setengah 
>ulamak berpendapat dibunuh juga, spt Al-Auza', Ahmad, dan Ishak.
>Dan kata setengah dari ahli'ilmi, di'habas' akan dia. Iaitu dipenjarakan 
>sahaja, spt kata Suffian dan lain-lain ulamak.
>
>Tetapi mengikut pendapat Imam Syafie, kedua-dua lelaki dan perempuan murtad 
>hukumnya bunuh. Tapi sebelum bunuh berikan masa untuk dia bertaubat.
>
>Wallahu'alam.
>....................
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at 
>http://profiles.msn.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>


Join 18 million Eudora users by signing up for a free Eudora Web-Mail account at 
http://www.eudoramail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pakteh Usu" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke