*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai takkan bila nak tiba pilihanraya kecil baru sibuk nak selesaikan masalah
yang tertanggung selama 12 tahun. 
Apa BN buat selama ini? Kan BN yang menguasai Lunas sekian lama...
250 miliki rumah selepas 12 tahun menunggu
KULIM 20 Nov. - Sejumlah 250 pemilik rumah kos rendah dan sederhana bagi
satu projek perumahan terbengkalai di Taman Seri Limau, Lunas berasa lega
kerana mereka akhirnya dapat memiliki rumah impian selepas 12 tahun
menunggu. 
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, rumah-rumah itu, yang kini
dalam keadaan terbiar dengan strukturnya rosak dan dipenuhi rumput panjang,
akan diserahkan kepada kontraktor baru bagi menyiapkan projek itu. 
''Rumah-rumah itu tidak siap dan tidak selamat... kita tidak boleh suruh
pemiliknya tinggal di rumah itu kerana kita bimbang akan keselamatan
mereka,'' katanya selepas melawat projek rumah terbengkalai itu di sini,
hari ini. 
Mimpi ngeri 250 pemilik itu bermula pada 1988 semasa mereka membeli rumah
itu dan sehingga kini tiga pemaju telah bertukar tangan melaksanakan projek
itu. 
Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata beliau akan melantik
arkitek dan perancang bandar untuk menilai jumlah keseluruhan bagi
memulihkan semula projek itu. 
Daripada 250 unit rumah itu, 175 unit adalah rumah kos rendah. 
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Limau, Osman Talib, yang mengiringi
Samy Vellu pada lawatan itu, berkata rumah-rumah itu juga tidak mempunyai
bekalan air dan elektrik. 
Beliau berkata ramai daripada pemilik rumah itu merupakan mereka yang miskin
yang tinggal di estet dan kampung berdekatan. 
''Sesetengah daripada kami menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini
dan kami kini tinggal di kawasan setinggan atau dengan saudara mara,''
katanya. 
Mengenai bekalan air dan elektrik, Samy Vellu berkata beliau telah
mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad (Tenaga Nasional)
meneliti perkara itu. 
''Jurutera telah memaklumkan kepada saya bahawa keseluruhan sistem paip bagi
taman ini sudah rosak dan perlu ditukar dan kami telah bersetuju untuk
melaksanakannya,'' katanya. - Bernama 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke