*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terang-terang nampak nak pancing undi!!
Tak nampak lagi ke???? Tak celik-celik lagi ke??  (Yang masih menyokong 
UMNO/BN).

Wassalam.


>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* 250 miliki rumah selepas 12 tahun menunggu (Pancing Undi 
>BN)
>Date: Tue, 21 Nov 2000 18:17:38 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Hai takkan bila nak tiba pilihanraya kecil baru sibuk nak selesaikan 
>masalah
>yang tertanggung selama 12 tahun.
>Apa BN buat selama ini? Kan BN yang menguasai Lunas sekian lama...
>250 miliki rumah selepas 12 tahun menunggu
>KULIM 20 Nov. - Sejumlah 250 pemilik rumah kos rendah dan sederhana bagi
>satu projek perumahan terbengkalai di Taman Seri Limau, Lunas berasa lega
>kerana mereka akhirnya dapat memiliki rumah impian selepas 12 tahun
>menunggu.
>Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, rumah-rumah itu, yang kini
>dalam keadaan terbiar dengan strukturnya rosak dan dipenuhi rumput panjang,
>akan diserahkan kepada kontraktor baru bagi menyiapkan projek itu.
>''Rumah-rumah itu tidak siap dan tidak selamat... kita tidak boleh suruh
>pemiliknya tinggal di rumah itu kerana kita bimbang akan keselamatan
>mereka,'' katanya selepas melawat projek rumah terbengkalai itu di sini,
>hari ini.
>Mimpi ngeri 250 pemilik itu bermula pada 1988 semasa mereka membeli rumah
>itu dan sehingga kini tiga pemaju telah bertukar tangan melaksanakan projek
>itu.
>Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya, berkata beliau akan melantik
>arkitek dan perancang bandar untuk menilai jumlah keseluruhan bagi
>memulihkan semula projek itu.
>Daripada 250 unit rumah itu, 175 unit adalah rumah kos rendah.
>Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Limau, Osman Talib, yang mengiringi
>Samy Vellu pada lawatan itu, berkata rumah-rumah itu juga tidak mempunyai
>bekalan air dan elektrik.
>Beliau berkata ramai daripada pemilik rumah itu merupakan mereka yang 
>miskin
>yang tinggal di estet dan kampung berdekatan.
>''Sesetengah daripada kami menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini
>dan kami kini tinggal di kawasan setinggan atau dengan saudara mara,''
>katanya.
>Mengenai bekalan air dan elektrik, Samy Vellu berkata beliau telah
>mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan Tenaga Nasional Berhad (Tenaga Nasional)
>meneliti perkara itu.
>''Jurutera telah memaklumkan kepada saya bahawa keseluruhan sistem paip 
>bagi
>taman ini sudah rosak dan perlu ditukar dan kami telah bersetuju untuk
>melaksanakannya,'' katanya. - Bernama
>
>© UTUSAN MELAYU (M) BHD
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke