*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Tengku Shahrom Tengku Shahdan wrote:

> Pertama, kerana tidak prihatinnya kita kepada sensitiviti orang... 
> Kedua,pembaziran masa yang kita timbulkan dgn isu-isu remeh...
 
Terima kasih kepada Tengku yang memberi pandangan bernas.

Ijinkan teman memberi sedikit ulasan yang mungkin berbeza pandangan 
dengan Tengku Shahrom (maaf dipohon) mengenai isu ini:

Pada pandangan peribadi teman; tak berapa tepat untuk menkategorikan
isu diatas sebagai remeh.  Sebab; bagi ibubapa yang berada dalam 
situasi dibawah, ianya penting untuk memberi beliau keyakinan dalam 
membuat keputusan.    

SITUASI: Seorang bapa telah menyekolahkan anak2 beliau disebuah
SRI private. Beliau mempunyai 2 pilihan: teruskan hingga ke SMI 
private atau keluar separuh jalan.  Jadi beliau perlu jelas akan 
pros & cons antara SRI private & sekolah gomen. Sekolah gomen pulak 
terbahagi kepada sekolah biasa dan sekolah asrama.  Keputusan yang 
beliau buat ini penting untuk masa depan anak2 beliau: 

SENARIO 1: Sekirannya beliau seorang yang berwang dan punya tahap 
disiplin diri yang mantap mungkin sekolah islam private adalah 
pilihan yg tepat.  

SENARIO 2: Sekiranya beliau tak berwang tapi berupaya mendisiplin
kan keluarga dengan baik dan persekitaran tempat tinggal yang stabil
(tidak diancam kutu2 berahak) maka tidak menjadi masaalah bagi  
memilih sekolah gomen dekat rumah beliau.

SENARIO 3: Sekiranya beliau tak berwang dan taman perumahannya
banyak gejala2 gila2, dan beliau suami-isteri pulak jarang dirumah 
kerana cari rezeki, maka adalah amat penting bagi beliau mengusaha
kan anak2 beliau supaya dapat masuk sekolah asrama penuh. 

Teman ingin bagi contoh benar dimana satu kesilapan membuat 
keputusan telah menyebabkan seorang anak merana sampai hari ini:

Seorang remaja telah dapat gred 3 dalam spm.  Abang beliau yang 
berada jauh di KL, agak loaded, mengambil jalan pintas dengan
menyuruh adiknya mendaftar saja disebuah sekolah private dikampung 
yang menyediakan pelajar untuk ambil SPM / STP - wang yuran dan saku 
dikirimkan setiap bulan.  Mak-bapak beliau memang menyerahkan semua 
keputusan kepada si abang ini.  Silapnya si abang ini ialah kerana 
tidak prihatin kepada satu ancaman besar dikampung itu, dimana tahap 
penagihan dadah dikalangan belia2 adalah antara yang chronic. Lepas 
sorang, sorang anak kampung itu menjadi penagih.  Keliling rumahnya 
sudah berapa orang remaja mati sebab penagihan. Yang keluar masuk 
lokap toksah cakaplah.  Anak adun, anak imam, anak polis, dll, semua
kena.  Setelah 2 kali ambil STP dan gagal, selepas si ibu komplen,
baru si abang mula memerhatikan tingkah laku adiknya itu.  Selalu 
kekurangan wang.  Selalu tiada dirumah, selalu meradang dekat si ibu.
Si bapa pula sudah uzur.  Akhirnya si abang berulang-alik kekampung 
dan bersemuka dengan si adik.  Selepas beberapa round perang besar 
barulah si adik menceritakan segala2nya (sebelum itu matian2 dia 
tidak mengaku dan menuduh ahli keluarga membencinya sebab gagal dalam
pelajaran). Barulah dia mengaku curi duit melalui ATM bapanya, curi 
duit ibunya,  minum arak,  pernah ambil heroin, morpin, dsbnya.   
Si abang kelam-kabut cari pusat pemulihan cara Islam - tak berjaya. 
Sekarang si adik dalam pemerhatian polis selama 2 tahun.  Sudah 
beristeri.  Di hati kecil si abang; seandainya dia prihatin akan 
buruk baik jenis2 sekolah; seperti sekolah private dikampung, sekolah
kemahiran mara di luar kampung, sekolah vocational,  sekolah private 
di bandar (dimana dapat diawasi gerak-geri adiknya), mungkin adiknya 
tidak jadi macam itu.   Tapi semuanya sudah terjadi - pertolongan 
Allah jua yang di harapkan.  That is how important a decision can be.

Berbalik kepada isu asal, mungkin cara sesetengah netters mengemuka
kan idea secara spontan tanpa sususan yang teratur, menampakkan 
perbincangan tidak cantik, walhal yang diperkatakan ialah pros & 
cons, untuk diambilfikir oleh pembaca.  Mungkin dialect yang dipakai
itu cacamerba, apalagi bila diselitkan dengan side issue yang nampak 
tak berapa relevant seperti sticker, lagi menyengetkan perbincangan.
(Namun jika ingin dihalusi penggunaan sticker dikereta - mungkin
boleh membuka perbincangan mengenai persoalan hati).  

Walaubagaimanapun, personally, setelah di cungkil2 dan ditapis2, 
dapatlah satu dua points yang dapat menghilangkan waswas samaada nak 
keluarkan anak2 dari SRI private ke sekolah gomen semasa darjah 5 
untuk cuba nasib kesekolah asrama penuh atau tawakkal saja di SRI 
sampai habis. Dan mohon pada Allah semoga keputusan yang diambil 
adalah yang terbaik untuk mereka yang bakal mewarisi kepimpinan  
akan datang  - dan ini adalah terlalu penting.  Dan ini berjalan 
selari dengan keperihatinan terhadap isu2 penting semasa, umpama 
pembasmian kezaliman.  

Itulah sekadar memberi pendapat.

"If a fool drops a stone into a river, a hundred wise men will never 
get it back."  - peribahasa kurdish.

Wassalam   
 

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke