*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
asssalamualaikum warahmatullah

saya tak rasa ianya remeh .. kerana masa persekolahan dari form one
sampai form 5 adalah masa prime kita mendidik anak anak untuk menjadi
pewaris kepada generasi kita.. kalau kita tak peka dengan apa yang
mereka terima dalam masa ini  pasti kita tak akan dapat meneruskan
perjuangan  ini melalui mereka..

risikonya terlalu TINGGI..  apakah kita sebagai ibu bapa hanya perlu
melihat  dan berdiam diri. sedangkan kita menyedari kekurangan
kekurangan yang ada?

saya telah nyatakan pendirian saya.

pendidikan anak anak sahingga mereka baligh adalah tanggong jawab ibu
bapa. dan tanggong jawab itu tak hanya berkisar pada kejayaan akademik..
tapi pendidikan yang menyeluruh .. pendidikan yang membolehkan anak anak
ini menjadi pejuang islam ini.

jika ibu bapa tak berupaya untuk mendidik anaknya secara menyeluruh ini
dirumah perlu dia menghantar anak anak ini ketempat dimana mereka akan
mendapat pendidikan yang lebih sempurna..  jadi jika tempat yang
dihantar itu tak ada bezanya dengan dirumah.. tujuan penghantaran itu 
tidak akan dicapai. malah akan menimbulkan masalah lain.

kalau nak dapatkan kecermelangan akademik. disekolah biasa pun boleh dan
dah terbukti boleh.

saya juga merasakan pendapat pendapat yang telah dikemukan adalah hasil
dari pengalaman dan pemantauan penulis pemulis.. bukan hanya angan
angan.. atau hayalan  Jadi kebimbangan yang dinyatakan adalah real. kita
semua perlukan alternatif yang terbaik. dan kita tidak boleh mensesiakan
masa depan islam ini dengan mensesiakan peluang untuk kita mendidik
mereka dengan didikan yang lebih sempurna dari apa yang kita semua
perolehi

lain lah kalau kita hanya pentingkan keunggulan akademik sahaja.

saya sendiri pernah sekolah berasrama, ramai kawan kawan yang bersekola
asarama, mempunyai anak saudara yang bersekolah asrama  dan dalam masa
ni ada kaitan dengan sekolah yang mengadakan pengajian sekolah berasrama
penuh.

anak anak saya juga ada yang telah bersekolah di sekolah harian (sekolah
menengah) ada ada yang sedang sekolah berasarama penuh. cuma satu yang 
saya pastikan ..mereka mesti mendapat didikan islam secara menyeluruh..
baik dimana mereka berada.. sama ada dirumah atau di asrama ..dan sama
ada disekolah menengah maupun disekolah rendah.


semua nya ini timbul dari perbincangan perbincangan seperti ini berbelas
tahun dahulu..

wassalam


Tengku Shahrom Tengku Shahdan wrote:
>  
>   
> Assalaamu'alaykum,
> 
> Saya membaca response dan tulisan mengenai masuk atau tidak ke asrama penuh
> dgn rasa hairan dan sedih sekali.
> 
> Pertama, kerana tidak prihatinnya kita kepada sensitiviti orang lain
> mengenai isu apa yang ingin kita nyatakan yang tidak langsung bercanggah dgn
> hukum Islam.
> 
> Kedua,pembaziran masa yang kita timbulkan dgn isu-isu remeh seperti ini yg
> langsung tidak membawa kita ke arah penyelesaian masalah-2 besar yang sedang
> dihadapi oleh ummah Islam sekarang ini. Malahan kita jadi ejen yg
> menyemaikan rasa tidak senang di kalangan org Islam sesama sendiri tanpa
> menyedarinya.
> 
> Apakah kita punya sebanyak itu ruang masa dan tenaga fikir untuk kita
> tumpukan kepada masalah-2 seperti ini daripada berkongsi ilmu, pendapat dan
> pengalaman kearah peningkatan keimanan kita, komitmen kita terhadap
> perjuangan Islam. Sesungguhnya situasi seperti inilah yang dinyatakan oleh
> Ar-Rasul SAW mengenai keadaan ummat Islam yang walaupun ramai di masa akan
> datang, tetapi lemah kerana ibarat buih-buih di permukaan air, yang tidak
> punya pegangan dan talian ukhuwwah dan iman yang jitu untuk menjadi satu
> kuasa yang kuat menentang kekufuran.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke