*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa'alaikumussalam saudara Mencelah & kekawan lain.

Entahlah, tak tahu apa nak kata. Sedih sekali melihat orang Melayu yang 
beragama Islam masih ada mengamal perkara-perkara kurafat macam ni.

Sebenarnya, memang perkara-perkara macam ini masih diamal oleh segelintir 
orang Melayu, khususnya peniaga. Di kampung di pinggir metropolitan Kuala 
Lumpur tempat saya tinggal ini pun ada beberapa laporan mengenai perbuatan 
jijik seperti ni. Ini diceritakan oleh jiran-jiran yang "terjumpa" 
benda-benda ini sendiri, yakni dari sumber yang boleh dipercayai. 
Insya'allah.

Ada beberapa jiran yang "tercedok" seluar dalam wanita dalam kuah roti canai 
di sebuah warong "wak". Apabila ditanya kepada wak tersebut, dia memberi 
alasan bahawa seluar dalam tersebut adalah yang baru.

Ada juga peniaga lain yang telah dilaporkan mengamalkan perbuatan jijik ni, 
termasuklah peniaga jagung rebus.

Di mana kelemahan masyarakah kita? Adakah ini menunjukkan tarbiyah kita 
kepada anggota masyarakat masih di tahap rendah?

Sama-samalah kita memikirkannya.

Wassalam.







>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Sembang-sembang kurafat!
>Date: Tue, 12 Dec 2000 01:52:25 -0000
>
>
>Assalamualaikum......kengkawan.
>
>Hari ni dah lebih dari separuh jalan kita berpuasa....harap-harap lagi
>separuh tu, sempurna hendaknya.....betul dak mawar dan Ain!
>
>Kengkadang heran jugak kita memikirkan tentang masyarakat melayu kita ni,
>walaupun dah hidup dalam zaman bertamadun dan zaman siber...tapi masih ada
>lagi yang berpemikiran kunu.Sebanarnya dalam kehidupan kita ni, kalau kita
>nak berjaya kita kena berpemikiran positif dan jangan asyik memandang
>burok....memandang serong dan segala-galanya negetif.
>
>Hari ni dalam hizb kita dok sembang tentang tuala wanita dalam kuah
>sate.Soalnya di sini, mail tersebut mahu supaya kita terpengaruh dan
>tersentak dengan kejadian tersebut.Samada kita percaya atau idak, itu
>pendirian masing-masing.Mencelah sendiri kan ain...mencelah tak kata 
>percaya
>atau menafikannya.Sebenarnya mencelah dah terima email ini sebulan yang 
>lalu
>daripada ge-pren mencelah miss amoco, tapi mencelah tak tunjuk respon.Cuma
>di sini.......apabila kita terlalu taksub dengan benda-benda begini yang
>kononnya boleh melariskan jualan dan sebagainya, secara tak langsung kita
>telah menjerumuskan diri dalam perkara yang 'Kurafat'!
>
>(tak ada apa faedahnya kalau nak buh benda Allah dalam kuah tu...kan mawar
>kan,kut-kut nak bagi kuah bertambah merah....tak tau pulak)
>
>Dua tahun yang lepaspun kita dah gah dengan kesah di mana "konon"nya 
>berlaku
>di sebuah kedai Roti dan Kek dimana seorang pencuci tangki air di atas
>bumbung kedai tersebut telah terkejut apabila menjumpai 6-7 helai seluar
>dalam wanita di dalamnya! Jadi mengikut siasatan yang di jalankan oleh
>penyiasat tak bertauliah, underware tersebut adalah sebagai
>pelaris.....apabila air underware di gunakan sebagai bancuhan roti.Kedai tu
>kedai cina.
>
>Ada satu lagi kejadian ,dimana orang ramai gah apabila ada yang membuat
>cerita kononnya kuah laksa penang di padang kota di campur dengan tisu
>tandas.....supaya nampak pekat macam pati ikan!
>
>Kesemua benda-benda kurafat dan fitnah sebegini adalah dari orang yang tak
>boleh maju dalam hidup! Sepatut kita orang melayu kalau kita nak berjaya
>kita kena bersaing secara sehat.Apabila kita lihat si polan jual roti laku,
>jadi kita kena belajar macam mana nak meningkatkan kualiti roti kita.Ini 
>dak
>kita ambil jalan mudah.....cina tu buh alkohol...tu sebab lembut! Jadi apa
>yang kita dapat?...dia meniaga serupa tu jugak, yang roti melayu kita
>ni....keras sampai tuju kepala anjing pun mati! (mawar..ain...acah aje,
>anjing tu memang dah mati)
>
>Begitu jugak dengan kes underware tadi.....kalau nak bagi laris kena rendam
>underware, bayangkan lah kalau kilang roti sebesar gardinia
>ka.........berapa banyak nak taruh.Tu sebabnya artikel macam ni kita boleh
>baca.....tapi kalau tak dapat sumber yang tepap.....pandang sebelah mata
>ajelah........kan mawar..kan ain....nanti tuala wanita semua habis bekalan
>dah masuk dalam kuah sate.....baru kau orang pakai kain batek
>aje.....ekekekekek.
>
>
>
>[EMAIL PROTECTED]
>(hakcipta terpelihara)
>___________________________________________________________
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke