*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. situasi yang sdra sebutkan adalah hasil politik perkauman tajaan bn. kita perlukan
masa untuk neutralisekan semangat kebangsaan yang telah ditanam oleh pihak penjajah dan
diamalkan oleh perikatan/bn. kita perlu fikirkan sampai bilakah kita mahu politik
perkauman yang tidak sihat untuk negara majmuk ini diteruskan? yang akan menjadi mangsa
bukan orang lain tetapi kita kerana ketololan sendiri bersekongkol dengan ketidakbaikan
setelah mengetahui ia tidak baik dan merugikan! apakah sdra, sebagai seorang 
warganegara
tidak terasa apa-apa dengan apa yang sedang kita hadapi sekarang ini lantaran segala
salahguna kuasa yang berlaku? sebelum pilihanraya, lantaran benci orang-orang seperti
sdra kepada alternatif, ungkapan "it's better to pick the devil whom we know than the
devil whom we do not know!" menjadi modal untuk menolak alternatif. alangkah tololnya
kita menyatakan kedua-duanya sama devil sedangkan bn terbukti devilnya sedangkan
alternatif belum pernah mentadbir negara untuk menunjukkan kedevilannya! kita rasa kita
pandai, sebenarnya kita pandir! inilah akibat kita taksub dengan kaum tadi sehingga
menjadikan kita buta untuk melihat kebaikan orang lain seperti orang-orang yang
menyamakan kerajaan Pas kelantan dengan kerajaan-kerajaan bn sebagai devil. sdra tidak
nampak keelokan kerajaan alternatif yang diketuai Pas di trengganu kerana ketaksuban
tadi. sdra menyokong segala pelanggaran konsep federalism dan perjanjian oleh kerajaan
bn! kitalah yang perlu memperbaiki keadaan kerana kita tidak boleh harapkan mereka 
lagi.

2. saya setuju tak semestinya yang berjubah itu Islam. saya bersetuju bukan kerja orang
Pas untuk mengukur keimanan orang umno. kerana al-Qur'an telah memberitahu kami 
siapakah
yang kufur, zalim dan fasik (al-Maidah; 45, 46 dan 47). sebagai muslim kami akur dengan
peringatan tersebut.

3. sdra jangan terperangkap dengan taktik pergaduhan perkauman! saya tidak percaya 
fadhil
noor, wan azizah, lim kit siang dan syed hussin sedang berjuang ke arah itu. yang 
sangat
mudah ke arah yang sdra takuti adalah politik yang sdra sokong itu... lihatlah ke
belakang. sejarah tidak pernah menipu kita cuma kita sahaja yang degil tidak mahu 
belajar
dari sejarah! sekalai lagi saya nasihatkan supaya jangan biarkan diri kita diperalat.
kerana menjadi alat akan senang dieksploitasi untuk kepentingan mereka! kalau sdra
bercita-cita untuk melahirkan sebuah negara malaysia yang penduduk berbagai kaum dapat
hidup dalam harmoni, kitalah yang bertanggungjawab. kalau kita semua berkerja kearah 
itu
siapakah yang boleh menghalang kita?

4. saya kira sdra amat arif tentang Islam sebab itu sdra sanggup menggunakan "Islam 
acuan
Pas", yang menunjukkan sdra faham Islam. cuma saya khuatir Islam yang sdra fahami 
adalah
Islam yang dijual oleh umno. kenapa tidak sdra keluar sekejap dari kelongsong itu dan
mendapatkan penerangan dari ustaz-ustaz yang muktabar yang mengamalkan Islam sebagai 
cara
hidup dan bukan yang mengatakan Islam hanya agama seperti agama-agama lain. saya pernah
lihat sticker di kenderaan-kenderaan - "Hinduism a way of life". saya percaya sdra
seorang penganut agama hindu, cuba jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan "a way of
life". pada saya, in a simple term, agama itu memandu kehidupan seseorang. kalau 
agamanya
mencegah (dalam Islam disebut mengharamkan) penganutnya mencuri, maka dia tidak boleh
mencuri di semua waktu. dia tidak melakukan dua perkara yang bertentangan dalam satu
masa. contoh, seorang pemimpin dia ke masjid, dia juga mencuri harta rakyat! dia 
seorang
peniaga, dia sembahyang, tetapi dia menipu dalam perniagaan! mungkin contoh saya tidak
begitu tepat, tetapi itu yang berlaku hari ini. menipu dan rasuah bukan amalan mereka
yang kais pagi makan pagi tetapi amalan mereka yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada
rakyat!! so, how to overcome this? kita perlu pastikan agama itu benar-benar "a way of
life".

5. dap menghadapi masalah meyakinkan penyokongnya dan sentiasa bimbang akan kehilangan
sokongan. lunas benar-benar menyusahkan dap. tetapi dap sedar apa yang rakyat mahu.
pernahkah sdra bertanya kenapa penyokong dap berubah-ubah selera mereka? kenapa tidak
Pas? simple. dasar perjuangan dap bersifat liberal (boleh berubah-ubah mengikut 
situasi).
maka penyokongnya juga terikut-ikut mengamalkan sifat liberal. sedangkan Pas dasarnya
konsisten. sejak dulu sampailah ke akhir zaman. ia valid dan relevan pada setiap masa 
dan
keadaan. penyokongnya memiliki pegangan, iaitu dasar parti. kalau perjuangan kita
kebenaran, ia ada pada Pas. kalau perjuangan kita keadilan, ia ada pada Pas. kalau
perjuangan kita kebebasan, ia ada pada Pas. kebenaran, keadilan dan kebebasan yang
dikehendaki oleh Yang Menjadikan Manusia. Dia Maha Mengetahui apa yang manusia 
perlukan!

"k. raveendran" wrote:



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>


Kirim email ke