*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Saya dalam proses nak jual kereta buruk saya dan sedang mencari kenderaan 
alternatif sebagai ganti. Antara kereta baru yang sedang dipertimbangkan 
adalah Proton Waja, selain daripada Kancil yang jauh lebih murah.

Kelmarin saya diberitahu mengenai kualiti kereta Waja. Seorang kawan yang 
bekerja sebagai jurutera Proton telah menasihatkan supaya elak daripada 
membeli Proton Waja. Katanya, Proton Wira lebih baik.

Mengikut katanya, Proton Waja telah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa 
kerana hendak melancarkannya mengikut tarikh sasaran PM. Oleh itu, Proton 
Waja terpaksa disiapkan dalam keadaan gopoh dengan mengorbankan kesempurnaan 
mutunya.

Jadi, sesiapa yang berangan-angan hendak memiliki kereta sensasi Proton 
Waja, maka kenalah fikir dua kali. Mungkin lebih baik untuk mendapatkan 
Proton Wira 1.6 atau 1.8 sahaja sebagai alternatif.

Beberapa minggu lepas saya berpeluang untuk menjengguk kereta Proton Waja 
yang dipamerkan di perkarangan Makro Shah Alam. Melihat kepada kemasan 
dalamannya, ia menghampakan harapan saya dan telah menyebabkan saya hilang 
minat kepada kereta tersebut. Dari rasa bangga dan minat yang tinggi saya 
kepada kereta Proton Waja sebelum ini, terus jadi hilang minat terhadapnya. 
Apatah lagi apabila melihat harganya, saya rasa tidak berbaloi dengan 
mutunya.

Nampaknya saya akan cari kereta lain sebagai ganti. Kemungkinan sahaja 
kereta Kancil. Atau kalau nak yang lebih power sikit, kereta Wira. Taklah 
rasa terbazir duit sangat kerana membeli kereta mutu rendah.

Terfikir saya dalam penuh harapan, bila laa boleh kita merasai kereta 
nasional yang bermutu setaraf dengan kereta lain? Asyik kena tipu saja.

Sekian.







_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke