assalamualaikum
 
mintak maaf jika saya menyampuk
 
tapi saya tertarik dengan penulisan saudara yang berbunyi :
" Jika dilihat nisbah keseluruhan, mungkin tak sampai 10%. Kalau dalam bahagian R&D lagilah daif. Seperti di
organisasi saya berkerja, dalam R&D hanya ada seorang engineer Melayu daripada sejumlah 30 orang jurutera2 R&D"
 
bukan saya nak kutuk melayu ke apa ke
cuma saya nak tanya.... R&D kat malaysia tu..... macamana ye ?
saya belum pernah bekerja di tanah air, memandangkan saya ni pelajar lagi
tetapi dari pemerhatian saya ... R&D kat mesia tu macam melepaskan batuk di tangga
apa taknya... tgk contoh KLIA
sistem parking... sistem "walkalator"... dan ntah apa2 lagi
semuanya BELI
takkanlah sistem yang macam tu pun nak kena beli ?
patutnya benda2 macam itu la yang nak kena develope... bukan BELI
 
kalau peralatan canggih yang contohnya macam sistem RADAR ke...
itu saya tak kisahlah kalau nak beli
sebab benda2 macam tu memang kita belum mampu nak kembangkan
tapi sistem yang simple tu... aleee... pun mau beli ka ?
 
berbalik kepada R&D di malaysia
saya rasa macam2 lagi benda yang boleh di R&D kat mesia tu
cth : getah, kelapa sawit dsb
untuk menjadi negara maju, tak semestinya kita perlu meniru negara barat dalam ertikata "maju"
kita boleh jadikan negara kita negara yang berasaskan pertanian, tapi maju
 
contoh : saya pernah lihat di TV malaysia, satu dokumentari (tak ingat apa... majalah 3 kot)
dia tunjuk pasal seorang chinese, ada ladang untuk ternak ayam telur
tapi.. bukan yang chokia punya
dia punya ladang ayam telur tu semua guna komputer
dari nak kasi ayam makan, sampai la kepada packaging telur ayam tu tadi
siap "reban" ayam yang sebesar gudang tu ada "air-cond", untuk menaikkan lagi produktiviti ayam untuk bertelur
cuma..... teknologi tu.... macam biasa... di BELI
kalu tak salah dari jerman kot
isk...
takkan le orang mesia ni bebal2 belaka
takkan la takde orang kat mesia ni takleh pikir pasal benda2 tu
 
dari pengamatan saya.... orang kat mesia ni... (lebih2 lagi orang2 yang sedang memerintah)
depa nak semua benda cepat dan cepat
nak teknologi baru.... BELI
pastu pulak.... bila dah beli benda tu... maintainance dia .... pun kena IMPORT
cth : Siemens ... depa jual alat kat kilang2 kat mesia
tapi kalu rosak... ada ke depa nak kasik engineer mesia pi tengok dan repair ?
no way ... man
kalau camni... sampai bila2 la duit ringgit kita yang tak seberapa tu asyik la mengalir keluar
satu sebab nak BELI teknologi
dua... sebab nak maintainance
 
okehlah
mintak maaf kalau penulisan saya ni menyinggung pihak2 tertentu
kalau ada sapa2 nak komen.. atau nak kontra apa yang saya cakap ni.. .silakanlah
 
selamat mengakhiri ramadhan dengan ibadah... insyaAllah
 
wassalam
-arhecbi-
-----Ursprüngliche Nachricht-----
Gesendet: Dienstag, 19. Dezember 2000 18:12
Betreff: Re: H-Net* Proton Waja tak cukup umur


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Walauapapun tanggapan kita terhadap kereta2 Proton, kita sepatutnya selalu
ingat bahwa Proton merupakan lambang kebolehan jurutera2 Melayu membangun
dan membina kemahiran membuat kereta. Bayangkan. Anak2 Melayu telah pandai
menyelidik dan membina kereta. Anak2 Melayu sudah berupaya menguasai
teknoloji membuat kereta yang sebelum ini hanya dipunyainoleh mat salleh dan
Jepun. Bayangkan. Inilah lambang kehebatan anak2 Melayu. Ini kerana majoriti
jurutera2 Proton ialah orang Melayu (kaki repomasi pun ramai gamaknya tu?)
Dan ini bermakna jika Proton berupaya mengeluarkan kereta sendiri spt Waja,
itulah lambang kejayaan jurutera2 Melayu.

Soal Mahathir nak tumpang semangkuk itu soal berasingan. Saya berpendapat,
kita janganlah menyalahkan Proton sebab Mahathir telah memperalatkan
pelancaran Waja untuk menaikkan namanya. Itu salah Mahathir, bukan salah
Proton. Mahathir telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memaksa Proton
melancarkan Waja lebih awal untuk menaikkan namanya di Perhimpunan Agung
UMNO dahulu. Apa yang Proton boleh buat? Membantah? Alamat kena penampar
Mahathirlah.

Berbalik kepada soal Proton sebagai lambang kejayaan jurutera2 Melayu- saya
rasa orang2 Melayu patutlah berbangga, bukannya mengutuk Proton. Mari kita
lihat senario dalam industri2 lain. Contoh terdekat ialah saya yang berkerja
dalam industri eletronik. Saya perhatikan, memang sedikit sekali jurutera
Melayu dalam sesebuah organisasi eletronik. Jika dilihat nisbah keseluruhan,
mungkin tak sampai 10%. Kalau dalam bahagian R&D lagilah daif. Seperti di
organisasi saya berkerja, dalam R&D hanya ada seorang engineer Melayu
daripada sejumlah 30 orang jurutera2 R&D.

Jadi, bersyukurlah hendaknya bila kita melihat ramainya jurutera2 melayu
yang terlibat dalam pembinaan Waja itu. Alhamdulillah.

Wassalam.


>From: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Proton Waja tak cukup umur
>Date: Tue, 19 Dec 2000 00:04:53
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>
>Saya dalam proses nak jual kereta buruk saya dan sedang mencari kenderaan
>alternatif sebagai ganti. Antara kereta baru yang sedang dipertimbangkan
>adalah Proton Waja, selain daripada Kancil yang jauh lebih murah.
>
>Kelmarin saya diberitahu mengenai kualiti kereta Waja. Seorang kawan yang
>bekerja sebagai jurutera Proton telah menasihatkan supaya elak daripada
>membeli Proton Waja. Katanya, Proton Wira lebih baik.
>
>Mengikut katanya, Proton Waja telah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa
>kerana hendak melancarkannya mengikut tarikh sasaran PM. Oleh itu, Proton
>Waja terpaksa disiapkan dalam keadaan gopoh dengan mengorbankan
>kesempurnaan
>mutunya.
>
>Jadi, sesiapa yang berangan-angan hendak memiliki kereta sensasi Proton
>Waja, maka kenalah fikir dua kali. Mungkin lebih baik untuk mendapatkan
>Proton Wira 1.6 atau 1.8 sahaja sebagai alternatif.
>
>Beberapa minggu lepas saya berpeluang untuk menjengguk kereta Proton Waja
>yang dipamerkan di perkarangan Makro Shah Alam. Melihat kepada kemasan
>dalamannya, ia menghampakan harapan saya dan telah menyebabkan saya hilang
>minat kepada kereta tersebut. Dari rasa bangga dan minat yang tinggi saya
>kepada kereta Proton Waja sebelum ini, terus jadi hilang minat terhadapnya.
>Apatah lagi apabila melihat harganya, saya rasa tidak berbaloi dengan
>mutunya.
>
>Nampaknya saya akan cari kereta lain sebagai ganti. Kemungkinan sahaja
>kereta Kancil. Atau kalau nak yang lebih power sikit, kereta Wira. Taklah
>rasa terbazir duit sangat kerana membeli kereta mutu rendah.
>
>Terfikir saya dalam penuh harapan, bila laa boleh kita merasai kereta
>nasional yang bermutu setaraf dengan kereta lain? Asyik kena tipu saja.
>
>Sekian.
>
>
>
>
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke