*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang saya memberitahu pihak BSN. Jawapan mereka ... KAMI
TIDAK BOLEH BERBUAT APA-APA, MUNGKIN ENCIK TERSILAP. MENGIKUT
REKOD KAMI, WANG ENCIK TELAH DIKELUARKAN. Lagipun, perkara itu
berlaku beberapa tahun dahulu ketika belum heboh keluar akhbar
pada tahun 1999 dan 2000. Apabila ramai sudah komplen, barulah
pihak BSN bertindak. Ramai dari kalangan kawan-kawan saya sudah
tutup akaun dengan BSN, termasuk bos pejabat saya sendiri.
Satu masa dahulu, wang saya hilang dari BSN sebanyak RM800, maka
saya laporkan kepada pihak BSN. Kebetulan itu adalah wang gaji
saya sebulan, maka seluruh pejabat bising, termasuk bos saya
akan laporkan kepada pihak atasan. Kemudian BSN memberi saya
wang cash sebanyak RM800 sebagai jaminan pihak BSN sedang meyiasat
kes itu. Sebulan kemudian, memang BSN memjawab itu adalah
kesilapan teknikal.

Biasanya setiap kali kita keluarkan wang dari giro BSN, terdapat
slip menyatakan baki wang. Dahulu, penyimpan BSN tak ambil kisah
tentang slip itu kerana TIDAK PERNAH berlaku kes-kes kehilangan
wang secara ketara. Ada seorang kawan saya yang menjual mee-sup
menceritakan bagaimana wang simpanannya hilang RM50 beberapa kali. 
Itu ketika dulu juga, apabila dilaporkan kepada BSN, mereka menjawab 
...MUNGKIN KAMU TERSILAP.

Sebagai langkah keselamatan, mungkin saya akan tutup akaun dengan
BSN tidak lama lagi. Saya masih menerima wang gaji melalui Giro
BSN kerana setiap bulan gaji dimasukkan sehari lebih awal. Biasanya
saya keluarkan semua wang gaji saya dan masukkan ke dalam akaun
bank lain baki yang menjadi simpanan bulanan saya.


==============================
killer fish wrote:
> 
> > Dahulu sudah 2 kali wang simpanan saya dengan BSN >
> lesap. Jumlahnya ialah 2 X RM50 = RM100.
> 
> Kenapa saudara AHC tidak menghubungi pihak BSN?.
> 
> Wallahu a'lam.
> 
> Bang killer.
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
> http://photos.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke