*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang saya tidak tahu bagaimana wang saya boleh hilang dari 
masa ke masa. Apa yang saya mahu buat ialah menutup akaun
Giro/BSN. Contohnya, pada suatu ketika dahulu wang baki saya 
mengikut slip penyata ATM ialah RM250 pada petang ini. Saya akan
mengeluarkan wang RM200 untuk membeli sesuatu benda pada
keesokan harinya, dan pada besok paginya apabila saya pergi ke
mesin ATM, wang saya tidak boleh dikeluarkan kerana amaun
RM200 yang saya minta itu tidak boleh diuruskan...KERANA
bakinya tinggal RM200 sahaja. Soalannya ...siapa yang telah
keluarkan wang saya RM50? Sedangkan hanya saya seorang sahaja
yang tahu nombor pin kad Giro saya, bahkan anak-anak saya masih 
kecil yang masih tidak tahu menggunakan kad Giro.

Apabila ia berlaku kali ke-2 wang RM50 hilang dari akaun BSN,
tambahan pula ada orang lain melaporkan perkara yang sama,
sudah cukup bagi saya merasa bimbang tentang keselamatan
wang simpanan saya. Walaupun di BSN tertulis, "Wang Simpanan
Anda Dijamin Oleh Kerajaan", tak payah berkempen, ada banyak
bank lain yang lebih selamat. Kalau nak kira kemudahan mendapat
banyak cawangan BSN, memang BSNlah yang paling mudah untuk
mengeluarkan wang serata Malaysia. Sekarang ini saya memilih
Maybank dan Public.

Saya tidak menganjurkan supaya semua orang tutup akaun dengan 
BSN. Tetapi jika anda semua masih ada akaun dengan BSN, SILALAH
BERHATI-HATI. Hari ini anda tidak terkena, mungkin setahun lagi
anda akan terkena, ataupun mungkin dua atau tiga tahun lagi.

Goodbye ...BSN !!!

==========================

chief wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Salam
> 
> Mana boleh wang lesap macam itu sahaja ? Kalau pemegang akaun yang tak buat
> withdrawal, kemungkinan besar saudara mara pemegang akaun yang mempunyai
> access kepada akaun berkenaan. Atau pun berlaku kejadian jenayah di mana mana
> samada di ATM atau di pihak pegawai bank.
> 
> Di penghujung hari, semua bank akan membuat balancing, jika terlebih atau
> terkurang walau satu sen pun akan dapat dikesan. Jika slip atau voucher atau
> sebarang borang hilang/tidak lengkap pun akan dapat dikesan juga. Itu sebabnya
> cashier adalah orang terakhir balik kerana buat balancing kadang kadang sampai
> jam 10 malam dan kadang kadang terpaksa untuk pergi mengetuk pintu rumah
> customer kerana terkurang atau terlebih sewaktu transaction di buat di bank
> sewaktu di kaunter.
> 
> Adalah amat mustahil sekali wang boleh hilang tanpa sebarang paper trace dan
> jika pun berlaku computer error, ianya akan diperbetulkan pada hari yang sama
> atau keesokkan harinya. Salam hormat..Chief
> 
> ------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
> 
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
> ------------------------------------------------------------
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke