*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
boleh percaya ka ni....cam rekaan dalam filem bollywood jerrr...


kelana sepi wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Asslamualaikum,
> 
> Sebenarnya  saya tidak tahu bagaimana dan di mana untuk
> memulakan cerita ini. Saya cuak juga kalau-kalau tidak ada yang
> mahu mempercayainya. Tambahan, beberapa personaliti hizbi.net
> yang saya hubungi, tidak memberikan sebarang respon, mungkin
> mereka beranggapan cerita ini hanya goreng dan bohong
> semata-mata.  Malah, saya sendiri, jika tidak terjadi ke atas
> batang hidung saya, sukar untuk mepercayainya.
> 
> Peristiwa ini sebenarnya amat menekan hidup saya walaupun pada
> hakikatnya, ianya bukanlah masalah diri saya.  Tetapi
> memandangkan hanya saya yang mengetahuinya, maka saya merasakan
> adalah menjadi tanggung-jawab saya untuk menyelesaikannya.
> 
> Oklah.Gini ceritanya. Saya kenal dengan sorang budak pompuan
> yg buat practical kat opis saya. Berusia 22 tahun, telah
> berkahwin setahun dulu, masih belum ada anak dan masih
> menuntut di salah sebuah IPTA.  Suaminya juga masih menuntut
> dan sebaya dengannya.
> 
> Saya panggil wanita ini Puan Z sahaja. Selepas habis practikal,
> saya terpaksa menghubngi Z kerana ingin bertanyakan di mana
> dia letak/simpan satu fail yg pernah digunakannya dulu. Oleh
> kerana kami tidak pernah berhubung melalui telefon, dia
> tidak cam suara saya. Pada mulanya saya sengaja nak dajalkan
> dia, menyamar sebagai org lain tapi terus  terlupa nak tanya
> mana fail itu.  Dia melayan saya walaupun tidak tahu siapa
> sebenarnya saya.
> 
> Dipendekkan cerita, seminggu lamanya saya atau dia menghubungi
> antara satu sama lain.  Tujuan saya hanya nak dajalkan dia
> saja, tidak ada tujuan lain,  sebab saya sedar, dia isteri
> orang.
> 
> Kami hanya berborak hal-hal biasa dan dia, sekali-sekala
> tersasul menceritakan hal rumah tangganya yang menurutnya,
> tidak pernah mengecapi kebahagiaan.  Tambah-tambah tinggal
> dengan ipar-duai dan mertua yang berkedudukan agak tinggi
> sedangkan Z, hanya anak kampung.
> 
> Minggu kedua, Z mahu pulang ke kampungnya di K bersendirian.
> Saya mengacahnya dgn mempelawa balik bersama dan berbohong
> kononnya, saya kebetulan mahu ke K atas tugas rasmi.  Dia
> menolak atas alasan, suaminya akan menghantar beliau ke
> perhentian bas nanti.
> 
> Kemdian, saya mencadangkan agar dia menunggu saya di bandar
> K saja nanti (sebenarnya, saya acah saja dan tidak ke sana. Cuma
> ingin melihat rekasinya) Dia bersetuju.  Sesampai di bandar K,
> dia menghubungi saya dan terpaksalah saya berbohong kata
> saya on the way.
> 
> Kerana senja hampir berlabuh, dia tidak mahu menunggu saya
> dan janji untuk berjumpa saya keesokkan harinya saja.  Saya
> buat-buat setuju dan mengatakan akana menginap di Hotel S malam
> itu.
> 
> Keesokan harinya, dia muncul di hotel S mencari saya dan
> alangkah terkejutnya dia bila nombor bilik yang saya cakap,
> adalah bilik lelaki Cina.  Saya berbohong lagi dan mengatakan
> terpaksa check-out subuh-subuh lagi kerana terpaksa balik
> kampung (yg kononnya tidak jauh drp kg nya) sebab anak sedara
> eksiden.
> 
> Keesokan harinya, dia masih mahu menemui saya dan saya tiada
> pilihan. Terpaksa berbohong lagi.  Kali ini saya katakan, terpaksa
> pulang ke pejabat atas arahan jabatan.
> 
> Malamnya, dia menghubungi saya dan dari nada suara dan cerita-
> ceritanya, saya yakin dia telah tahu siapa saya yang sebenarnya.
> 
> Dipendekkan cerita, saya hanya mempu untuk memohon maaf
> atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini.  Dia enggan
> memaafkan saya.  Kalau nak minta maaf, face to face, katanya.
> 
> Seminggu dia di kampung, Z mahu pulang ke sini dan saya kata
> boleh lah saya tunggu dia di perhentian bas.  Dia kata, nanti dulu
> sebab dia bercadang nak pergi dan tidur di rumah rakannya di P.
> Kalau mcm tu, esoknya sajalah saya ambil dia di P, kata saya.
> 
> Dia sampai di sini dari kg kira-kira jam 2. Dan dia memberitahu
> sudah berada di rumah kawannya di P.  Kira-kira pukul 6 ptg,
> saya menghubunginya mengajak  menonton saya bermain hoki.
> Dia menolak dan berjanji akan cuba keluar malamnya nanti.
> 
> Selepas habis main hoki, dia menghubungi saya dan berkata sedang
> berada di perhentian bas RP.  Saya suruh dia tunggu sampai saya
> datang dan saya kata, saya busuk sebab tak sempat mandi tadi.
> 
> Akhirnya dia mengaku sebenarnya sedang berada di sebuah hotel.
> Kalau mcm tu, saya kata boleh le tumpang mandi.  Dia memberikan
> nombor bilik dan menyuruh saya menghubunginya dulu sebelum sampai.
> Jangan datang macam tu saja!.
> 
> Saya agak lambat sampai kerana hotel ni agak terpencil.  Macam mana
> dia boleh check-in hotel ni pun saya kurang pasti.  Sampai di hotel,
> dia bersalam dan mencium tangan saya.  Saya menyuruhnya tunggu di
> lobi hotel sementara saya mandi.  Sebelum keluar, dia membentangkan
> sejadah untuk saya mengerjakan solat Isyak.
> 
> Selepas mandi, kami keluar makan dan banyaklah cerita-cerita
> sedih tentang hal rumah-tanggannya yang saya dengar. Saya
> bersimpati.  Lebih kurang jam 1 pagi saya menghantar pulang ke
> hotel dan saya balik ke rumah saya.
> 
> Keesokannya, sedang saya termenung, terfikir pula bagaimana
> dia boleh menginap di hotel yang agak jauh ini.  Saya menghunginya
> dan dia kata, kawan kepada kawannya (Cina) yg tolong check-inkan.
> 
> Hati saya mula tak sedap bila teringat, dia pernah memberitahu
> saya dulu bahawa ada seorang lelaki Cina yang syok kat dia.
> 
> Saya menghubungi pihak hotel untuk bertanya nama sebenar
> Cina tu, kononnya Cina tu teman sebilik saya malam tadi yg
> telah tertinggal kamera dan saya tiada alamatnya.
> 
> Kerana percaya dgn kata-kata itu, saya berjaya memperolehi
> maklumat peribadi Cina tu (walaupun sebenarnya pihak hotel
> tidak boleh mendedahkan identiti tetamunya kepada mereka yg
> tidak berkenaan).
> 
> Saya terkejut apabila dimaklumkan nama Cina tu.  Ianya
> seorang lelaki.  Inikah lelaki yg syok kat dia dulu, soal
> hati saya.
> 
> Saya segera menghungi z meminta penjelasan.  Dia mula mengelabah
> dan memberikan jawapan yang tidak masuk akal.  Dia mengaku,
> Cina tu memang lelaki tapi hanya tolong check-in dan angkat begnya
> masuk bilik saja.
> 
> Jawapan itu menyakinkan saya sesuatu telah terjadi.  Saya
> menyoalnya bertubi-tubi.  Tanpa menggari tangan, menutup mata atau
> membelasah matanya sampai lebam, sedikit demi sedikit rahsianya terbongkar.
> Saya cuma turning-over dia sikit saja.
> 
> Mulanya saya kata, saya ada bukti lelaki Cina tu hanya keluar
> drp biliknya sejurus sebelum saya sampai.  Dia kata, memang
> Cina tu ada disekitar hotel tetapi bukan di biliknya.  Jawapan
> ini telah cukup membuktikan dia berbohong dan banyak berdolak dalih.
> 
> Saya mula teringat, patutla masa saya tumpang mandi mlm tu, saya
> terjumpa rambut pendek sedangkan Z rambut cecah bahu.  Tower yang
> saya pakai bersidai dan tidak berlipat jika belum digunakan.  Tilam
> atau cadar macam dah digunakan.  Tetapi masa tu, saya langsung
> tidak syak apa-apa.
> 
> Kerana yakin sesuatu telah berlaku, saya kata, masa saya mandi hari
> tu, saya terjumpa cebisan cecair seperti air mani di tilammnya.  Z
> menafikannya dan katanya mungkin 'hak' org lain sebelum dia
> menginap di situ.
> 
> Jawapan ini langsung tidak masuk akai. Untuk menyuruhnya mengaku,
> saya mula turning-over dia dan kata, saya baru balik drp hospital
> TM dan kebetulan berjumpa rakan yg sedang meneliti rekod perubatan
> Cina tadi yg disyaki HIV positiv.
> 
> Z mula menangis.  Saya acah dan ajak dia pergi ke klinik buat
> injection.  Dia cuma menangis. Selepas talian terputus, Z
> menghubungi saya balik dan mengatakan dia telah menghubungi Cina tu
> dan katanya, memang Cina tu ada rekod perubatan di hospital TM,
> tapi bukan kes HIV, cuma gastrik. Saya kata mana Cina tu nak ngaku.
> Mengena lagi jerat saya.
> 
> Saya sendiri tak tau mengapa saya terus mengajukan soalan-soalan
> yg mana jawapannya amat menyakitkan hati saya. Antaranya bila saya
> tanya berapa kali dia buat kerja terkutuk tu, dia kata tak ingatlah,
> tak sedarlah. Tapi bila saya kata, kononya saya jumpa 5 kondom
> dalam tandas, dia kata yg dia jumpa hanya 4.
> 
> Z juga mengaku melakukan perlakuan sex luar tabiee setelah
> saya turning-over dia.  Apabila diajukan pertanyaan, apakah dia
> pernah bezina dgn org lain sebelum ini, dia menafikannya.  Tetapi
> saya tanya mengapa dalam 'video' tu dia mengaku kepada Cina tu?
> 
> Selepas kejadian itu, saya basuh dia cukup-cukup. Tapi
> kerana dia benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan
> saya, tak sampai hatilah nak basuh dia cukup-cukup. Bila dia
> menangis, kesian pulak saya.
> 
> Saya cuba beri dia semangat dalam menangani masalahnya. Kata
> saya, yang sudah, sudahle, biarkan dia berlalu. Jangan
> ulangi lagi. Insaf, sedar dan bertaubatlah. Allah akan
> mengampuni dosa kita.
> 
> Dia bertanya bagaimana saya boleh tahu kesemuanya dari A sampai
> Z tentang gerak lakunya. Saya bohongi dia, masa  balik selepas
> hantar dia malam tu, saya terjumpa pak guard yg kebetulan kawan
> lama saya. Pak guard tu terkejut bila saya kata, kononnya saya
> menginap di bilik sekian-sekian.  Kononnya, pak guard kata bilik
> tu bilik Cina. Pihak hotel dah cekup Cina tu masa kami keluar makan
> malam tu  bila cina tu masuk bilik tu kerana disyaki menceroboh.
> Cina tu ada kunci spare, kata saya.
> 
> Pihak hotel dah lama aim Cina tu kerana selalu bawak pompuan
> melayu kataku lagi. Tapi Cina tu dibebaskan kerana bilik tu didaftar
> namanya,  Tapi setelah diperiksa oleh pak guard, terdapat kamera yg dipasang
> dicelah langsir untuk merakamkan apa jua perbuatan penghuninya.  Tujuannya
> masuk semula kebilik itu ialah untuk
> mengambil semula video berkenaan.
> 
> Z mati-mati percaya temberang ini kerana menurutnya, patutlah Cina
> tu cuba menghalang dia drp tidur di hotel berkenaan selepas peristiwa
> itu bagi memudahkan Cina tu masuk semula ke bilik berkenaan untuk
> 'mengambil' semula video yg tersorok.
> 
> Saya tanya bila kenal dgn cina tu. Dia kata kenal hanya dalam
> laman sembang internet saja dan itu pertama kali berjumpa.
> Mereka mengatur rancangan untuk berjumpa dan melakukan perbuatan
> terkutuk itu ketika Z di kampung lagi.  Z sendiri mengakui
> memang dia berjanji untuk tidur dengan Cina tu.
> 
> Dipendekkan cerita, Z mengakui semua ini dilakukannya kerana
> setahun dia berkahwin, dia tidak pernah mengecapi kepuasan
> dalam hubungan suami-isteri.  Malah, selepas bersama suami,
> dia menangis kerana 'ditinggalkan' dan tidak dipedulikan.
> 
> Dia bersumpah, hanya di malam pertama dia merasai kepuasan hidup bersuami
> isteri.
> 
> Kini setelah saya ceritakan mengenai detik-detik kecurangan
> beliau, maka eloklah saya pendekkan saja cerita ini. Mungkin
> dia terpaksa mengaku apabila saya mengatakan, lelaki cina tu
> sebenarnya seorang pembawa HIV dan bapak ayam yang telah banyak
> memperdayakan gadis-gadis untuk dijadikan pelacur.  Dia agak
> terkejut bila saya katakan, dirinya juga akan dijadikan pelacur seandainya
> pihak hotel tidak memberkas Cina tu dulu.
> 
> Juga saya bohongi dia, Cina itu adalah seorang pengedar VCD
> lucah yang merakamkan perlakuan kegiatan tidak bermoral dengan
> mangsa-mangsa yang pernah diperangkapnya, termasuklah dirinya
> sendiri.
> 
> Seterusnya saya amat terkejut bila dia meminta pandangan
> dan nasihat saya mengenai suatu ugutan ataupun peringatan
> yang pernah dilafazkan oleh suaminya masa baru-baru kawin dulu.  Suaminya
> memberiamaran, sekiranya dia berlaku curang, yakni 'buat' dengan orang lain,
> maka jatuhlah talak.
> 
> Kerana terlalu marah, saya jawab, tak susah....
> Talak telah jatuh. Dan hubungan mereka seminggu dua
> ni tidak sah dan mereka dianggap berzina.
> 
> Walaupun saya bukanlah pakar sangat dalam bab-bah agama ni,
> tapi tentang hukum halal haram tu tau jugak.  Saya minta
> dia berterus terang saja pada suaminya. Ini soal keturunan,
> kata saya. Jika didiamkan, sampai bila-bila mereka berzina
> 
> Dia tak sanggup nak memberitahu suaminya. Takut diceraikan.
> Ishhh saya kata, memang dah diceraikan. takut apa lagi?
> Tapi tak apa, kata saya. Kalau suaminya tetap sayangkannya,
> dia misti rujuk balik nanti.  Tapi kalau sebaliknya, bersedia
> lah menghadapi risiko atas kecurangan itu. Itu balasan dunia,
> sana nanti lagi dahsat. Biarlah terus diceraikan daripada
> hidup dalam keadaan talak telah jatuh tetapi masih tinggal
> bersama, kata saya.
> 
> Dipendekkan cerita, dia hanya berani memberitahu suaminya
> (mungkin pada hari raya dulu)yang talak telah jatuh
> dan minta rujuk semula kerana dia telah curang, yakni
> jatuh cinta dengan lelaki lain tanpa mahu memberitahu
> dia telah berzina.  Saya sendiri tidak pasti, apakah beliau
> boleh menyembunyikan peristiwa itu?
> 
> Sekiranya suaminya mahu rujuk kembali kerana isterinya
> hanya jatuh cinta sahaja, sah ke rujuk itu?
> Sedangkan jika suaminya tau isterinya berzina,
> mungkin dia akan diceraikan terus.
> 
> Ok, katakanlah mereka nak rujuk. Perlu ke  bawa pengesahan
> lafaz talak itu ke mahkamah Syariah seperti yg selalu kita baca
> dalam akhbar.  Kalau tidak perlu, apa perkataan (lafaz) atau
> tindakan yang perlu mereka lakukan untuk rujuk kembali?
> 
> Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah wanita malang ini
> yang  saya tahu, secara tidak langsung daripada mulutnya
> sendiri.  Tapi tak baiklah nak cerita banyak-banyak bulan
> syawal ni. Cuma, bila saya tanya, nak beritau suami nanti,
> jatuh cinta dengan siapa pulak? Dia kata ada sorang cina
> kat sini jugak (bukan cina yg balon dia tu) yg suka kat dia.
> Selalu juga jumpa dan keluar makan semasa praktikal kat
> opis saya dulu.
> 
> Satu hal lagi, saya pernah menasihatinya (selepas kejadian
> hitam itu) supaya tidak melayari laman sembang dalam internet
> lagi. Kerana, itulah punca beliau terjerumus ke dalam lembah
> yg hina ini.  Sepatutnya, dia harus membenci laman
> sembang itu.  Dia berjanji, akan menuruti nasihat saya.
> 
> Tapi, nak tau apa? Tiga hari jer. Lepas tu dia buat balik.
> Walaupun mula tak ngaku, tapi dengan turning over saya, dia
> mengalah.
> 
> Oleh kerana Z mungkin dah bosan dengan leteran dan khutbah saya,
> dia meminta saya tidak menghubunginya lagi dengan alasan
> dia mahu membina hidup baru, taat kepada suami dan mahu
> melupakan sejarah hitam itu.  Saya akur dan menghormati
> keputusannya itu.
> 
> Untuk membuktikan sama ada dia benar-benar telah insaf, saya
> telah memberikan nombor telefon Z kepada seorang rakan India
> saya.  Saya suruh siasat latar belakang Z.  Tapi yang sedihnya,
> habis semuanya rakan saya siasat termasuk di mana tahi lalat Z.
> 
> Menurut Tambi ni, Z adalah manusia luar biasa yang belum
> pernah ditemui.  Dia menggunakan sepenuh pengalamannya,
> tetapi tewas ditangan Z dan Z tidak puas bersamnya.
> 
> Akhir sekali, saya memohon maaf atas apa yang saya ceritakan ini.
> Tapi percayalah, tujuan saya hanyalah untuk meminta nasihat dan
> pandangan kerana Z masih tidak mahu berterus terang kepada
> suaminya.  Dia juga masih tidak mahu berubah dan pernah
> berkata, kalau suaminya sendiri gagal untuk mengubah
> serta membimbingnya ke arah kebaikan, inikan pula saya.
> 
> Tolonglah Puan Z. Kasihan suaminya.
> 
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to