*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum... dan selamat hari raya (kalau tak terlambat la...)

Hai Kelana sepi... macam tak caya jer citer nie... tapi aper pun..kengkawan
(specially badarkhan & Hawa..) mungkin betul gak kot citer nie... tak per la...
kawan kita nie cuma nak minta pendapat atau pertolongan kalau ader yang bleh
membantu... betul tak betul citer tu..dia sorang jer yang tau... kita nak
tuduh2 pun tak leh gak kan..kalau dia nak menipu kita atau mengenakan kita ..
terpulang la pada dia.. sebab yang dapat dosa dia.. kita tak rugi aper..
rasernyer kalau kita tolong (walaupun tak perlu... ader juga tak banyak skit
pahala kita kan..?). Anyway.. Kelana sepi... rasernyer (kalau citer nie betul)..
aderla lebih baik saudara gi bertanyakan kepada pejabat agama tentang hal nie..
sebab mereka lebih arif... yer la.. kita nie masih kekurangan..takut nanti lain
plak jadinyer... itu jer la pandangan saya....



Badar Khan  (1/5/01  9:01 AM):
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Assalamulaikum,
>
>
>Kelana sepi,
>teramatlah rumit dan berbelit jalan cerita yang kamu bentangkan ni.
>Nampaknya kamu lebih pandai dari kami semua dalam melakunkan cerita ini.
>Bijak betul bijak. Tak yah lah buang masa lagi....
>
>Saya cadangkan kamu bukukan cerita ni dan cari saorang penerbit, lepas tu
>jualkan. Ataupun jumpa Aziz M Osman dan filemkan. Lagi berbaloi daripada
>mencari jalan penyelesaian. dapat royalti ,  amacam ....
>
>===============================================
>
>
>
>
>>From: "kelana sepi" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Kisah Benar: Tolong Beri Nasihat!
>>Date: Thu, 04 Jan 2001 08:09:43 -0000
>>
>>
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Asslamualaikum,
>>
>>Sebenarnya  saya tidak tahu bagaimana dan di mana untuk
>>memulakan cerita ini. Saya cuak juga kalau-kalau tidak ada yang
>>mahu mempercayainya. Tambahan, beberapa personaliti hizbi.net
>>yang saya hubungi, tidak memberikan sebarang respon, mungkin
>>mereka beranggapan cerita ini hanya goreng dan bohong
>>semata-mata.  Malah, saya sendiri, jika tidak terjadi ke atas
>>batang hidung saya, sukar untuk mepercayainya.
>>
>>Peristiwa ini sebenarnya amat menekan hidup saya walaupun pada
>>hakikatnya, ianya bukanlah masalah diri saya.  Tetapi
>>memandangkan hanya saya yang mengetahuinya, maka saya merasakan
>>adalah menjadi tanggung-jawab saya untuk menyelesaikannya.
>>
>>Oklah.Gini ceritanya. Saya kenal dengan sorang budak pompuan
>>yg buat practical kat opis saya. Berusia 22 tahun, telah
>>berkahwin setahun dulu, masih belum ada anak dan masih
>>menuntut di salah sebuah IPTA.  Suaminya juga masih menuntut
>>dan sebaya dengannya.
>>
>>Saya panggil wanita ini Puan Z sahaja. Selepas habis practikal,
>>saya terpaksa menghubngi Z kerana ingin bertanyakan di mana
>>dia letak/simpan satu fail yg pernah digunakannya dulu. Oleh
>>kerana kami tidak pernah berhubung melalui telefon, dia
>>tidak cam suara saya. Pada mulanya saya sengaja nak dajalkan
>>dia, menyamar sebagai org lain tapi terus  terlupa nak tanya
>>mana fail itu.  Dia melayan saya walaupun tidak tahu siapa
>>sebenarnya saya.
>>
>>Dipendekkan cerita, seminggu lamanya saya atau dia menghubungi
>>antara satu sama lain.  Tujuan saya hanya nak dajalkan dia
>>saja, tidak ada tujuan lain,  sebab saya sedar, dia isteri
>>orang.
>>
>>Kami hanya berborak hal-hal biasa dan dia, sekali-sekala
>>tersasul menceritakan hal rumah tangganya yang menurutnya,
>>tidak pernah mengecapi kebahagiaan.  Tambah-tambah tinggal
>>dengan ipar-duai dan mertua yang berkedudukan agak tinggi
>>sedangkan Z, hanya anak kampung.
>>
>>Minggu kedua, Z mahu pulang ke kampungnya di K bersendirian.
>>Saya mengacahnya dgn mempelawa balik bersama dan berbohong
>>kononnya, saya kebetulan mahu ke K atas tugas rasmi.  Dia
>>menolak atas alasan, suaminya akan menghantar beliau ke
>>perhentian bas nanti.
>>
>>Kemdian, saya mencadangkan agar dia menunggu saya di bandar
>>K saja nanti (sebenarnya, saya acah saja dan tidak ke sana. Cuma
>>ingin melihat rekasinya) Dia bersetuju.  Sesampai di bandar K,
>>dia menghubungi saya dan terpaksalah saya berbohong kata
>>saya on the way.
>>
>>Kerana senja hampir berlabuh, dia tidak mahu menunggu saya
>>dan janji untuk berjumpa saya keesokkan harinya saja.  Saya
>>buat-buat setuju dan mengatakan akana menginap di Hotel S malam
>>itu.
>>
>>Keesokan harinya, dia muncul di hotel S mencari saya dan
>>alangkah terkejutnya dia bila nombor bilik yang saya cakap,
>>adalah bilik lelaki Cina.  Saya berbohong lagi dan mengatakan
>>terpaksa check-out subuh-subuh lagi kerana terpaksa balik
>>kampung (yg kononnya tidak jauh drp kg nya) sebab anak sedara
>>eksiden.
>>
>>Keesokan harinya, dia masih mahu menemui saya dan saya tiada
>>pilihan. Terpaksa berbohong lagi.  Kali ini saya katakan, terpaksa
>>pulang ke pejabat atas arahan jabatan.
>>
>>Malamnya, dia menghubungi saya dan dari nada suara dan cerita-
>>ceritanya, saya yakin dia telah tahu siapa saya yang sebenarnya.
>>
>>Dipendekkan cerita, saya hanya mempu untuk memohon maaf
>>atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini.  Dia enggan
>>memaafkan saya.  Kalau nak minta maaf, face to face, katanya.
>>
>>Seminggu dia di kampung, Z mahu pulang ke sini dan saya kata
>>boleh lah saya tunggu dia di perhentian bas.  Dia kata, nanti dulu
>>sebab dia bercadang nak pergi dan tidur di rumah rakannya di P.
>>Kalau mcm tu, esoknya sajalah saya ambil dia di P, kata saya.
>>
>>Dia sampai di sini dari kg kira-kira jam 2. Dan dia memberitahu
>>sudah berada di rumah kawannya di P.  Kira-kira pukul 6 ptg,
>>saya menghubunginya mengajak  menonton saya bermain hoki.
>>Dia menolak dan berjanji akan cuba keluar malamnya nanti.
>>
>>Selepas habis main hoki, dia menghubungi saya dan berkata sedang
>>berada di perhentian bas RP.  Saya suruh dia tunggu sampai saya
>>datang dan saya kata, saya busuk sebab tak sempat mandi tadi.
>>
>>Akhirnya dia mengaku sebenarnya sedang berada di sebuah hotel.
>>Kalau mcm tu, saya kata boleh le tumpang mandi.  Dia memberikan
>>nombor bilik dan menyuruh saya menghubunginya dulu sebelum sampai.
>>Jangan datang macam tu saja!.
>>
>>Saya agak lambat sampai kerana hotel ni agak terpencil.  Macam mana
>>dia boleh check-in hotel ni pun saya kurang pasti.  Sampai di hotel,
>>dia bersalam dan mencium tangan saya.  Saya menyuruhnya tunggu di
>>lobi hotel sementara saya mandi.  Sebelum keluar, dia membentangkan
>>sejadah untuk saya mengerjakan solat Isyak.
>>
>>Selepas mandi, kami keluar makan dan banyaklah cerita-cerita
>>sedih tentang hal rumah-tanggannya yang saya dengar. Saya
>>bersimpati.  Lebih kurang jam 1 pagi saya menghantar pulang ke
>>hotel dan saya balik ke rumah saya.
>>
>>Keesokannya, sedang saya termenung, terfikir pula bagaimana
>>dia boleh menginap di hotel yang agak jauh ini.  Saya menghunginya
>>dan dia kata, kawan kepada kawannya (Cina) yg tolong check-inkan.
>>
>>Hati saya mula tak sedap bila teringat, dia pernah memberitahu
>>saya dulu bahawa ada seorang lelaki Cina yang syok kat dia.
>>
>>Saya menghubungi pihak hotel untuk bertanya nama sebenar
>>Cina tu, kononnya Cina tu teman sebilik saya malam tadi yg
>>telah tertinggal kamera dan saya tiada alamatnya.
>>
>>Kerana percaya dgn kata-kata itu, saya berjaya memperolehi
>>maklumat peribadi Cina tu (walaupun sebenarnya pihak hotel
>>tidak boleh mendedahkan identiti tetamunya kepada mereka yg
>>tidak berkenaan).
>>
>>Saya terkejut apabila dimaklumkan nama Cina tu.  Ianya
>>seorang lelaki.  Inikah lelaki yg syok kat dia dulu, soal
>>hati saya.
>>
>>Saya segera menghungi z meminta penjelasan.  Dia mula mengelabah
>>dan memberikan jawapan yang tidak masuk akal.  Dia mengaku,
>>Cina tu memang lelaki tapi hanya tolong check-in dan angkat begnya
>>masuk bilik saja.
>>
>>Jawapan itu menyakinkan saya sesuatu telah terjadi.  Saya
>>menyoalnya bertubi-tubi.  Tanpa menggari tangan, menutup mata atau
>>membelasah matanya sampai lebam, sedikit demi sedikit rahsianya terbongkar.
>>Saya cuma turning-over dia sikit saja.
>>
>>Mulanya saya kata, saya ada bukti lelaki Cina tu hanya keluar
>>drp biliknya sejurus sebelum saya sampai.  Dia kata, memang
>>Cina tu ada disekitar hotel tetapi bukan di biliknya.  Jawapan
>>ini telah cukup membuktikan dia berbohong dan banyak berdolak dalih.
>>
>>Saya mula teringat, patutla masa saya tumpang mandi mlm tu, saya
>>terjumpa rambut pendek sedangkan Z rambut cecah bahu.  Tower yang
>>saya pakai bersidai dan tidak berlipat jika belum digunakan.  Tilam
>>atau cadar macam dah digunakan.  Tetapi masa tu, saya langsung
>>tidak syak apa-apa.
>>
>>Kerana yakin sesuatu telah berlaku, saya kata, masa saya mandi hari
>>tu, saya terjumpa cebisan cecair seperti air mani di tilammnya.  Z
>>menafikannya dan katanya mungkin 'hak' org lain sebelum dia
>>menginap di situ.
>>
>>Jawapan ini langsung tidak masuk akai. Untuk menyuruhnya mengaku,
>>saya mula turning-over dia dan kata, saya baru balik drp hospital
>>TM dan kebetulan berjumpa rakan yg sedang meneliti rekod perubatan
>>Cina tadi yg disyaki HIV positiv.
>>
>>Z mula menangis.  Saya acah dan ajak dia pergi ke klinik buat
>>injection.  Dia cuma menangis. Selepas talian terputus, Z
>>menghubungi saya balik dan mengatakan dia telah menghubungi Cina tu
>>dan katanya, memang Cina tu ada rekod perubatan di hospital TM,
>>tapi bukan kes HIV, cuma gastrik. Saya kata mana Cina tu nak ngaku.
>>Mengena lagi jerat saya.
>>
>>Saya sendiri tak tau mengapa saya terus mengajukan soalan-soalan
>>yg mana jawapannya amat menyakitkan hati saya. Antaranya bila saya
>>tanya berapa kali dia buat kerja terkutuk tu, dia kata tak ingatlah,
>>tak sedarlah. Tapi bila saya kata, kononya saya jumpa 5 kondom
>>dalam tandas, dia kata yg dia jumpa hanya 4.
>>
>>Z juga mengaku melakukan perlakuan sex luar tabiee setelah
>>saya turning-over dia.  Apabila diajukan pertanyaan, apakah dia
>>pernah bezina dgn org lain sebelum ini, dia menafikannya.  Tetapi
>>saya tanya mengapa dalam 'video' tu dia mengaku kepada Cina tu?
>>
>>Selepas kejadian itu, saya basuh dia cukup-cukup. Tapi
>>kerana dia benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan
>>saya, tak sampai hatilah nak basuh dia cukup-cukup. Bila dia
>>menangis, kesian pulak saya.
>>
>>Saya cuba beri dia semangat dalam menangani masalahnya. Kata
>>saya, yang sudah, sudahle, biarkan dia berlalu. Jangan
>>ulangi lagi. Insaf, sedar dan bertaubatlah. Allah akan
>>mengampuni dosa kita.
>>
>>Dia bertanya bagaimana saya boleh tahu kesemuanya dari A sampai
>>Z tentang gerak lakunya. Saya bohongi dia, masa  balik selepas
>>hantar dia malam tu, saya terjumpa pak guard yg kebetulan kawan
>>lama saya. Pak guard tu terkejut bila saya kata, kononnya saya
>>menginap di bilik sekian-sekian.  Kononnya, pak guard kata bilik
>>tu bilik Cina. Pihak hotel dah cekup Cina tu masa kami keluar makan
>>malam tu  bila cina tu masuk bilik tu kerana disyaki menceroboh.
>>Cina tu ada kunci spare, kata saya.
>>
>>Pihak hotel dah lama aim Cina tu kerana selalu bawak pompuan
>>melayu kataku lagi. Tapi Cina tu dibebaskan kerana bilik tu didaftar
>>namanya,  Tapi setelah diperiksa oleh pak guard, terdapat kamera yg
>>dipasang
>>dicelah langsir untuk merakamkan apa jua perbuatan penghuninya.  Tujuannya
>>masuk semula kebilik itu ialah untuk
>>mengambil semula video berkenaan.
>>
>>Z mati-mati percaya temberang ini kerana menurutnya, patutlah Cina
>>tu cuba menghalang dia drp tidur di hotel berkenaan selepas peristiwa
>>itu bagi memudahkan Cina tu masuk semula ke bilik berkenaan untuk
>>'mengambil' semula video yg tersorok.
>>
>>Saya tanya bila kenal dgn cina tu. Dia kata kenal hanya dalam
>>laman sembang internet saja dan itu pertama kali berjumpa.
>>Mereka mengatur rancangan untuk berjumpa dan melakukan perbuatan
>>terkutuk itu ketika Z di kampung lagi.  Z sendiri mengakui
>>memang dia berjanji untuk tidur dengan Cina tu.
>>
>>Dipendekkan cerita, Z mengakui semua ini dilakukannya kerana
>>setahun dia berkahwin, dia tidak pernah mengecapi kepuasan
>>dalam hubungan suami-isteri.  Malah, selepas bersama suami,
>>dia menangis kerana 'ditinggalkan' dan tidak dipedulikan.
>>
>>Dia bersumpah, hanya di malam pertama dia merasai kepuasan hidup bersuami
>>isteri.
>>
>>Kini setelah saya ceritakan mengenai detik-detik kecurangan
>>beliau, maka eloklah saya pendekkan saja cerita ini. Mungkin
>>dia terpaksa mengaku apabila saya mengatakan, lelaki cina tu
>>sebenarnya seorang pembawa HIV dan bapak ayam yang telah banyak
>>memperdayakan gadis-gadis untuk dijadikan pelacur.  Dia agak
>>terkejut bila saya katakan, dirinya juga akan dijadikan pelacur seandainya
>>pihak hotel tidak memberkas Cina tu dulu.
>>
>>Juga saya bohongi dia, Cina itu adalah seorang pengedar VCD
>>lucah yang merakamkan perlakuan kegiatan tidak bermoral dengan
>>mangsa-mangsa yang pernah diperangkapnya, termasuklah dirinya
>>sendiri.
>>
>>Seterusnya saya amat terkejut bila dia meminta pandangan
>>dan nasihat saya mengenai suatu ugutan ataupun peringatan
>>yang pernah dilafazkan oleh suaminya masa baru-baru kawin dulu.  Suaminya
>>memberiamaran, sekiranya dia berlaku curang, yakni 'buat' dengan orang
>>lain,
>>maka jatuhlah talak.
>>
>>Kerana terlalu marah, saya jawab, tak susah....
>>Talak telah jatuh. Dan hubungan mereka seminggu dua
>>ni tidak sah dan mereka dianggap berzina.
>>
>>Walaupun saya bukanlah pakar sangat dalam bab-bah agama ni,
>>tapi tentang hukum halal haram tu tau jugak.  Saya minta
>>dia berterus terang saja pada suaminya. Ini soal keturunan,
>>kata saya. Jika didiamkan, sampai bila-bila mereka berzina
>>
>>Dia tak sanggup nak memberitahu suaminya. Takut diceraikan.
>>Ishhh saya kata, memang dah diceraikan. takut apa lagi?
>>Tapi tak apa, kata saya. Kalau suaminya tetap sayangkannya,
>>dia misti rujuk balik nanti.  Tapi kalau sebaliknya, bersedia
>>lah menghadapi risiko atas kecurangan itu. Itu balasan dunia,
>>sana nanti lagi dahsat. Biarlah terus diceraikan daripada
>>hidup dalam keadaan talak telah jatuh tetapi masih tinggal
>>bersama, kata saya.
>>
>>Dipendekkan cerita, dia hanya berani memberitahu suaminya
>>(mungkin pada hari raya dulu)yang talak telah jatuh
>>dan minta rujuk semula kerana dia telah curang, yakni
>>jatuh cinta dengan lelaki lain tanpa mahu memberitahu
>>dia telah berzina.  Saya sendiri tidak pasti, apakah beliau
>>boleh menyembunyikan peristiwa itu?
>>
>>Sekiranya suaminya mahu rujuk kembali kerana isterinya
>>hanya jatuh cinta sahaja, sah ke rujuk itu?
>>Sedangkan jika suaminya tau isterinya berzina,
>>mungkin dia akan diceraikan terus.
>>
>>Ok, katakanlah mereka nak rujuk. Perlu ke  bawa pengesahan
>>lafaz talak itu ke mahkamah Syariah seperti yg selalu kita baca
>>dalam akhbar.  Kalau tidak perlu, apa perkataan (lafaz) atau
>>tindakan yang perlu mereka lakukan untuk rujuk kembali?
>>
>>Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah wanita malang ini
>>yang  saya tahu, secara tidak langsung daripada mulutnya
>>sendiri.  Tapi tak baiklah nak cerita banyak-banyak bulan
>>syawal ni. Cuma, bila saya tanya, nak beritau suami nanti,
>>jatuh cinta dengan siapa pulak? Dia kata ada sorang cina
>>kat sini jugak (bukan cina yg balon dia tu) yg suka kat dia.
>>Selalu juga jumpa dan keluar makan semasa praktikal kat
>>opis saya dulu.
>>
>>Satu hal lagi, saya pernah menasihatinya (selepas kejadian
>>hitam itu) supaya tidak melayari laman sembang dalam internet
>>lagi. Kerana, itulah punca beliau terjerumus ke dalam lembah
>>yg hina ini.  Sepatutnya, dia harus membenci laman
>>sembang itu.  Dia berjanji, akan menuruti nasihat saya.
>>
>>Tapi, nak tau apa? Tiga hari jer. Lepas tu dia buat balik.
>>Walaupun mula tak ngaku, tapi dengan turning over saya, dia
>>mengalah.
>>
>>Oleh kerana Z mungkin dah bosan dengan leteran dan khutbah saya,
>>dia meminta saya tidak menghubunginya lagi dengan alasan
>>dia mahu membina hidup baru, taat kepada suami dan mahu
>>melupakan sejarah hitam itu.  Saya akur dan menghormati
>>keputusannya itu.
>>
>>Untuk membuktikan sama ada dia benar-benar telah insaf, saya
>>telah memberikan nombor telefon Z kepada seorang rakan India
>>saya.  Saya suruh siasat latar belakang Z.  Tapi yang sedihnya,
>>habis semuanya rakan saya siasat termasuk di mana tahi lalat Z.
>>
>>Menurut Tambi ni, Z adalah manusia luar biasa yang belum
>>pernah ditemui.  Dia menggunakan sepenuh pengalamannya,
>>tetapi tewas ditangan Z dan Z tidak puas bersamnya.
>>
>>Akhir sekali, saya memohon maaf atas apa yang saya ceritakan ini.
>>Tapi percayalah, tujuan saya hanyalah untuk meminta nasihat dan
>>pandangan kerana Z masih tidak mahu berterus terang kepada
>>suaminya.  Dia juga masih tidak mahu berubah dan pernah
>>berkata, kalau suaminya sendiri gagal untuk mengubah
>>serta membimbingnya ke arah kebaikan, inikan pula saya.
>>
>>Tolonglah Puan Z. Kasihan suaminya.
>>
>>
>>_________________________________________________________________________
>>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>>
>>
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "kelana sepi" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Badar Khan" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "LINDA" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke