SEbab itu aku kata wahabi tu rekaan.....
Boleh nampak tak?


_______________________________________________

Abdul Rahman wrote:

 
Assalamualaikum....................

Rabhitah beariti tambatan hati murid dengan syekhnya yg musrsyid.(lihat kitab Hikam Abi Madyan muka surat 44 barisan yg ketiga.)

Iye ke???.  Zaman Nabi SAW dulu takda pun Nabi SAW ajar benda2 macam ni.
 
 
 

Berbunyi....Inilah jalan kami yg kami namakan Rabhitah yang yakni pertambatan hati ..............

Contoh rabhitah  :

Ketika Zulaikha mengajak Nabi  Yusof berzina ,Zulaikha menghampiri Nabi Yusof dan menggodanya.Sehinggakan keluar air mani dicelah-celah jari tangan Nabi yusof kerana kuatnya godaan tersebut.Apabila Nabi YUsof mahu sahaja melakukannya maka terpandang ia akan wajah gurunya yg mursyid iaitu ayahandana Nabi Yaakub alihissalam.Maka ia membatalkan hasratnya itu .
Didalam Quran Allah menyebut sebagai   "........lalu ia terpandang BURHANA RABBIH..."

Burhana rabbihi inilah yg dimaksudkan ahli tassauf sebagai RABHITAH.

Manakala mereka yg terhenti pada Rabhitah ini adalah puak-puak syirik seperti rabhitah yang dilakukan orang-orang kafir.

Manakala rabhitah orang mukmin mistilah ada wasilah.Apabila rabhitah itu yg haq lagi berhaq
maka jadilah ia wasilah.

Contoh wasilah:
(lihat sahih muslim)

Pada satu musim kemarau Sayyidina Umar pernah berdoa memohon hujan.
Kata sayyida umar dulu kami minta hujan dari engkau Ya Allah dengan berwasilahkan (mengambil barkat)kepada Rasulullah dan sekarang Rasulullah tiada ,Kami mohon padamu Ya Allah dengan berwasilahkan Sayyidina Abbas R.A (bapa saudara Rasulullah,)maka turunlah hujan.

Semua wali-wali allah dan ulamak-ulamak muhaqqiqin (yg benar lagi sebenar) ada memiliki Rabhitah dan Wasilah yg haq ini
sebab itu mereka sentiasa memperolihi kemenangan dalam kerja agama mereka.

Sekiranya mereka tiada memiliki yg demikian itu, jauh mereka dari pertolongan dan rahmat allah
kerana pekerjaan mereka tiada bimbingan dan mudah mereka itu tersasul dengan hawa nafsu mereka.Maka lahirlah dari diri mereka perbuatan-perbuatan jahat yg mereka sangka baik.Mereka bukanlah mempusakai  pusaka dari Nabi,dan merka bukanlah Warisatun ambiak.Ulamak warisatun ambiak itu berjaya dalam kerja agama mereka dan Allah memelihara agamanya diatas tangan mereka.Dan mereka yg bukan warisatul ambiak itu pula meremehkan agama dan agama itu jadi hina diatas tangan mereka padahal mereka sangka mereka telah melakukan yg terbaik.

CARILAH RABHITAH DAN WASILAH YG HAQ LAGI BERHAQ.

SELAMAT BEBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA,mohon maaf zahir dan bathin  ... WASSALAM...

___________________________________________________________________________________________
Zefendy Zakaria wrote:

Assalamualaikom!

Sepertimana pertanyaan pada email yang lalu..saya masih keliru serta tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan "wasilah" dan "rabithah yg haq" itu..?  pinta dihuraikan secara ringkas jika tiada menjadi keberatan buat saudara....

Terima kasih!

Assalamualaikom

alQubah wrote:

Assalamualaikum.......
 

Didalam keduanya TIADA WASILAH DAN RABHITAH YG HAQ.
Sebab itu arwah guru kepada tok guru mengatakan begitu.Dan didalam pas sendiri kata-kata  memperjuangkan islam hanyalah kata-kata dan anganan.Kita mesti tahu didalam umno pun ada orang yg hendakkan islam,didalam pas pun begitu,didalam dap pun ada begitu sebab didalam dap pun ada orang melayu (kebanyakkan orang melayu adalah islam).Kalau kita rasa kita adalah pejuang islam maka lengkapkanlah diri kita dahulu.Kita misti jadikan diri kita selain dari itu.Kalau anda didalam pas teruskanlah perjuangan itu,kalau anda didalam umno teruskan kerja anda kalau anda didalam thoifah apa sekalipun.Saya tetap menyokong anda selagi anda mengerti bahawa parti-parti itu hanya juzukiah daripada politik.Itu cara anda saya tidak boleh menolak kebaikkan yang dibuat oleh anda .Dan saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg orang islam lain lakukan,saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg mahathir lakukan.Kerana menolak kebaikkan
dengan sebab berlainan parti adalah menyebabkan saya menjadi zalim.Sesungguhnya Allah tidak suka kpd orang yg zalim.

Didalm kitam al-Hikam Abi Madyan ada mengatakan hendaklah kamu menghukum diri kamu 100 kali lebih zalim dari firaun sebelum kamu menghukum orang lain zalim.

Sekian, diharap anda mengerti apa yg arwah tok guru anda katakan kepada tok guru anda.
 

** JAMAAH YG TIDAK ADA RABHITAH DAN WASILAH ITU BUKANLAH JAMAAH,BAHKAN HANYA THOIFAH.
 
 

==============================================

muhamad nazri wrote:

 Assalamualaikum,Guru kepada tok Guru memang ada menyebut jangan libatkan diri dalam perjuangan berparti, perjuangan seperti itu ibarat berjudi katanya. Ada simbol, ada pertaruhan dan ada kalah menang berdasarkan suara ramai. Kalau ramai yang jahil maka pemimpin yang di pilih pun pastilah dari kalangan yang jahil juga.Jadi macammana. Kita sekarang bukannya ada wadah lain dalam sistem demokrasi ni untuk memperjuangkan hak hak Islam melainkan terpaksa pilih antara dua PAS atau UMNO. PAS Mempejuangkan Islam dan meletak Islam diatas segalanya manakala UMNO memperjuangkan hak Melayu (kononnya) dan meletakkan hak Islam hanya sebagai satu cabang dari cabangcabang didalam agenda perjuangan mereka.Dan perjuangan Islam bagi mereka hanya bersandarkan kepada materialistik shj (Bina masjid tak tau lah masjid dhirar atau tidak, buat UIA, etc) Tetapi Arwah tok guru kepada tok guru ada juga berkata PAS ibarat bangkai kecik boleh dicuci dan disamak sedangkan UMNO ibarat bangkai besar yang sukar untuk disamak dan dicuci. Jadi besarlah harapan saya sekirannya Tuan dapat memberikan sedikit penjelasan agar saya tidak tersalah jalan sekian terima kasihwassalam-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/

Kirim email ke