Ketika Zulaikha mengajak Nabi Yusof berzina ,Zulaikha menghampiri
Nabi Yusof dan menggodanya.Sehinggakan keluar air mani dicelah-celah jari
tangan Nabi yusof kerana kuatnya godaan tersebut.Apabila Nabi YUsof mahu
sahaja melakukannya maka terpandang ia akan wajah gurunya yg mursyid iaitu
ayahandana Nabi Yaakub alihissalam.Maka ia membatalkan hasratnya itu .
Didalam Quran Allah menyebut sebagai "........lalu ia terpandang
BURHANA
RABBIH..."
Burhana rabbihi inilah yg dimaksudkan ahli tassauf sebagai RABHITAH.
Manakala mereka yg terhenti pada Rabhitah ini adalah puak-puak syirik
seperti rabhitah yang dilakukan orang-orang kafir.
Manakala rabhitah orang mukmin mistilah ada wasilah.Apabila rabhitah
itu yg haq lagi berhaq
maka jadilah ia wasilah.
Contoh wasilah:
(lihat sahih muslim)
Pada satu musim kemarau Sayyidina Umar pernah berdoa memohon hujan.
Kata sayyida umar dulu kami minta hujan dari engkau Ya Allah dengan
berwasilahkan (mengambil barkat)kepada Rasulullah dan sekarang Rasulullah
tiada ,Kami mohon padamu Ya Allah dengan berwasilahkan Sayyidina Abbas
R.A (bapa saudara Rasulullah,)maka turunlah hujan.
Semua wali-wali allah dan ulamak-ulamak muhaqqiqin (yg benar lagi sebenar)
ada memiliki Rabhitah dan Wasilah yg haq ini
sebab itu mereka sentiasa memperolihi kemenangan dalam kerja agama
mereka.
Sekiranya mereka tiada memiliki yg demikian itu, jauh mereka dari pertolongan
dan rahmat allah
kerana pekerjaan mereka tiada bimbingan dan mudah mereka itu tersasul
dengan hawa nafsu mereka.Maka lahirlah dari diri mereka perbuatan-perbuatan
jahat yg mereka sangka baik.Mereka bukanlah mempusakai pusaka dari
Nabi,dan merka bukanlah Warisatun ambiak.Ulamak warisatun ambiak itu berjaya
dalam kerja agama mereka dan Allah memelihara agamanya diatas tangan mereka.Dan
mereka yg bukan warisatul ambiak itu pula meremehkan agama dan agama itu
jadi hina diatas tangan mereka padahal mereka sangka mereka telah melakukan
yg terbaik.
CARILAH RABHITAH DAN WASILAH YG HAQ LAGI BERHAQ.
SELAMAT BEBUKA PUASA DAN SELAMAT HARI RAYA,mohon
maaf zahir dan bathin ... WASSALAM...
___________________________________________________________________________________________
Zefendy Zakaria wrote:
Assalamualaikom!
Sepertimana pertanyaan pada email yang lalu..saya masih keliru serta
tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan "wasilah" dan "rabithah yg haq" itu..?
pinta dihuraikan secara ringkas jika tiada menjadi keberatan buat saudara....
Terima kasih!
Assalamualaikom
alQubah wrote:
Assalamualaikum.......
Didalam keduanya TIADA WASILAH DAN RABHITAH
YG HAQ.
Sebab itu arwah guru kepada tok guru mengatakan begitu.Dan didalam
pas sendiri kata-kata memperjuangkan islam hanyalah kata-kata dan
anganan.Kita mesti tahu didalam umno pun ada orang yg hendakkan islam,didalam
pas pun begitu,didalam dap pun ada begitu sebab didalam dap pun ada orang
melayu (kebanyakkan orang melayu adalah islam).Kalau kita rasa kita adalah
pejuang islam maka lengkapkanlah diri kita dahulu.Kita misti jadikan diri
kita selain dari itu.Kalau anda didalam pas teruskanlah perjuangan itu,kalau
anda didalam umno teruskan kerja anda kalau anda didalam thoifah apa sekalipun.Saya
tetap menyokong anda selagi anda mengerti bahawa parti-parti itu hanya
juzukiah daripada politik.Itu cara anda saya tidak boleh menolak kebaikkan
yang dibuat oleh anda .Dan saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg orang
islam lain lakukan,saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg mahathir
lakukan.Kerana menolak kebaikkan
dengan sebab berlainan parti adalah menyebabkan saya menjadi zalim.Sesungguhnya
Allah tidak suka kpd orang yg zalim.
Didalm kitam al-Hikam Abi Madyan ada mengatakan hendaklah kamu menghukum
diri kamu 100 kali lebih zalim dari firaun sebelum kamu menghukum orang
lain zalim.
Sekian, diharap anda mengerti apa yg arwah tok guru anda katakan kepada
tok guru anda.
** JAMAAH YG TIDAK ADA RABHITAH DAN WASILAH
ITU BUKANLAH JAMAAH,BAHKAN HANYA THOIFAH.
==============================================
muhamad nazri wrote:
Assalamualaikum,Guru
kepada tok Guru memang ada menyebut jangan libatkan diri dalam perjuangan
berparti, perjuangan seperti itu ibarat berjudi katanya. Ada simbol, ada
pertaruhan dan ada kalah menang berdasarkan suara ramai. Kalau ramai yang
jahil maka pemimpin yang di pilih pun pastilah dari kalangan yang jahil
juga.Jadi macammana. Kita sekarang bukannya ada wadah lain dalam sistem
demokrasi ni untuk memperjuangkan hak hak Islam melainkan terpaksa pilih
antara dua PAS atau UMNO. PAS Mempejuangkan Islam
dan meletak Islam diatas segalanya manakala UMNO memperjuangkan hak Melayu
(kononnya) dan meletakkan hak Islam hanya sebagai satu cabang dari cabangcabang
didalam agenda perjuangan mereka.Dan perjuangan Islam bagi mereka hanya
bersandarkan kepada materialistik shj (Bina masjid tak tau lah masjid dhirar
atau tidak, buat UIA, etc) Tetapi
Arwah tok guru kepada tok guru ada juga berkata PAS ibarat bangkai kecik
boleh dicuci dan disamak sedangkan UMNO ibarat bangkai besar yang sukar
untuk disamak dan dicuci. Jadi besarlah
harapan saya sekirannya Tuan dapat memberikan sedikit penjelasan agar saya
tidak tersalah jalan sekian terima kasihwassalam-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/