*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ --- [EMAIL PROTECTED] wrote: > To: [EMAIL PROTECTED] > From: [EMAIL PROTECTED] > Date: Thu, 18 Jan 2001 07:27:26 -0000 > Subject: [ingatan] Orang Melayu > > Hanya Mematuhi Agama yang dapat menyatukan Umat > Melayu > Oleh Rampa. > > SATU daripada kelemahan orang-orang Melayu ialah > tidak mengenali > siapakah musuhnya yang utama sehingga musuh-musuhnya > itu tidak > disedarinya sering dijadikan sahabat dan pemimpin. > Apatah lagi > apabila orang-orang Melayu berkenaan membabitkan > dirinya dalam bidang > politik, maka musuh-musuh utamanya itu lantas > dijadikannya sebagai > rujukan untuk bertindak bagi menjayakan cita-cita > politik peribadinya. > Aneh sungguh, kerana berulang kali Allah s.w.t. > melalui firman- > firman-Nya dalam al-Quran, dan juga berulang kali > dikemukakan melalui > hadis-hadis Nabi s.a.w menjelaskan siapa dan apakah > musuh utama > tersebut, namun orang-orang Melayu mengabaikannya. > Habis, > bagaimanakah orang-orang Melayu dan umat Islam boleh > mencapai > kejayaan dan memperolehi perpaduan ummah jika > musuh-musuh utama itu > tidak mahu dikenali, tetapi dijadikan sebagai > sahabat karib pula? > Siapa dan apakah musuh-musuh utama yang > dimaksudkan itu? Musuh- > musuh utama tersebut ialah iblis dan syaitan. > Berulang kali di dalam > al-Quran dan juga disebutkan oleh hadis-hadis agar > umat Islam > berwaspada terhadap golongan makhluk ghaib ini. > Tetapi berapa > peratuskan orang-orang Melayu dan umat Islam > mengambil peduli dalam > perkara ini? > Cuba perhatikan pada diri kita sendiri dan > keseluruhan orang- > orang Melayu dari semua lapisan masyarakat dan > darjat, bukankah > hampir dalam semua lapangan kita berada di samping > makhluk halus ini > dan tidak kita sedari makhluk ini berjaya berada > dalam rumah kita, > bermain-main dengan anak-anak kita serta menjadi > ikutan oleh para > remaja dan juga orang-orang yang sudah dewasa-tua? > Apakah tindakan kita bagi mengenyahkan iblis > dan syaitan ini > daripada dapat menguasai diri kita dan ummah dalam > kehidupan kita > sehari-hari? Ceramah agama di sana sini, dan > setiap solat jumaat > diikhutbahkan ilmu agama, tetapi selepas itu apa? > Berdekad-dekad > masa berlalu, keadaannya seperti itulah juga. Ini > adalah kerana > tiadanya pelan-pelan tindakan terhadap pelaksanaan > kepada ilmu agama > tersebut diambil serta-merta. Kawalan sosial total > secara islamic > tiada diwujudkan bagi melaksanakan perancangan dan > pelan tindakan > tersebut secara yang efektif. Maknanya di sini > ialah umat Islam > keadaannya hanya mempunyai pengetahuan saja tentang > agamanya tetapi > tidak memiliki ilmu tentang agamanya sendiri. > Politik adalah wadah atau wahana yang paling > mudah bagi iblis > dan syaitan pergunakan bagi melemahkan umat islam. > Selagi sesama pemimpin-pemimpin Melayu > berpolitik dan > berpolitiking tanpa mematuhi agama segala apa yang > dituntut oleh > agama, selama itulah Melayu akan menghadapi > kesukaran untuk > disatukan. Inilah hipotisis penulis. Malahan > semakin hebat sesama > pemimpin-peminpin Melayu yang tidak memiliki ilmu > agama Islam diberi > berpolitik dan berpolitiking sesama mereka, akan > semakin ketaralah > terhakisnya slogan lagenda pengarang Hang Tuah > melalui watak Hang > Tuah bahawa kononnya Tidak akan Melayu hilang di > dunia! > Kita umat Melayu adalah beragama Islam. Konsep > asasi Islam itu > sendiri ialah selamat dan sejahtera. Justeru kalau > mahu selamat dan > sejahtera, kembalilah kepada Islam secara total. > Justeru, gagasan > penulis ialah "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan > Berpolitiking di > peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama > Islam; sekiranya > tidak memilik ilmu agama Islam!!!". Dan di > peringkat antarabangsa > pula "Sesama Umat Islam Jangan Berpolitik dan > Berpolitiking kerana > Umat Islam adalah beragama Islam!!!", > Rasionalnya yang penulis berikan kepada > bekas-bekas pelajar > penulis dulu ialah dalam Islam ada Rukun > Persaudaraan yang > mengandungi Enam Perkara. Ia adalah bersumber dari > 5 buah maksud > hadis Rasulullah s.a.w. dan sebuah kata-kata (syair) > peninggalan > Sayidina Ali, r.a. > Rukun Persaudaraan itu ialah: > 1. Tidak beriman seseorang mu'min itu sehingga ia > mencintai > saudaranya sebagaimana ia > mencintai dirinya sendiri. - (maksud > al-hadis). > 2. Jika kamu sayangkan saudara kamu, hendaklah > kamu > memberitahunya - (maksud al- > hadis), nescaya akan bertambah kasih-sayang > di antara sesama > kamu. > 3. Beri-memberilah kamu, nescaya akan bertambah > kasih-sayang di > antara kamu. - (maksud > al-hadis). > 4. Hak saudara yang lebih tua terhadap yang lebih > muda adalah > haknya seorang ayah > ke atas anak-anaknya - (maksud al-hadis). > Demikianlah di > sebaliknya. > 5. Antara mu'min dengan mu'min itu adalah > bersaudara sebagaimana > seperti satu tubuh.... - > (maksud al-hadis) > 6. Saudaramu yang sebenar ialah orang yang > sentiasa berada di > sampingmu. Ia sanggup > membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, dan > orang yang > setiap masa bekerja untuk > keperluanmu; sanggup berkorban > segala-galanya untuk > kepentingan dirimu. - > (Sayidina Ali, r.a.) > > Itulah 6 perkara yang asasi dalam Rukun > Persaudaraan. Justeru > inilah rasionalnya, maka gagasan penulis itu > falsafanya > ialah: : "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan > Berpolitiking di > peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama > Islam; sekiranya > tidak memilik ilmu agama Islam!!!"; dan "Sesama > Umat Islam Jangan > Berpolitik dan Berpolitiking kerana Umat Islam > adalah beragama > Islam!!!". Ini adalah kerana sesama umat Islam itu > adalah bersaudara. > Perjuangan Melayu untuk membina penyatuan dan > perpaduan Melayu > tidak akan dapat selesai, malahan akan semakin > tersesat jalan dari > dapat menuju ke matlamatnya untuk menyatu > padukannya; jika para > pemimpin orang Melayu sendiri khasnya dan umat > Melayu amnya tidak > mahu mengamalkan 6 perkara dalam Rukun Persaudaraan > itu; tetapi > memilih cara lain; lebih-lebih lagi melalui pilihan > saluran politik > dan berpolitiking mengikut acuan sekularisme. > Islam sudahpun menunjukkan dan juga memberikan > jalannya yang > mesti dipatuhi dan diikuti dalam menuju apa yang > hendak > diperjuangkan dan juga ada metodologinya bagaimana > hendak > diperjuangkan dalam apa jua bidang. Memilih jalan > lain dan cara lain, > iaitu yang di luar krangka weltanschaaung Tawhidik, > pasti ajibatnya > akan menjadi sia-sia dan merugikan diri Melayu dan > juga umat Islam > sendiri. > Mungkin perjuangan di luar weltanschauung > Tawahidik itu akan > menghasilkan kejayaan, tidak dinafikan; tetapi > kejayaan yang dicapai > itu hanyalah kejayaan sementara saja; hanya kejayaan > duniawi > (sekular). Tetapi di akhirat kelak, pasti akan > membawa diri kepada > ke dalam kecelakaan neraka. > Justeru, kita umat Islam mestilah bukan sahaja > memahami, bahkan > wajib menghayati > dengan ilmu, dan mengamalkan ilmu sebagai > manifestasi kepada apa yang > Allah s.w.t. firmankan, yang bermaksud: "Tidak AKU > jadikan jin dan > manusia melainkan adalah untuk beribadat kepada > AKU". > Jika kita tidak beribadat, bermaknalah bahawa > setelah kita > dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia, kita > sendiri pula yang > menukarkan diri kita kepada jin pun bukan, manusia > pun bukan! > Jika jin bukan, manusia pun kita bukan; siapa > atau apakah kita? > Kita akan menjadi golongan jin pun bukan, manusia > pun kita bukan, > sekiranya kita tidak beribadat kepada Allah s.w.t. > sebab kriteria > atau rasional Tuhan jadikan jin dan manusia itu > adalah untuk > beribadat kepada-Nya; bukannya kerana tujuan lain. > Adalah jelas bahawa akibat sesama > pemimpin-pemimpin Melayu > berpolitik dan berpolitiking, dalam keadaan semakin > negara bertambah > maju dengan pelbagai cabaran globalisasi dan > pembaharuan yang pesat; > kelihatannya pemimpin-pemimpin politik umat Melayu > semakin > menampakkan sikap bermusuhan hati sesama sendiri > (kerana perbedaan > ideolgi dan kefahaman politik) dan semakin mahu > menjadi jin pun > bukan; manusia juga bukan. Apakah mereka ini > layak kita jadikan > pemimpin? > Asas untuk terus kekal menjadi manusia adalah > beribadat kepada > Tuhan. Konsep atau konstruk beribadat itu juga, > mestilah difahami > dari sudut weltanschaaung Tawhidik, sebab ia adalah > kepunyaan dan > berkaitan spesifik denganTawhidik; bukan difahami > dari sudut > sekularisme. > Justeru, kita wajib taksub atau fanatik kepada > weltanschauung > Tawhidik, kalau kita mengaku bahawa kita adalah > penganut agama Islam. > Jangan sekali-kali kita gunakan konsep beribadat > sebagaimana yang > difahami oleh fahaman sekular beribadat itu apa. > Islam itu adalah agama yang satu, kenapa umatnya > harus memilih jalan > untuk berpecah belah pula? > Tidak dinafikan bahawa ada al-hadis yang > memberikn gambaran > bahawa umat Islam di akhir zaman akan berpecah > kepada 73 golongan, > dan hanya satu golongan saja yang diterima sebagai > benar, iaitu > golongan ahlisunah waljamaah. Implikasi maksud > hadis ini ialah kita > umat Islam sendiri hendaklah berikhtiar dan berusaha > agar umat Islam > hanya satu golongan saja; bukannya membiarkan saja > ia berpecah > menjadi 72 golongan lagi. > Justeru, 72 golongan lagi itu adalah golongan > yang boleh dianggap > sebagai golongan yang sudah tercemar keislamannya, > kerana al-hadis > itu ada menyebut bahawa hanya satu golongan saja > yang diterima > sebagai benar. Yang tidak benar dan palsu itu > adalah ajaran iblis > dan syaitan untuk menjadikan manusia menukarkan > dirinya kepada > menjadi jin pun bukan, manusia pun ia bukan. > Kita umat Melayu boleh dikira sebagai bernasib > baik kerana kita > adalah golong ahlisunah wal-jamaah itu. > Jika pemimpin-pemimpin Melayu mengaku bahawa ia > adalah umat > Islam, unsur-unsur yang boleh membawa kepada menjadi > wujudnya tidak > sebuluan dan berpuak-puak; seharusnya tak mainlah, > sebagaimana > ungkapan yang sering diguanakan oleh para remaja > sekarang; abaila > mereka menyatakan sesuatu yang mereka tidak sukai. > Bukankah > politik dan berpolitiking itu sendiri adalah wadah > dan wahana yang > ketara kepada sumber perpecahan? > Berpecah-belah itu sendiri adalah anjuran iblis > dan syaitan. > Dengan sebab itu setiap umat Islam mestilah sentiasa > waspada terhadap > serangan makhluk-makhluk halus ini terhadap diri > sendiri dan juga > orang-orang lain. Itulah sebabnya kita diperintah > menunaikan solat, > di mana implikasi solat yang kita tunaikan itu > adalah kita mestilah > wajib mengimplimentasikan apa yang kita ikrarkan > semasa setiap kali > menunaikan solat; dan apa yang kita minta > berulang-ulang kali kepada > Allah s.w.t. melalui lafaz bacaan, iaitu surah > al-Fatihah itu. > Oleh yang demikian, apabila kita melihat > adannya orang Melayu > berbalah, sekaligus kita hendaklah melihatnya bahawa > ia mencemar dan > merosakkan Islam. Kita mesti melihatnya bahawa > orang yang berbalah > ini sedang sakit; iaitu sedang dipengaruhi oleh > iblis dan syaitan. > Justeru kita mestilah mengambil tindakan > mengubatinya segera. > Dan orang yang menjadi punca yang mewujudkan > perbalahan dan > perpecahan adalah sedang sakit; iaitu sedang > dipengaruhi oleh iblis > dan syaitan. Justeru kita mestilah mengambil > tindakan mengubatinya > segera. > Cara atau metodologi pengubatannya ada banyak > yang ditunjukkan > oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Laksanakanlah! > Salah satu > contohnya ialah Surah al-Hujarat (49:10) yang > bermaksud: Orang-orang > yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab > itu, damaikanlah > (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu, > dan patuhilah > kepada Allah, supaya kamu dapat mendapat rahmat! > Ayat ini adalah > formula kehidupan bagi umat Islam, sekiranya mahukan > mendapat rahmat > daripada Allah s.w.t. > Bagi mereka yang enggan berdamai itu > menunjukkan mereka masih > sakit yang perlu diberikan rawatan di hospital khas > yang septutnya > umat Islam mendirikannya sebagai institusi > sebagaimana yang ada > seperti hospital dan pusat-pusat serenti. Ini > adalah kerana mereka > sudah menjadi jin pun bukan, manusia pun bukan. > Mereka perlu > dirawat agar kembali menjadi manusia, iaitu sejenis > makhlok Allah > s.w.t. kenapa ia dijadikan. > Keputusan mereka mesti mendapat rawatan itu > hendaklah diputuskan > oleh Mahkamah Syariah, justerus undang-undang > mengenainya mestilah > diwujudkan. > Pemimpin-pemimpin Melayu yang suka mengecam dan > mengutuk itulah > golongan yang perlu mendapat rawatan, kerana > merekalah yang telah > diperkuda oleh iblis dan syaitan supaya yang mereka > pimpin turut sama > mengikut kehendak iblis dan syaitan. > Demikianlah juga para wartawan dan media yang > suka melaporkan > yang mengakibatkan di satu pihak akan berbalah > dengan satu pihak yang > lain, mereka ini adalah golongan yang sakit, iaitu > penyakit suka > menyampaikan sesuatu supaya di satu pihak berbalah > hati dengan satu > pihak yang lain. > Pulau Bedong, bekas pusat tahanan pelarian > Vietnam dahulu; > misalnya boleh dijadikan sebagai pusat rawatan yang > canggih; iaitu > pusat bagi mengembalikan mereka yang bukan lagi > manusia, dan bukan > juga jin tersebut, kembali kepada kesedaran bahawa > diri mereka adalah > manusia, iaitu manusia yang dijadikan Tuhan adalah > untuk beribadat > kepada-Nya. Pusat ini bolehlah dijadikan sebagai > Pusat Latihan > Ketakwaan. > Sesungguhnya politik dan berpolitiking membuka > pintu yang amat > luas bagi manusia menapak ke landasan menukarkan > diri kepada menjadi > jin pun bukan, manusia pun bukan! > Misalnya, sejauh manakah orang-orang Melayu > apabila ghairah > berpolitik dan berpolitiking, menyedari bahawa > hasilnya yang akan > wujud adalah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri, > sanggup cantas- > mencantas, fitnah-memfitnah? Dan adakah ini > menepati sebagaimana > yang dituntut oleh 6 perkara dalam Rukun > Persaudaraan tadi? Dan > adakah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri itu > boleh diterima > sebagai manifestasi kepada perintah Allah s.w.t > bahawa kita umat > Islam adalah diwajibkan bertakwa kepada Allah s.w.t? > Jika tidak > boleh diterima, kenapakah dibenarkan diri > berkecimpung dalam wadah > yang sememangnya terbuka luas menuju ke arah > wujudnya bermusuh- > musuhan hati? > Kelihatannya hari ini, apabila orang Melayu > menjadi ahli > politik, dan menjadi pemimpin; majoritinya boleh > menjadi berubah > pula, seolah-olah menjadi langsung tidak > mempercayaai Rukun Iman > Kedua, iaitu percayakan malaikat. Jika mereka > memiliki ilmu > percayakan Rukun Iman yang Kedua itu, sudah pastilah > mereka tidak > akan tergamak untuk berpolitik dan berpolitiking > sesama Melayu (umat > Islam) yang melibatkan kutuk-mengutuk dan > cemuh-mencemuh antara satu > puak dengan puak Melayu yang lain; dan > fitnah-memfitnahkan. > Oleh kerana Melayu berpolitik dan berpolitiking > sesama > Melayulah, makanya Melayu sedemikian menjadi > hipokrit, iaitu apa > yang diminta kepada Tuhan sewaku menunaikan solat > melalui bacaan > surah al- Fatihah lain; tetapi sebaik saja > meninggalkan sejadah; > lain pula yang diburu dan dikerjakan. > Poltik dan berpolitiking sesama Melayu > menjadikan orang Melayu > berpecah belah kerana orang Melayu adalah penganut > agama Islam. > Orang Cina dan orang India di negara ini berpolitik > dan berpolitiking > sesama kaum masing-masing tidak menjadi berpecah > belah sebagaimana > yang disebutkan oleh Dr. Rais Yatim itu adalah > kerana (yang bukan > beragama Islam) mereka adalah bukan penganut agama > Islam. > Itulah sebabnya sebagaimana yang Dr. Rais > katakan bahawa mereka > tidak menggunakan isu agama sebagai landasan > berpolitik kerana iblis > dan syaitan tidak menggunakan landasan agama bagi > orang-orang kafir > memusuhi antara satu sama lain, (sebagaimana makhluk > halus ini > memusuhi orang-orang beragama Islam); justeru > syaitan dan iblis > tidak mengambil berat sangat untuk menjadikan mereka > berbalah antara > satu sama lain bersabit dengan isu agama mereka. > Ini adalah kerana > iblis dan syaitan tahu bahawa Allah s.w.t hanya > mengiktiraf agama > Islam saja. > Bagi iblis dan syiatan , oleh kerana orang > Melayu beragama Islam, > maka orang Melayu (Islam) menjadi musuh utama > mereka. Ini adalah > kerana agama Islam itu adalah ad-din yang diiktiraf > oleh Allah > s.w.t. Berulang kali dalam al-Quran menegaskan > peringatan bahawa > iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang utama. > > Kelihatannya ialah apabila orang Melayu bermain > politik dan > berpolitiking sesama Melayu, maka itulah juga > laluan yang paling > mudah bagi iblis dan syaitan memecah-belahkan umat > Melayu, kerana > umat Melayu itu beragama Islam. Justeru bagi > mengatasi masalah ini, > umat Melayu janganlah berpolitik dan berpolitiking > sesama umat > Melayu. Ini adalah kerana berpolitik dan > berpolitiking itu sifatnya > adalah lebih banyak mengambil daripada memberi. Ini > amat bercanggah > dengan Rukun Persaudaraan ketiga, iaitu: > Beri-memberilah kamu, > nescaya akan bertambah kasih-sayang di antara kamu. > - (maksud al- > hadis). > Berbalik kepada kenapa Tuhan jadikan kita > manusia tadi, setelah > kita lahir ke dunia ini sebagai manusia, maka > adalah tanggungjawab > kita beribadat kepada Allah s.w.t sahaja, sebab > hanya dengan > beribadat itu saja akan boleh menjadikan kita > sebagai insan kamil. > Rujuk Falsafah Pendidikan Negara (FPN) misalnya, > dan hayatilah > maksud dan pengertiannya, serta apakah hasrtanya. > Metodologinya > dalam kependidikan bagi mencapai hasrat FPN adalah > berpaksikan > ketuhanan. Justeru, apa saja pun proses yang > melibatkan > kependidikan, mestilah berpaksikan ketuhanan. Dan > seterusnya, apa > saja laku-tindak kita mestilah berpaksikan > ketuhanan dalam apa saja > bidang kehidupan. > Apabila Melayu sesama Melayu (sesama umat Islam) > berpolitik dan > berpolitiking, maka di saat itulah iman menjadi > gugur kerana antara > satu puak dengan puak yang lain sudah tiada lagi > mencintai antara > satu sama lain sebagai saudara. (Rujuk Rukun > Persaudaraan yang > pertama). > Umat Melayu (dan juga umat Islam seluruh dunia) > seharusnya > mengambil iktibar dari sejarah Islam sendiri, bahawa > jika sesama umat > Islam berpolitik dan berpolitiking; umat Islam > sendirilah yang akan > rugi dan boleh berpecah-belah. Demikianlah juga > kita umat Melayu > kerana kita adalah umat Islam. > Tiga orang daripada 4 khalifah al-Rashidun, > mati mereka adalah > kerana dibunuh; justeru politik dan berpolitiking. > Apakah Islam > adalah agama yang menganjurkan bunuh-membunuh > begitu? > Seandinya umat Islam tidak berpolitik dan > berpolitiking antara > satu sama lain, adalah tidak mungkin penyebabnya > kematian 3 daripada > 4 khalifah tersebut matinya adalah kerana dibunuh. > Tetapi apabila > sesama umat Islam (di Malaysia adalah umat Melayu) > dibiarkan > berpolitik dan berpolitiking; maka iblis dan > syaitan pun akan > menjadi ikutan supaya matlamat menghalalkan cara. > Sejarah peperangan jamal (unta) antara pihak > yang dipimpin oleh > Sayidatina Aisyah rha. dengan pihak Sayidina Ali, > r.a.; adalah juga > kerana kedua-dua pihak ini berpolitik dan > berpolitiking. Berapa > ramaikan umat sesama Islam yang mati dalam > peperangan itu? Setelah > Sayidatina Aishah rha menyedari kesilapannya bahawa > baginda adalah > seorang wanita; dan sebagai wanita adalah tidak > boleh menjadi > pemimpin, maka baginda pun mengalah dengan menagis > dan menangis. > Dan bagaimanakah hebatnya Sayidina Ali, r.a. > menerima baginda kembali > dan meletakkan baginda kembali kepada taraf > penghormatan dan > statusnya sebagai wanita dalam Islam? Peperangan > jamal ini sudah > cukup memberikan 2 implikasi. Pertama, sesama umat > Islan jangan > berpolitik dan berpolitiking. Keduanya dalam Islam, > jangan jadikan > wanita sebagai pemimpin tertentu. > Kedua-dua peristiwa sejarah dalam Islam ini > sudah cukup dapat > dijadikan bukti dan pengajaran bahawa sesama ummah, > janganlah > berpolitik dan berpolitiking. > Contoh yang terdekat dalam negara kita sendiri > ialah kejatuhan > Melaka ke tangan Pourtugis. Ini adalah kerana akibat > sesama Melayu > (Islam) berpolitik dan berpolitiking; menjadikan > hancuranya kesatuan > dan ketahanan Melayu yang menjadikan begitu mudah > Portugis dapat > menjajah Melaka. > Begitulah juga berjayanya Inggeris menjajah > Tanah Melayu, faktor > utamanya ialah orang Melayu ketika itu; iaitu para > pemimpinya > berpolitik dan berpolitiking; masing-masing agaknya > mengunakan > polisi dan slogan "Padan dengan muka hang!" kerana > akibat bermusuh > hati antara satu sama lain. > Bagi penulis, Islam tidak membenarkan umatnya > berpolitik dan > berpolitiking kerana politik itu telah secara amnya > diterima bahawa > ia dikatakan sebagai kotor; di mana politik adalah > merupakan wadah > dan wahana yang membolehkan matlamat menghalalkan > cara yang > dibenarkan mengikut fahaman sekularisme. Politik > yang dibenarkan > dalam Islam ialah hanyalah politik dan politiking > yang berpaksikkan > kepada lillahita'ala. > Ini bukanlah bererti bahawa umat Islam tidak > boleh berpolitik > langsung. Ada tempatnya umat Islam wajib berpolitik > dan > berpolitiking dengan pihak lain, tetapi bukan > dengan sesama seagama; > di mana matlamatnya untuk menjaga kepentingan dan > maslahat umat > Melayu (Islam) sendiri. Dengan pihak lain, iaitu > mereka yang bukan > Islam, kita adalah wajib berpolitik dan > berplitiking demi > kepentingan Islam dan umat Islam, namun itupun > mestilah juga > berpaksikan lillahita'ala. Justeru, kita > dibekalkan oleh al-Quran > dengan surah Al-Kafirun, iaitu Surah 109. > Ditubuhilah apa jua majlis sekali pun bagi > orang Melayu, jika > pemimpin-pemimpin Melayu sesama orang Melayu > berpolitik dan > berpolitiking juga dengan mengenepikan nawaitu > lillahita'ala, ia > tidak akan dapat menjamin orang-orang Melayu dari > terhindar daripada > berpecah-belah, dan tidak akan dapat menyekat umat > Islam daripada > diperkuda dan diperlaga-lagakan oleh iblis dan > syaitan; terutamanya > di kalangan pemimpin-pemimpin yang berkefahaman > sekularisme. > Adalah lebih baik pemimpin-pemimpin Melayu > mengamalkan budaya a- > Fatihah juteru sebagai beragama Islam, surah > al-Fatihah itu diujarkan > dalam setiap rakaat, semasa menunaikan solat > khasnya. Justeru, itulah > kenapa al-Fatihah dijadikan sebagai salah satu sebab > diwajibkan > membacaannya di setiap rakaat ketika melaksanakan > solat. Oleh yang > demikian, berbuatlah apa-apa pun, tetapi jangan > sekali-kali lari > dari yang telah ditetapkan oleh maksud yang > terkandung di dalam surah > al-Fatihah itu. Kita mesti wujudkan budaya > al-Fatihah dalam > kehidupan di semua keadaan dan peringkat. > Memang tidak dinafikan bahawa Islam membenarkan > umatnya > berpolitik, tetapi politik yang dibenarkan oleh > Islam haruslah > difahami apakah falsafah, tujuan, matlamat dan > objektifnya. Teras > dan akar umbinya ialah ia adalah merupakah bidang > siasah yang > seharusnya mempunyai konsepnya yang tersendiri dalam > lingkungan > weltanschaung tawhidik; dan tidak boleh sama sekali > terkeluar dari > landasan dan krangka nawaitu lillahita'ala. Apakah > dalam Islam tidak > mempunyai metodologinya yang tersendiri bagi memilih > pemimpin? Jika > ada, kenapakah metodologi tersebut diketepikan? > Oleh itu, adalah tanggungjawab bagi orang-orang > Melayu di semua > peringkat mendidik orang-orang Melayu sendiri dan > generasi muda > Melayu khasnya supaya apabila memilih pemimpin, > memastikan orang > yang hendak dijadikan pemimpin itu adalah > orang-orang yang jelas dan > ketara sifat dan personaliti peribadinya adalah > berpaksikan > weltanschauung tTwhidik dan wataknya berbudayakan > surah al-Fatihah. > Ini adalah bagi memastikan bahawa mereka yang akan > menjadi pemimpin > kita bukan dari golongan yang bersahabat dengan > musuh-musuh utama > kita, iaitu iblis dan syaitan yang sering > disebutkan oleh al-Quran > sebagai musuh utama kita yang nyata. Jangan > dibiarkan umat Islam > terus menerus hanya memiliki PENGETAHUAN saja > mengenai surah al- > Fatihah, tetapi hendaklah memiliki ILMU yang > terkandung dalam surah > al-Fatihah itu > Langkah pertama yang mesti kita didik diri kita > sendiri dan anak- > anak kita serta generasi muda Melyau ialah supaya > memiliki ILMU yang > terkandung dalam surah al-Fatihah itu. Setiap ayat > dalam surah al- > Fatihah itu diwajibkan memahami dan dapat > menghayatinya zahir dan > bathin. Apabila seseorang itu sudah dapat menguasai > ILMU yang > terkandung dalam surah al-Fatihah tersebut maka akan > menjadi mudah ia > memiliki perisai menentang dan mengenyahkan iblis > dan syaitan dari > dalam kehidupannya walau dalam apa bidang sekali pun > dan di mana jua > ia berada. > Generasi muda Melayu, ayuh tubuhkan pergerakan > dan tindakan, > melalui pelbagai organisasi (termasuk kawalan > sosial) yang dapat > membina Melayu Baru berbudaya al-Fatihah, dan > laksanakan RUKUN > PERSAUDARAAN yang mengandungi ENAM perkara itu, dan > setiap sesuatu > yang ingin dilakukan pastikan diri bernawaitu > berpaksikan > Lillahita'ala. Hanya dengan cara ini saja yang akan > dapat menyatukan > umat Melayu, iaitu segala urusan mestilah > berpaksikan kepada agama > sebagai addin. Jadikan MALAYSIA sebagai negara > model yang > membuadayakan al-Fatihah dalam segala lapangan. > ______________________________________________________________________ > 30 Jun 2000. > Oleh: Rampa. > E-Mail: [EMAIL PROTECTED] > > > > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Get email at your own domain with Yahoo! Mail. http://personal.mail.yahoo.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>