*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

DR. KHIR PERLU AMBIL KURSUS
MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA
Oleh Rampa

DATUK Dr. Mohamad Khir Toyo MB Selangor dan juga
mereka yang berpendapat bahawa kakitangan kerajaan
yang menentang kerajaan,   perlulah terlebih dahulu
menyenaraikan apakah aktiviti-aktiviti yang boleh
dikategorikan sebagai menentang kerajaan.
    Apakah kakitangan kerajaan yang menjadi anggota
atau ahli parti politik pembangkang dan mereka yang
tidak menyokong UMNO dan BN adalah menentang kerajaan?
    Apakah apabila kakitangan kerajaan mengkritik atau
memperkatakan bahawa UMNO dan BN sudah tidak relevan
kepada rakyat, dan mereka menghadiri upacara-upacara
yang diadakan oleh parti-parti pembangkang,  itu
adalah sebagai menentang kerajaan?
    Jika kakitangan kerajaan mengkritik UMNO dan tidak
menyokong UMNO dan mereka terlibat semasa di luar
waktu kerja mereka,  itu tidak boleh dikatakan bahawa
mereka adalah menentang kerajaan.  Ini adalah kerana
perlembagaan negara memperuntukkan dan memberikan
kebenaran kepada rakyat untuk bebas memilih menyokong
atau menganggotai mana-mana parti politik yang sah di
negara ini.
     Adakah diperuntukkan dalam perlembagaan negara
bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh menganggotai
atau terlibat secara aktif,  atau menyokong mana-mana
parti pembangkang?
    Siapakah kerajaan?  UMNO bukannya kerajaan, dan
begitulah juga BN, ia bukan kerajaan.  Rujuklah dalam
perlembagaan negara,  adakah peruntukan yang menyebut
bahawa parti UMNO dan BN adalah kerajaan?
    Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah
kerajaan.  Ini bererti semua ahli parlimen dan ADUN 
adalah kerajaan,  dan itulah sebabnya kerajaan memberi
elaun kepada semua ahli parlimen dan ADUN,  tidak kira
apakah parti politik yang mereka wakili.  Rakyat
adalah kerajaan yang sebenarnya.
    Adalah gambaran yang salah kepada rakyat jika UMNO
dan BN memberi gambaran atau membuat kenyataan bahawa
parti-parti pembangkang adalah menentang kerajaan, 
kerana parti-parti pembangkang itu sendiri adalah
anggota kerajaan (parlimen dan Dewan Undangan Negeri)
dan digelari YB.
    Jika sekiranya benar parti-parti pembangkang itu
menentang kerajaan,  kenapakah pihak berkuasa tidak
mengharamkan saja parti-parti tersebut?   Pihak
berkuasa tidak boleh mengharamkannya selagi
parti-parti tersebut tidak melanggar undang-undang
negara, hak-hak asasi manusia dan juga tidak
melanggari mana-mana peruntukan dalam perlembagaan
negara.
    Selagi parti-parti pembangkang itu tidak
menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan
perlembagaan negara,  selama itulah tidak boleh
dikatakan aktiviti mereka dikalsifikasikan sebagai
menentang kerajaan.
    Yang boleh dianggap sebagai menentang kerajaan
dari kalangan kakitangan kerajaan  ialah apabila
seseorang kakitangan kerajaan itu enggan melaksanakan
tugas dan tanggungjawab kerjanya yang telah ditetapkan
oleh ketua jabatannya  semasa waktu bekerja,  dan jika
kakitangan kerajaan itu melakukan sesuatu yang tidak
dibenarkan oleh perlembagaan negara.
    Tetapi bila selepas waktu kerja dan di luar waktu
kerja,  kakitangan kerajaan mempunyai hak peribadinya
sendiri untuk melibatkan diri dalam mana-mana parti
politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara.
     Sekiranya Perintah Am atau Surat-surat Arahan
(circulars) melarang mana-mana kakitangan kerajaan
menyokong atau menganggotai mana-mana parti politik
pembangkang,  itu menunjukkan bahawa Perintah AM atau
Surat-Surat Arahan itu sendirilah yang menentang
kerajaan,  kerana ia bercanggah dengan peruntukan yang
terdapat dalam perlembagaan negara mengenai hak rakyat
dalam bidang politik.
     Apakah kakitangan kerajaan di negara ini, 
bukannya rakyat kepada negara ini pada amnya?
     UMNO juga melarang para pelajar terlibat dalam
politik parti pembangkang.  Tetapi yang peliknya, 
UMNO mempunyai Kelab-Kelab UMNO di luar negara yang
dianggotai oleh para pelajar pula.  
     Malahan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO
diadakan, perwakilan dari kelab-kelab UMNO di seberang
laut itu menghadirinya juga.
     Apakah sekiranya parti-parti pembangkang juga
mempunyai kelab-kelab seperti itu di luar negara bagi
para pelajar,  ini adalah menentang kerajaan? 
     Janganlah befikir bahawa rakyat dan kakitangan
kerajaan khususnya, hari ini tidak tahu membezakan
apakah kerajaan dan apakah parti politik UMNO.  
     Parti politik datang dan pergi ahlinya, dan
sampai masanya ada yang tersungkur,  namun kerajaan
tetap wujud.  UMNO kelihatanya menuju ke arah ini, 
maka itulah caranya untuk menyelamatkannya,  mereka
mengatakan kakitangan kerajaan yang menentang UMNO dan
menyokong parti-parti pembangkang sebagai menentang
kerajaan.
     Konsep menentang kerajaan ini janganlah disalah
ertikan.   Pembangkang bukan menentang kerajaan, 
tetapi menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang
diperuntukkan dalam perlembagaan adanya dan perlu
kepada parti-parti pembangkang.   Jika tidak demikian,
 apakah gunanya piliahnraya?
    Menentang UMNO dan tidak menyokong UMNO serta
mengkritik UMNO  adalah bukan merupakan sebagai
menentang kerajaan,  tetapi adalah di sebaliknya,  ia
adalah  proses membina dan menyokong kerajaan supaya
kerajaan menjadi bersih, telus,  cekap dan amanah.
     Menurut Dr. Khir Toyo bahawa jika terdapat aduan
mengenai perkara itu (menentang kerajaan [?] ) ia akan
disiasat serta tindakan tegas akan diambil terhadap
mereka yang terbabit.
    Ini adalah ugutan.  Adalah wajar Dr. Khir
senaraikan terlebih dahulu apakah aktiviti yang
dikalsifiasikan sebagai menentang kerajaan.  
    Jika aktiviti mereka mengktitik UMNO, tidak
menyokong UMNO,  dan aktiviti mereka memberi ceramah
di luar waktu bekerja untuk rakyat supaya membina
negara Islam,  ini tidak boleh diklasifikasikan
sebagai menentang kerajaan.   Bukankah agama rasmi
persekutuan adalah Islam?  Apakah maksud agama, 
bukankah ia mesti dipatuhi dan dilaksanakan?
    Fahamilah perlembagaan negara sebelum melabel
sesuatu aktiviti itu sebagai menentang kerajaan atau
tidak.   Jika tidak faham,  eloklah ikuti kursus di
mana-mana universiti yang menawarkan kursus mengenai
perlembagaan negara.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. 
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke