*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
What do u expect...this guy is a BLOODY DENTIST!!! okay?
......& a  'part-time' imam too!!!  ha  ha!


~The truth is out there~

----- Original Message -----
From: "Omar AlKhatab" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; "Aguk Zuhdi" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, January 20, 2001 11:56 PM
Subject: H-Net* Menentang Kerajaan ???!!!


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>
> DR. KHIR PERLU AMBIL KURSUS
> MENGENAI PERLEMBAGAAN NEGARA
> Oleh Rampa
>
> DATUK Dr. Mohamad Khir Toyo MB Selangor dan juga
> mereka yang berpendapat bahawa kakitangan kerajaan
> yang menentang kerajaan,   perlulah terlebih dahulu
> menyenaraikan apakah aktiviti-aktiviti yang boleh
> dikategorikan sebagai menentang kerajaan.
>     Apakah kakitangan kerajaan yang menjadi anggota
> atau ahli parti politik pembangkang dan mereka yang
> tidak menyokong UMNO dan BN adalah menentang kerajaan?
>     Apakah apabila kakitangan kerajaan mengkritik atau
> memperkatakan bahawa UMNO dan BN sudah tidak relevan
> kepada rakyat, dan mereka menghadiri upacara-upacara
> yang diadakan oleh parti-parti pembangkang,  itu
> adalah sebagai menentang kerajaan?
>     Jika kakitangan kerajaan mengkritik UMNO dan tidak
> menyokong UMNO dan mereka terlibat semasa di luar
> waktu kerja mereka,  itu tidak boleh dikatakan bahawa
> mereka adalah menentang kerajaan.  Ini adalah kerana
> perlembagaan negara memperuntukkan dan memberikan
> kebenaran kepada rakyat untuk bebas memilih menyokong
> atau menganggotai mana-mana parti politik yang sah di
> negara ini.
>      Adakah diperuntukkan dalam perlembagaan negara
> bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh menganggotai
> atau terlibat secara aktif,  atau menyokong mana-mana
> parti pembangkang?
>     Siapakah kerajaan?  UMNO bukannya kerajaan, dan
> begitulah juga BN, ia bukan kerajaan.  Rujuklah dalam
> perlembagaan negara,  adakah peruntukan yang menyebut
> bahawa parti UMNO dan BN adalah kerajaan?
>     Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah
> kerajaan.  Ini bererti semua ahli parlimen dan ADUN
> adalah kerajaan,  dan itulah sebabnya kerajaan memberi
> elaun kepada semua ahli parlimen dan ADUN,  tidak kira
> apakah parti politik yang mereka wakili.  Rakyat
> adalah kerajaan yang sebenarnya.
>     Adalah gambaran yang salah kepada rakyat jika UMNO
> dan BN memberi gambaran atau membuat kenyataan bahawa
> parti-parti pembangkang adalah menentang kerajaan,
> kerana parti-parti pembangkang itu sendiri adalah
> anggota kerajaan (parlimen dan Dewan Undangan Negeri)
> dan digelari YB.
>     Jika sekiranya benar parti-parti pembangkang itu
> menentang kerajaan,  kenapakah pihak berkuasa tidak
> mengharamkan saja parti-parti tersebut?   Pihak
> berkuasa tidak boleh mengharamkannya selagi
> parti-parti tersebut tidak melanggar undang-undang
> negara, hak-hak asasi manusia dan juga tidak
> melanggari mana-mana peruntukan dalam perlembagaan
> negara.
>     Selagi parti-parti pembangkang itu tidak
> menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan
> perlembagaan negara,  selama itulah tidak boleh
> dikatakan aktiviti mereka dikalsifikasikan sebagai
> menentang kerajaan.
>     Yang boleh dianggap sebagai menentang kerajaan
> dari kalangan kakitangan kerajaan  ialah apabila
> seseorang kakitangan kerajaan itu enggan melaksanakan
> tugas dan tanggungjawab kerjanya yang telah ditetapkan
> oleh ketua jabatannya  semasa waktu bekerja,  dan jika
> kakitangan kerajaan itu melakukan sesuatu yang tidak
> dibenarkan oleh perlembagaan negara.
>     Tetapi bila selepas waktu kerja dan di luar waktu
> kerja,  kakitangan kerajaan mempunyai hak peribadinya
> sendiri untuk melibatkan diri dalam mana-mana parti
> politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara.
>      Sekiranya Perintah Am atau Surat-surat Arahan
> (circulars) melarang mana-mana kakitangan kerajaan
> menyokong atau menganggotai mana-mana parti politik
> pembangkang,  itu menunjukkan bahawa Perintah AM atau
> Surat-Surat Arahan itu sendirilah yang menentang
> kerajaan,  kerana ia bercanggah dengan peruntukan yang
> terdapat dalam perlembagaan negara mengenai hak rakyat
> dalam bidang politik.
>      Apakah kakitangan kerajaan di negara ini,
> bukannya rakyat kepada negara ini pada amnya?
>      UMNO juga melarang para pelajar terlibat dalam
> politik parti pembangkang.  Tetapi yang peliknya,
> UMNO mempunyai Kelab-Kelab UMNO di luar negara yang
> dianggotai oleh para pelajar pula.
>      Malahan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO
> diadakan, perwakilan dari kelab-kelab UMNO di seberang
> laut itu menghadirinya juga.
>      Apakah sekiranya parti-parti pembangkang juga
> mempunyai kelab-kelab seperti itu di luar negara bagi
> para pelajar,  ini adalah menentang kerajaan?
>      Janganlah befikir bahawa rakyat dan kakitangan
> kerajaan khususnya, hari ini tidak tahu membezakan
> apakah kerajaan dan apakah parti politik UMNO.
>      Parti politik datang dan pergi ahlinya, dan
> sampai masanya ada yang tersungkur,  namun kerajaan
> tetap wujud.  UMNO kelihatanya menuju ke arah ini,
> maka itulah caranya untuk menyelamatkannya,  mereka
> mengatakan kakitangan kerajaan yang menentang UMNO dan
> menyokong parti-parti pembangkang sebagai menentang
> kerajaan.
>      Konsep menentang kerajaan ini janganlah disalah
> ertikan.   Pembangkang bukan menentang kerajaan,
> tetapi menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang
> diperuntukkan dalam perlembagaan adanya dan perlu
> kepada parti-parti pembangkang.   Jika tidak demikian,
>  apakah gunanya piliahnraya?
>     Menentang UMNO dan tidak menyokong UMNO serta
> mengkritik UMNO  adalah bukan merupakan sebagai
> menentang kerajaan,  tetapi adalah di sebaliknya,  ia
> adalah  proses membina dan menyokong kerajaan supaya
> kerajaan menjadi bersih, telus,  cekap dan amanah.
>      Menurut Dr. Khir Toyo bahawa jika terdapat aduan
> mengenai perkara itu (menentang kerajaan [?] ) ia akan
> disiasat serta tindakan tegas akan diambil terhadap
> mereka yang terbabit.
>     Ini adalah ugutan.  Adalah wajar Dr. Khir
> senaraikan terlebih dahulu apakah aktiviti yang
> dikalsifiasikan sebagai menentang kerajaan.
>     Jika aktiviti mereka mengktitik UMNO, tidak
> menyokong UMNO,  dan aktiviti mereka memberi ceramah
> di luar waktu bekerja untuk rakyat supaya membina
> negara Islam,  ini tidak boleh diklasifikasikan
> sebagai menentang kerajaan.   Bukankah agama rasmi
> persekutuan adalah Islam?  Apakah maksud agama,
> bukankah ia mesti dipatuhi dan dilaksanakan?
>     Fahamilah perlembagaan negara sebelum melabel
> sesuatu aktiviti itu sebagai menentang kerajaan atau
> tidak.   Jika tidak faham,  eloklah ikuti kursus di
> mana-mana universiti yang menawarkan kursus mengenai
> perlembagaan negara.
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices.
> http://auctions.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke