*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MALAYSIAN NEWS : BERITA AM 


--------------------------------------------------------------------------------
January 24 , 2001 16:37PM  
 


 PAS TURUT ADAKAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 
 
   
   
   

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Buat pertama kalinya,
Pas turut meraikan Tahun Baru Cina dengan mengadakan
rumah terbuka di Wisma Nelayan, Kuala Kedah dekat
sini, hari ini. 
Majlis itu dianjurkan oleh Pas kawasan Kuala Kedah.

Anggota Parlimen kawasan Kuala Kedah, Mohamad Sabu
meraikan para tetamu yang hadir serta menyampaikan
"ang pow" hari raya kepada kanak-kanak yang turut
serta.

"Ini merupakan kali pertama kita menganjurkan majlis
seperti ini bagi merapatkan hubungan antara kaum di
negara ini," kata Mohamad Sabu kepada pemberita di
majlis itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Hubungan Antara Kaum
Pas Pusat berkata, memandangkan majlis pertama ini
mendapat sambutan daripada masyarakat Tionghua, Pas
bercadang mengadakan majlis yang serupa bagi peringkat
negeri-negeri.

Hampir 200 orang keturunan Cina dari kawasan
berhampiran hadir ke majlis rumah terbuka anjuran Pas
itu.

-- BERNAMA
 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. 
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke