*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum wrt.

1. Sejauhmakah kekuatan perlembagaan melayu itu Islam
dan Islam itu melayu ? betul ke ada dalam perlembagaan
?

2. Apakah undang2 syariah dan undang2 sivil sama
tinggi atau keputusan mahkamah syariah boleh dicadabr
dan dbiatalkan ?
- Menteri yang baru ganti Datuk Paduka Hamid Othman
kata perlaksanaan undang2 Islam semakin kukuh.

3. Apakah implikasi terhadap sistem negara ini
sekiranya 3 manusia murtad ini menang kelak. Yang kita
nampak - tidak ada jaminan terhadap aqidah anak2 kita
sekiranya mereka menjadi murtad- sebagaimana yang
berlaku kepada Aisyah dll.

4. Hamid Othman, Abdul Hamid dan kekawasan UMNO perlu
beri perhatian terhadap perkara ini. Apakah yang ini
dalam kategori Fardhu Kifayah ?

Hizbi Net perlu menjadi wadah- mungkin beberapa usaha
perlu dilakukan melaui pelbagai sumber.

sekian

MALAYSIAN NEWS : BERITA AM 


--------------------------------------------------------------------------------
January 23 , 2001 21:16PM  
 


 PASANGAN MURTAD DAN DUA LELAKI SAMAN MAIK DAN
KERAJAAN KELANTAN 
 
   
   
   

KOTA BAHARU, 23 Jan (Bernama) -- Sepasang suami isteri
dan dua lelaki yang pernah mengisytiharkan diri keluar
dari agama Islam, mengemukakan saman terhadap Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
dan Kerajaan negeri Kelantan di Mahkamah Tinggi di
sini, hari ini. 
Mohamad Ya, 55, isterinya Kamariah Ali, 49, Mat Yaakub
Ismail, 54, dan Daud bin Mamat, 60, membuat permohonan
melalui peguam di hadapan Hakim Datuk Suriyadi bin
Halim Omar supaya mengeluarkan perintah bahawa kesemua
plaintif mempunyai hak yang mutlak dan bebas untuk
menganuti dan mengamalkan agama pilihan mereka di
bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa Artikel di dalam Perlembagaan
Persekutuan itu mempunyai keutamaan dan mengatasi
mana-mana undang-undang persekutuan atau
enakmen-enakmen negeri berhubung kebebasan beragama.

MAIK diwakili oleh Wan Abdullah Thani Wan Yusof
manakala kerajaan negeri diwakili oleh Penasihat
Undang-undang Negeri Jalaldin Hussin manakala plaintif
diwakili oleh Mohan Kumar dan Harris Mohd Ibrahim.

Mohamad, Kamariah, Mat Yaakub dan Daud tidak hadir di
mahkamah kerana sedang menjalani hukuman penjara tiga
tahun di Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini.

Hakim, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak
kemudian menetapkan 25 Feb ini bagi memberi keputusan
berhubung permohonan kesemua plaintif itu.

Pada 19 Nov lepas, kesemua plaintif itu dijatuhkan
hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi
Syariah di sini selepas didapati bersalah mengingkari
perintah Mahkamah Rayuan Syariah supaya mereka
bertaubat kerana terbabit dengan ajaran sesat
kira-kira empat tahun lepas.

Mahkamah Rayuan Syariah pada 10 Okt 1996 telah
memerintahkan semua keempat-empat mereka supaya hadir
di pejabat kadi jajahan masing-masing untuk bertaubat
setiap bulan, tetapi mereka engkar hingga menyebabkan
mereka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah pada 5
Okt tahun lepas dan dijatuhkan hukuman pada 19 Nov
lepas.

Semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, mereka
mengemukakan dokumen Akuan Bersumpah bahawa mereka
telah keluar dari Islam dan tidak berhak untuk
dibicarakan di mahkamah berkenaan tetapi akuan itu
tidak diterima kerana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Abdul Rahman Abdullah berkata mereka berbuat demikian
semata-mata untuk cuba mengelak daripada hukuman.

Harris dalam hujahnya berkata plaintif telah membuat
Akuan Bersumpah pada 16 Ogos 1998 memaklumkan keluar
dari agama Islam dan sehubungan itu mempunyai hak
mengamalkan kebebasan beragama mengikut Artikel 11 (1)
Perlembagaan Persekutuan.

Jalaldin dalam hujah balasnya berkata keempat-empat
plaintif itu semasa didakwa di Mahkamah Syariah tidak
pernah mengaku bahawa mereka bukan beragama Islam
kecuali semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah
pada 5 Okt lepas.

Beliau juga berkata hukuman penjara yang dijatuhkan
terhadap keempat-empat plaintif itu bukan kerana
mereka meninggalkan Islam sebaliknya kerana engkar
dengan arahan Mahkamah Rayuan Syariah yang dibuat pada
1996.

Menurutnya semasa itu Mahkamah Rayuan Syariah
mengenepikan hukuman asal 20 tahun penjara terhadap
mereka oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sebaliknya
membebaskan mereka dengan syarat berkelakuan baik dan
hanya perlu hadir setiap bulan di pejabat kadi untuk
menyatakan taubat masing-masing.

Berhubung permohonan yang dibuat oleh keempat-empat
plaintif itu, sekumpulan kira-kira 30 orang terdiri
daripada sanak saudara dan kenalan mereka berkumpul
dan sebilangan daripada mereka turut mengikuti
perdengaran permohonan itu menyebabkan tempat duduk di
kamar Mahkamah Tinggi penuh.

-- BERNAMA 

 
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. 
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?=" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke