*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Ini bukan isu baru dan ini juga bukan isu lama tapi
ini akan tetap jadi isu apabila kita lebih
mementingkan penyatuan melayu daripada penyatuan umat
islam sendiri. Isu ini terjadi diseluruh dunia dimana
soal bangsa lebih utama dari soal agama kerana nafsu
dan kepentingan individu. Dan bagi orang melayu
sendiri, sudah menjadi adat lapuk yang masih kekal
sehingga kehari ini bilamana sesuatu isu itu belum
terkena kebatang hidung sendiri, selagi itu belum
terngadah. Bukan bermaksud nak kondem melayu tetapi
juga untuk ingatan diri saya sendiri, bersamalah kita
menegakkan syiar Islam. Wasalam.


--spokett

--- "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu alaikum wrt.
> 
> 1. Sejauhmakah kekuatan perlembagaan melayu itu
> Islam
> dan Islam itu melayu ? betul ke ada dalam
> perlembagaan
> ?
> 
> 2. Apakah undang2 syariah dan undang2 sivil sama
> tinggi atau keputusan mahkamah syariah boleh
> dicadabr
> dan dbiatalkan ?
> - Menteri yang baru ganti Datuk Paduka Hamid Othman
> kata perlaksanaan undang2 Islam semakin kukuh.
> 
> 3. Apakah implikasi terhadap sistem negara ini
> sekiranya 3 manusia murtad ini menang kelak. Yang
> kita
> nampak - tidak ada jaminan terhadap aqidah anak2
> kita
> sekiranya mereka menjadi murtad- sebagaimana yang
> berlaku kepada Aisyah dll.
> 
> 4. Hamid Othman, Abdul Hamid dan kekawasan UMNO
> perlu
> beri perhatian terhadap perkara ini. Apakah yang ini
> dalam kategori Fardhu Kifayah ?
> 
> Hizbi Net perlu menjadi wadah- mungkin beberapa
> usaha
> perlu dilakukan melaui pelbagai sumber.
> 
> sekian
> 
> MALAYSIAN NEWS : BERITA AM 
> 
> 
>
--------------------------------------------------------------------------------
> January 23 , 2001 21:16PM  
>  
> 
> 
>  PASANGAN MURTAD DAN DUA LELAKI SAMAN MAIK DAN
> KERAJAAN KELANTAN 
>  
>    
>    
>    
> 
> KOTA BAHARU, 23 Jan (Bernama) -- Sepasang suami
> isteri
> dan dua lelaki yang pernah mengisytiharkan diri
> keluar
> dari agama Islam, mengemukakan saman terhadap Majlis
> Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
> dan Kerajaan negeri Kelantan di Mahkamah Tinggi di
> sini, hari ini. 
> Mohamad Ya, 55, isterinya Kamariah Ali, 49, Mat
> Yaakub
> Ismail, 54, dan Daud bin Mamat, 60, membuat
> permohonan
> melalui peguam di hadapan Hakim Datuk Suriyadi bin
> Halim Omar supaya mengeluarkan perintah bahawa
> kesemua
> plaintif mempunyai hak yang mutlak dan bebas untuk
> menganuti dan mengamalkan agama pilihan mereka di
> bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.
> 
> Mereka mendakwa Artikel di dalam Perlembagaan
> Persekutuan itu mempunyai keutamaan dan mengatasi
> mana-mana undang-undang persekutuan atau
> enakmen-enakmen negeri berhubung kebebasan beragama.
> 
> MAIK diwakili oleh Wan Abdullah Thani Wan Yusof
> manakala kerajaan negeri diwakili oleh Penasihat
> Undang-undang Negeri Jalaldin Hussin manakala
> plaintif
> diwakili oleh Mohan Kumar dan Harris Mohd Ibrahim.
> 
> Mohamad, Kamariah, Mat Yaakub dan Daud tidak hadir
> di
> mahkamah kerana sedang menjalani hukuman penjara
> tiga
> tahun di Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini.
> 
> Hakim, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak
> kemudian menetapkan 25 Feb ini bagi memberi
> keputusan
> berhubung permohonan kesemua plaintif itu.
> 
> Pada 19 Nov lepas, kesemua plaintif itu dijatuhkan
> hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi
> Syariah di sini selepas didapati bersalah
> mengingkari
> perintah Mahkamah Rayuan Syariah supaya mereka
> bertaubat kerana terbabit dengan ajaran sesat
> kira-kira empat tahun lepas.
> 
> Mahkamah Rayuan Syariah pada 10 Okt 1996 telah
> memerintahkan semua keempat-empat mereka supaya
> hadir
> di pejabat kadi jajahan masing-masing untuk
> bertaubat
> setiap bulan, tetapi mereka engkar hingga
> menyebabkan
> mereka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah pada 5
> Okt tahun lepas dan dijatuhkan hukuman pada 19 Nov
> lepas.
> 
> Semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, mereka
> mengemukakan dokumen Akuan Bersumpah bahawa mereka
> telah keluar dari Islam dan tidak berhak untuk
> dibicarakan di mahkamah berkenaan tetapi akuan itu
> tidak diterima kerana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
> Abdul Rahman Abdullah berkata mereka berbuat
> demikian
> semata-mata untuk cuba mengelak daripada hukuman.
> 
> Harris dalam hujahnya berkata plaintif telah membuat
> Akuan Bersumpah pada 16 Ogos 1998 memaklumkan keluar
> dari agama Islam dan sehubungan itu mempunyai hak
> mengamalkan kebebasan beragama mengikut Artikel 11
> (1)
> Perlembagaan Persekutuan.
> 
> Jalaldin dalam hujah balasnya berkata keempat-empat
> plaintif itu semasa didakwa di Mahkamah Syariah
> tidak
> pernah mengaku bahawa mereka bukan beragama Islam
> kecuali semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah
> pada 5 Okt lepas.
> 
> Beliau juga berkata hukuman penjara yang dijatuhkan
> terhadap keempat-empat plaintif itu bukan kerana
> mereka meninggalkan Islam sebaliknya kerana engkar
> dengan arahan Mahkamah Rayuan Syariah yang dibuat
> pada
> 1996.
> 
> Menurutnya semasa itu Mahkamah Rayuan Syariah
> mengenepikan hukuman asal 20 tahun penjara terhadap
> mereka oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sebaliknya
> membebaskan mereka dengan syarat berkelakuan baik
> dan
> hanya perlu hadir setiap bulan di pejabat kadi untuk
> menyatakan taubat masing-masing.
> 
> Berhubung permohonan yang dibuat oleh keempat-empat
> plaintif itu, sekumpulan kira-kira 30 orang terdiri
> daripada sanak saudara dan kenalan mereka berkumpul
> dan sebilangan daripada mereka turut mengikuti
> perdengaran permohonan itu menyebabkan tempat duduk
> di
> kamar Mahkamah Tinggi penuh.
> 
> -- BERNAMA 
> 
>  
>  
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great
> prices. 
> http://auctions.yahoo.com/
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?="
<[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices. 
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Spoke Head <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke