*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tian Chua dipenjarakan!
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh): Parti Keadilan Nasional
(KeADILan) hari ini menyatakan rasa terperanjat ekoran
penangkapan dan pemenjaraan Naib Presidennya, Chua
Tian Chang @ Tian Chua, pagi ini.
Timbalan Presiden parti berkenaan, Dr Chandra Muzafar,
berkata waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Tian
Chua pada 12 Februari lalu kerena gagal hadir di
mahkamah bagi perbicaraannya.
(Tian Chua dituduh di mahkamah majistret Kuala Lumpur
bersama-sama dua yang lain kerana mengambil bahagian
dalam sebuah perhimpunan haram berhampiran Kg Baru,
Kuala Lumpur, pada Disember 1998.)
Menurut Chandra, Tian Chua mempunyai sebab yang sah
untuk tidak hadir di mahkamah pada hari tersebut.
Beliau telah kehilangan komputer dan diarinya
baru-baru ini lalu menyebabkan beliau 'terkeliru'
berhubung tarikh perbicaraannya itu.
Walaupun Tian Chua mengemukakan laporan polis
berhubung kehilangan itu, majistret yang membicarakan
kesnya memilih untuk membatalkan ikat jamin beliau dan
seterusnya mengarahkan Naib Presiden KeADILan itu
dihantar ke Penjara Sungai Buloh dengan serta-merta.
Dalam kenyataannya, Dr Chandra, menyifatkan
pemenjaraan Tian Chua sebagai suatu pencabulan ke atas
prinsip keadilan yang menjadi teras pemerintahan
berdasarkan undang-undang.
"Apabila seseorang mengemukakan sebab-sebab yang
munasabah bagi kegagalannya hadir ke mahkamah, maka
tidak wujud apa-apa kewajaran untuk membatalkan ikat
jamin dan menghantarnya ke penjara," kata Chandra
lagi.
"Walau bagaimanapun, ini (pemenjaraan Tian Chua) tidak
akan menghalang parti kami daripada meneruskan
perjuangan menuntut keadilan dengan semangat dan
keyakinan yang lebih tinggi," tegas beliau.
Tian Chua akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi
terhadap penangkapan dan pemenjaraannya itu.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
a year! http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>